ILLUMINATING URBAN SHIELD TERBARU DARI PURE BEAUTY | Assalamualaikum semua.. Dah lama rasanya tak updated blog ni. Maklum la sis busy bekerja. Keluar awal pagi balik lewat malam. Walaupun sis kerja kat office tapi dalam seminggu sekali sis perlu pergi ke tapak pembinaan. Allahu, dah la dengan panasnya lepas tu memang banyak la habuk-habuk yang berterbangan. Sis dah perasan yang kulit muka sis mula kelihatan kusam dan warna kulit tak sekata. Risau la... Kalau berterusan takut nanti makin teruks jadinya.
Illuminating Urban Shield Terbaru Dari Pure Beauty |
Jadi bila sis dapat jemputan ke Majlis Pelancaran produk terbaru dari Pure Beauty, terus sis excited. Mana taknya, ini la produk yang sis cari selama ni kerana produk terbaru ni memang dihasilkan untuk mereka yang sering terdedah dengan pencemaran udara. Sape tak kenal dengan Pure Beauty ni kan. Jenama produk kecantikan yang berasal dari Korea ini memang famous dan sesuai untuk semua jenis kulit. Tampil dengan tagline 'Inspired by Nature, Perfected by Science', Pure Beauty menekankan "4Ps Philosophy" iaitu :
😍 PREPARATION
😍 PRESERVATION
😍 PROTECTION
😍 PREVENTION
Pure Beauty produk kecantikan dari Korea |
Berbalik kepada produk yang sis cakap tadi, Pure Beauty telah melancarkan Illuminating Urban Shield Skin care yang telah diformulasikan dengan Neurolight berasal dari bunga 'Star Lily' yang dapat membantu mengurangkan tompok hitam pada wajah akibat selalu terdedah kepada pencemaran. Heyyy.. murung tau sis sebab kat muka sis dah ada tanda tanda tu. Mujur la sis dapat tau pasal produk ni. So, meh sis kenalkan kat korang Illuminating Urban Shield Skin care ni.
JOM KENALI ILLUMINATING URBAN SHIELD SKIN CARE
Illuminating Urban Shield Skin Care |
Illuminating Urban Shield Radiance Serum
Kebaikan :
✔ Mengurangkan tompok-tompok atau cela hitam di wajah
✔ Menjadikan warna kulit muka lebih sekata
✔ Membantu merawat kulit muka yang rosak akibat terdedah kepada pencemaran udara
Illuminating Urban Shield Radiance Serum Harga : RM59.90 |
Illuminating Urban Shield Capsule Essence
Kebaikan :
✔ Mengurangkan tompok-tompok atau cela hitam di wajah dan menjadikan kulit lebih bersinar
✔ Membantu untuk mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
✔ Menjadikan kulit lebih halus dan kelihatan lebih cerah.
Illuminating Urban Shield Capsule Essence Harga : RM69.90 |
Kebaikan :
✔ Memberikan kelembapan pada kulit menjadikan kulit lebih segar dan kelihata lebih cerah.
✔ Texture Water Gel yang sangat ringan dan mudah meresap dalam kulit.
✔ Sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit kering
Illuminating Urban Shield Water Gel Harga : RM55.90 |
✔ Menjadikan kulit lebih cerah
✔ Membantu mengurangkan kerengsaan akibat dari pencemaran
✔ Tekstur krim yang sangat halus dan lembut, selesa untuk digunakan
Illuminating Urban Shield Radiance Cream Harga : RM59.90 |
Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++
Kebaikan :
✔ Dengan perlindungan SPF 50+ PA++++ produk ini dapat melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya
✔ Menjadikan kulit lembap sepanjang hari
Illuminating Urban Shield Sun Protector SPF 50+ PA++++ Harga : RM49.90 |
WORKSHOP SESSION BY MUA SHAZREEYANA SHUKRI
Workshop Session |
Lagi sekali sis rasa teruja sangat sebab bukan sahaja sis dapat pergi ke pelancaran produk Pure Beauty tetapi dalam majlis ni juga sis dapat berkongsi ilmu kecantikan dari penjagaan wajah hingga ke tips untuk make up dari MUA yang famous dengan loghat utagha dia iaitu Shazreeyana Shukri atau lebih dikenali sebagai Kak Love.
Kak Love tengah buat demo make up. Model pelakon Riena Diana |
Selain berkongsi ilmu, Kak Love turut membuat demo cara pemakaian produk Pure Beauty Illuminating Urban Shield dan model untuk hari ni pelakon yang tengah meningkat naik yang juga pernah berlakon dalam drama yang mendapat rating tinggi iaitu NUR. Nama pelakon ni Riena Diana dan beliau memegang watak sebagai Deeja. Comel dan cantik orangnya.
Bergambar bersama MUA Shazreeyana Shukri a.k.a Kak Love |
Pertama kali bertemu dengan beliau secara face to face rasa kagum sangat dengan kulit wajahnya yang halus dan glowing macam kulit baby. Rupanya Kak Love pun guna produk dari Pure Beauty juga. Katanya produk Pure Beauty ni bagus sebab kandungan bahannya yang selamat, paraben-free, lanolin-free dan alcohol-free. Wah.. kalau dah orang yang arif pasal kecantikan pun cakap bagus, mesti produk ni best. Ni yang buat sis tak sabar nak cuba ni.
Sis turut mencuba produk Illuminating Urban Shield dari Pure Beauty.. best |
Secara keseluruhannya sis sangat berpuas hati dapat datang ke Majlis Pelancaran Illuminating Urban Shield dari Pure Beauty ni. Banyak ilmu dan manfaat dapat dikongsi bersama. Produk best dan dapat belajar cara make up dari MUA yang terkenal. Paling seronok sebab dapat payung yang boleh ditulis nama sendiri. Sebagai kenangan, sis tulis nama blog la kan. Amacam comel tak payung sis??
Posing dengan payung dari Pure Beauty |
Jadi bagi uols yang nak beli produk Illuminating Urban Shield ni, boleh la pergi ke mana-mana cawangan Watsons Malaysia. Selain tu ada juga dijual Pure Beauty Pomegranate Urban Shield, PINK by Pure Beauty It's Pore Perfection, PINK by Pure Beauty Pink Skin. Harga pun berpatutan. So apa lagi, jom cantik dengan Pure Beauty..
Dapatkan produk Illuminating Urban Shield Terbaru Dari Pure Beauty hanya di Watsons Malaysia |
Facebook :
Instagram :
0 Comments