BISKUT PINPIN : 6 PERISA YANG SEDAP DAN MENARIK | Assalamualaikum semua.. Sebut je Upin Ipin aku pasti semua kenal dengan animasi yang menampilkan pasangan kembar yang botak dan comel ni. Bukan sahaja popular di Malaysia malah kini Upin Ipin dah popular kat luar negara tau. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun sentiasa terhibur dengan keletah mereka yang sentiasa mencuit hati. Ramai peminat depa ni. Mana taknya, ada je benda yang mereka explore dalam setiap episod.
|
Biskut PinPin |
Terbaru pasangan kembar Upin Ipin ni bukan sahaja muncul di kaca televisyen tapi kini wajah mereka juga terpampang di kotak. Kotak apa?? Jawapannya adalah
Biskut PinPin. Ha, comel kannn.. Aku pasti ramai yang akan teruja dengan biskut PinPin ni terutama peminat cilik Upin Ipin. Nak tau kenapa?? Ye, ada sesuatu yang menarik mengenai biskut PinPin ni. Nak tau? baca kat bawah ni.
|
Biskut PinPin : 6 Perisa yang Sedap Dan Menarik |
1. 6 Perisa yang sedap
Kalau tengok pada kotak ni ada 6 warna yang berbeza kan. Iya, setiap warna mewakili perisa dan bentuk yang berlainan. Walaupun berbeza tapi semuanya sedap. Aku pasti kanak-kanak mesti suka punya. So, kalau nak beli aku sarankan beli je semua perisa.. haha.. puas hati.
|
Jenis Snek Jagung |
|
Jenis Wafer |
|
Jenis Biskut |
6 perisa biskut PinPin ni adalah :
😍 Biskut berperisa mentega
😍 Biskut coklat
😍 Wafer dengan isian vanila
😍 Wafer dengan isian coklat
😍 Snek jagung dengan isian strawberi
😍 Snek Jagung dengn isian coklat
|
Biskut berperisa mentega |
|
Biskut coklat |
|
Wafer dengan isian vanila |
|
Wafer dengan isian coklat |
|
Snek jagung dengan isian strawberi |
|
Snek Jagung dengn isian coklat |
2. Uji Minda
Kalau beli biskut PinPin, kotaknya jangan dibuang tau. Kat bahagian belakang tu ada pelbagai
permainan uji minda seperti
cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan-rakan Upin Ipin, soalan matematik dan macam-macam lagi. Ha, sambil-sambil makan tu boleh la uji minda dan cuba selesaikan.
|
Sambil makan boleh uji minda |
3. Permainan Percuma
Percaya tak kalau aku katakan Biskut Upin Ipin ni penuh dengan kejutan? Yesss.. sebab dalam kotak biskut ni ada permainan percuma tau. Permainan berupa set blokyang penuh warna warni dan comel. Kertas panduan juga akan diberi untuk memudahkan kanak-kanak mencantum kepingan blok tersebut. Jangan lupa untuk kumpulkan semua koleksi permainan ni sebab setiap kotak akan dapat set yang berlainan. Ha, tu sebab aku sarankan kalau beli biar 6 perisa terus.. hehe
|
Best nya dapat permainan percuma |
4. Mudah didapati
Ok, mesti ramai yang nak tau kat mana nak beli Biskut PinPin ni. Jangan risau, biskut ni mudah didapati sebab ada dijual di pasaraya seperti
Mydin, KK Mart, 7 Eleven, BHP petrol, 24Express Penang, Eco Shop, Happy Mart.
|
Senang la nak beli Biskut PinPin ni |
Amacam, menarik kan
Biskut PinPin ni. Dah la
sedap, halal pulak tu. So, tak perlu risau. Aku pun dah ada gak, ni semua nak bawak balik kampung cuti nanti. Nak bagi kat anak-anak buah. Mesti depa semua teruja.. Haaa.. tunggu apa lagi. Jangan lupa dapatkan
keenam-enam perisa Biskut PinPin ni di pasaran, best tau. Kalau korang nak tau info lanjut pasal biskut PinPin ni boleh rujuk link di bawah :
|
Yeayyy.. boleh bawa balik kampung nanti |
Facebook :
Instagram :
20 Comments
Alahai comelnya biskut pin pin nie. Ada 6 jenis pulak tu. nie kalau budak2 nampak confirm nak punya. Suka betul dorg dgn upin ipin ya. Nak beli jugaklah nanti utk anak buah
ReplyDeletecute nya product upin dan ipin ni. nak try jugak biscut pin pin ni.. hahahhaa great one..
ReplyDeleteNi bukan budak budak je yang suka kalau biskut jenis macam ni. Tengok tengok nanti mak bapak yang habiskan hahahha. Siap ada flavor lagi tu. Rasa nak try pulak
ReplyDeletewah upinipin keluarkan biskut dah hehehe.lepas ni yg mana anak minat upinipin mmg wajib beli ni.nak2 ada percuma mainan haha
ReplyDeleteComelnya biskut si kembar upin ipin ni. Yg jenis biskut coklat tu nampak menarik. Anak-anak buah mesti suka lagi2 ada mainan percuma tu. Packaging pon not bad so colourful bagus untuk attract kids.
ReplyDeleteso many people sharing this, glad to know got so fun cookies for kids to eat. Yeah nice toys sure let kids to play and think, sure my son likes to try them all.
ReplyDeleteBiskut Upin Ipin ni memang anak-anak akan ambil kalau jumpat kat kedai..isi dalam tu sedap. toys pun ada..tapi sakit gak nak membayar..pernah borong byk2 masa karnival upin ipin..baru anak-anak puas hati
ReplyDeleteMemang best biskut ni. budak2 memang suka. anak2 sedara siap berebut2 lagi . yang paling best siap ada permainan blok tu
ReplyDeleteTeringinnya nak rasa yang coklet tu. Comel jerk kan. Pastu mesti excited nak tengok mainan kat dalam tu. Nak carui la kat 7e nanti
ReplyDeleteBiskut ni memang sedap ya, tak pernah cuba lagi sebelum ni untuk anak anak. Kalau beli ni tak cukup 1 kotak
ReplyDeleteRamai cakap sedap. Ni kalau nampak dek anak anak mahu diorang suruh beli sebab semua peminat srtia upin ipin. Jenama upin ipin pun dah semakin dikenali ramai
ReplyDeleteWahhh comeinya biskut ni, bukan budak2 je yang suka ni, mak budak pun sure suka. Nanti nak cuba gak lah..hehehe
ReplyDeleteNama biskut pun macam bunyi hon kereta. Hehe. Sedap nama biskut pin pin ni. Rasanya mesti manis dan banyak kalori. Anak anak makan boleh, kena kawal
ReplyDeleteBiskut budak budak macam ni mak ayah pun tumpang makan sekaki kalau sedap. Haha
ReplyDeleteKalau biskut ni sedap, mak ayah pun boleh tumpang sekaki menikmati kesedapan snek yang simple ni
ReplyDeletewah menarik sangat biskut upin ipin ni..ada macam-macam perisa..ni farizamesti suka..kena cari ni..bgus kotak dia belakng ada mainan..dalam ada lego lagi
ReplyDeleteAllahu comelnya
ReplyDeleteTerus rasa nak beli ahahaa..dekat Mana ad jual rasa nak.beli semua
Eh biskut dia sedap la. Duk fikir nak bawak balik utk anak2 buah kat kg nnt. Tapi takut habis kat mak sedara dia ni je hahaha
ReplyDeleteKartun Upin Ipin ni bukan je kanak-kanak suka tengok, orang dewasa pun terikut sekali. Watak animasi yang menarik dan ada daya tarikan sendiri. Sekarang ada biskut pula lagi lah kanak2 suka kan.
ReplyDeleteComelnya nama biskut ‘Pin Pin’. Ingatkan brand apa tadi, rupanya upin ipin! Ada pelbagai 6 perisa waaaa mcm sedap je. Biskut nya pun kenit2 sesuai utk kudapan sambil tgk tv hehehe
ReplyDelete