TRIP 2 HARI 1 MALAM KE BATAM INDONESIA

TRIP 2 HARI 1 MALAM KE BATAM INDONESIA | Assalamualaikum semua.. Betul la kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Tatkala menjadi full time blogger ni, dapat pula panggilan untuk travel ke satu lokasi yang belum pernah aku jejak kaki lagi. Happy?? of course la. Rasa macam nak melompat tapi kang bergegar plak. hehe. Ok, lokasi yang aku maksudkan adalah Batam di Indonesia. Jom aku kongsikan pengalaman sepanjang trip selama 2 hari 1 malam ke sana dan juga tempat-tempat yang menarik di Batam Indonesia.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Alhamdulillah, pertama kali jejak kaki ke Batam

Sebelum tu, aku ceritakan serba sedikit info mengenai Batam supaya pembaca semua boleh dapat gambaran mengenai destinasi yang aku pergi ni. Batam ni merupakan satu wilayah besar yang terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Kawasan sempadan Batam bukan hanya satu pulau tapi meliputi beberapa buah pulau seperti Pulau Batam, Pulau Rempang, Pulau Galang dan juga pulau-pulau kecil di sekitar Selat Singapura dan juga Selat Melaka. So, destinasi yang aku nak pergi ni adalah Pulau Batam.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Peta Pulau Batam hingga ke Pulau Galang Baru

Sebenarnya selain dari aku ada lagi blogger lain dari Malaysia yang akan pergi ke sana. Antaranya adalah Mawardi Yunus, Amir Nawawi dan juga Mekonie (My travel buddy love love...😍). Kami bertolak dari Kuala Lumpur pukul 11.59pm menaiki bas ke Larkin. Kami tiba di Larkin lebih kurang pukul 4.30am dan pergi ke Stulang Stulang Laut Ferry Terminal. Nak ke Batam ni sebenarnya ada 2 option sama ada naik feri atau naik kapal terbang. Tapi memandangkan kapal terbang hanya 3 kali sseminggu dan trip kami ni adhoc maka kami memilih cara untuk ke Batam menggunakan perkhidmatan feri.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Kami memilih perkhidmatan Feri berbanding naik kapal terbang

Kami menaiki feri yang paling awal iaitu pukul 7.15am. Perjalanan kami ke Pulau Batam menaiki feri memakan masa lebih kurang 2 jam. Kami sampai di Batam Center Ferry Terminal lebih kurang pukul 8.30am waktu Indonesia. Kami disambut oleh wakil Badan Pengusahaan Batam iaitu Pak Surya dan Bella. Kami dibawa bersarapan dulu di Badan Pengusahaan Batam sebelum memulakan perjalanan untuk menikmati keindahan di bumi Batam.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Ni la rupa feri yang kami naik

Info perjalanan kami :
Bas dari TBS ke Stesen Bas Larkin
Bas Meridian Holidays
Tiket RM34.30
Feri dari Stulang Laut Terminal, Johor Bahru ke Batam Center Ferry Terminal
Feri MV Pintas Samudera 8
Tiket RM89 (sehala)


TEMPAT MENARIK DI BATAM INDONESIA


Pantai Terih

Lokasi pertama yang kami tuju adalah Pantai Terih yang terletak di Kampung Tua Terih. Pemandangan pagi kami dihidangkan dengan hamparan lautan yang terbentang luas di hujung jalan. Alangkah indah dan terasa segar jika dapat menatap pemandangan yang indah sebegini setiap pagi. Di seberang laut tu adalah Pemandangan Batam Center.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Destinasi pertama - Kampung Terih

Apabila menghampiri persisiran pantai, sekali lagi kami teruja. Allahu, cantik weii kat sini. Ada banyak port menarik untuk selfie.. Bayangkan la, setiap sudut laluan dihiasi dengan kayu-kayu serta hiasan seperti payung yang berwarna warni. Memang satu lokasi yang Instagram-Worthy tau.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Cantik Pantai Terih ni, penuh warna warni

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Kreatif la penduduk kat sini

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Salah satu laluan yang dihiasi payung warna warni

Setengah jam persinggahan kami di sini tak cukup untuk merakamkan keindahan Pantai Terih ni. Jadi kalau datang ke Batam, harus datang ke Pantai Terih. Waktu yang sesuai untuk datang ke sini adalah waktu pagi dan waktu sunset. Memang pasti tidak akan mengecewakan pengunjung. Satu lagi, Kampung Terih ni dicalonkan untuk menjadi lokasi wisata, jadi mari la sama-sama kita support mereka ye.

Alamat :
Kampung Tua Terih Jl. Ketapang,
Sambau, Nongsa, Batam City,
Riau Islands 29465,
Indonesia


AVJ Mangrove Forest

Selepas menikmati pemandangan pantai, kami bergerak menuju ke satu lokasi yang juga berkait dengan alam semulajadi iaitu di AVJ Mangrove Forest yang terletak di Nongsa, Batam. Maksud AVJ tu adalah Anugrah Ventura Jaya. Di sini merupakan kawasan hutan bakau yang dipelihara dan dijadikan tempat pelancongan. Laluan pejalan kaki dibina menyusuri celahan pokok bakau dan di setiap laluan akan dihiasi dengan kata-kata positif serta ada check point untuk pengunjung berhenti dan bergambar. Menarik kann..

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
AVJ Mangrove Forest

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Laluan di dalam Hutan bakau

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Cantiknya kat hujung tu tapi tak sempat nak pergi

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Antara pondok-pondok yang ada di sini

Kalau nak tau kawasan AVJ Mangrove Forest ni luas tau, pastikan korang explore setiap ceruk yang ada di sini kerana laluan kat sini macam ada surprise. Semakin jauh ke dalam kita berjalan semakin banyak view yang cantik. Cuma satu je la nak pesan, kalau hari hujan hati-hati sebab kawasan ni akan jadi becak dan licin.
Harga tiket masuk sahaja :
Rp 10 ribu

Alamat :
Batu Besar, Nongsa,
Batam City,
Riau Islands 29465,
Indonesia


Rumah Limas Potong

Dari jauh kelihatan sebuah rumah yang saling tak tumpah macam rumah kat kampung di Malaysia. Rumah tradisional ni adalah milik Haji Sain dan mula didiami pada tahun 1959. Apa yang menarik mengenai rumah ini adalah ia merupakan Rumah Limas Potong yang masih tinggal di kawasan perkampungan tersebut.


Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Rumah Limas Potong

Rumah Limas Potong merupakan salah satu bentuk rumah adat Melayu di Kepulauan Riau. Memiliki bentuk yang khas, iaitu berupa rumah panggung dengan tinggi sekitar 1.5 meter dari permukaan tanah dengan bahagian atap menyerupai sebuah limas yang terpotong.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Assalamualaikum, ada orang tak??
Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Cantik rumah ni



Oleh kerana keunikan rumah ini, ia telah dibaikpulih dan dijadikan sebagai salah satu tarikan di Batam. Beberapa peralatan di dalam rumah seperti pinggan mangkuk, dapur kayu, tempayan dan juga perhiasan lama telah dikekalkan dan disusun untuk tatapan pengunjung. Menariknya di bahagian tengah ada replika pengantin siap berpakaian tradisional lagi.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Antara perhiasan di dalam yang masih dipelihara

Bagus inisiatif untuk membaikpulih rumah sebegini dilaksanakan supaya dapat menjadi tatapan generasi akan datang. Selain tu boleh jadi tarikan para pelancong yang datang ke Batam.

Alamat :
Rumah Limas Potong
Kampung Melayu,
RT 01 RW 08,
Kel. Batu Besar,
Nongsa, Batam


Sea Forest Adventure, Nuvasa Bay

Batam merupakan sebuah pulau, jadi harus la ada tempat peranginan atau pun tempat untuk picnic kan. Ha, di Sea Forest Adventure Nuvasa Bay memang satu lokasi yang sesuai untuk beriadah dan aktiviti pantai. Masa kami singgah di sini, ramai warga tempatan dan juga pelancong berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Sea Forest Adventure Nuvasa Bay

Nampak kawasan Sea Forest Adventure Nuvasa Bay ni macam masih baru. Bila ditanya rupanya kawasan ini baru beroperasi dalam tahun 2017. Patutlaaa... Kawasan persekitaran pantai sangat bersih dan cantik. Ada banyak kemudahan disediakan buat para pengunjung seperti tapak untuk camping, tapak untuk barbeque, gerai-gerai jualan makanan dan minuman serta kemudahan tandas.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Bestnya picnic dengan rakan sambil menikmati angin laut

Selain dari tu, antara tarikan yang ada di Sea Forest Adventure Nuvasa Bay ni terbahagi kepada 2 iaitu aktiviti pantai dan aktiviti laut. Bagi mereka yang nak buat aktiviti laut ada jetski, parasailing, kayaking, banana boat, fishing, mangrove tour dan olahraga air. Kalau nak buat aktiviti pantai pula ada juga disediakan Paintball, Archery dan Shooting target. Untuk kanak-kanak pula ada taman permainan untuk mereka bermain. Fuhh.. banyak juga aktiviti boleh dibuat kat sini.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Antara aktiviti yang ada di Sea Forest Adventure Nuvasa Bay

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Pernah naik banana boat tapi diterbalikkan kat tempat dalam... scaryyy... hehe

Harga tiket masuk sahaja (weekdays) :
Rp 30 ribu untuk dewasa
Rp 20 ribu untuk kanak-kanak

Harga tiket masuk sahaja (weekend) :
Rp 40 ribu untuk dewasa
Rp 30 ribu untuk kanak-kanak

Alamat :
Jl. Hang Lekiu, Sambau,
Nongsa, Kota Batam,
Kepulauan Riau 29465,
Indonesia


Barelang Bridge

Setiap tempat mempunyai mercu tanda yang tersendiri sebagai lambang tempat tu kan. Sebagai contoh kalau Kuala Lumpur kita ada KLCC, Palembang ada Ampera Bridge. Begitu juga di Batam. Di sini ada Barelang Bridge (Jambatan Barelang) yang menjadi ikon kepada Batam. Nama Barelang tersebut adalah singkatan kepada tiga nama lokasi iaitu BAtam, REmpang, dan gaLANG.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Jambatan Barelang No 1 - Jambatan Tengku Fisabilillah

Sebenarnya Jambatan Barelang ini dibina untuk menghubungkan pulau antara pulau iaitu Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. So, jumlah jambatan yang ada adalah terdiri dari 6 jambatan iaitu :

Jambatan 1 : Jambatan Tengku Fisabilillah (jambatan paling besar)
Jambatan 2 : Jembatan Nara Singa
Jambatan 3 : Jembatan Raja Ali Haji
Jambatan 4 : Jembatan Sultan Zainal Abidin
Jambatan 5 : Jembatan Tuanku Tambusai
Jambatan 6 : Jembatan Raja Kecik

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Merasa gak lalu kat Jambatan Barelang

Antara keenam-enam jambatan ni, jambatan no 1 adalah yang paling besar dan unik. Strukturnya tidak mempunyai tiang di tengah dan hanya dikukuhkan menggunakan kabel sahaja. Unik kan. Kami bertuah dapat melalui keenam-enam jambatan ini untuk menuju ke Pulau Galang di mana terletaknya satu tempat bersejarah iaitu Galang Refugee Camp.


Galang Refugee Camp

Tak lengkap rasanya ke Batam kalau tak pergi ke satu lokasi bersejarah iaitu di Galang Refugee Camp. Di sini merupakan tempat perlindungan warga Vietnam suatu ketika dahulu apabila negara mereka bergolak. Kejadian tu sekitar tahun 1979 dimana beratus-ratus rakyat Vietnam melarikan diri menaiki kapal menyeberangi lautan. Ada sesetengah yang mati di lautan dan ada yang selamat sampai ke darat termasukla mereka yang sampai ke Pulau Galang. Maka wujud la Galang Refugee Camp.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Galang Refugee Camp

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Muzium yang mempamerkan pelbagai tinggalan sejarah

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Khusyuk mendengar penerangan tentang sejarah Galang Refugee Camp

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Antara yang dipamerkan di sini

Kawasan Galang Refugee Camp ni luas dan meliputi beberapa kawasan rumah sakit, rumah penginapan, gereja, penjara dan macam-macam lagi. Kebanyakan bangunannya sudah rosak menjadikan kawasan ni terasa agak seram. Ada juga replika kapal yang pernah digunakan oleh rakyat Vietnam suatu ketika dulu untuk datang ke Pulau Galang. Masa kami datang, banyak juga kerja baik pulih dilaksanakan. Bagus la kerana tempat bersejarah begini harus dikekalkan. Pengunjung pun ramai juga yang datang.

Tiket masuk :
Rp 5 ribu

Alamat :
Sijantung, Galang, Batam City,
Riau Islands 29485,
Indonesia


TEMPAT MAKAN MENARIK DI BATAM INDONESIA


Kalau datang ke Batam makanan yang harus dicuba mesti la seafood. Kat sini ada banyak restoran yang menyediakan seafood yang segar. Biasanya kalau datang ke Indonesia, menu istimewa yang aku selalu makan adalah ikan gurame tapi di Batam berbeza. Buat pertama kali aku merasa makan siput gonggong. Mujur la aku ni jenis yang memang suka siput jadi memang boleh telan siput gongong ni. Rasanya bertambah sedap bila dicolek dengan sos yang disediakan. yummyyy...

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Ni la rupa siput gonggong

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Datang Batam kena makan siput gonggong tau

Selain siput gonggong, aku juga dapat merasa makan ketam, sotong, udang dan ikan laut yang segar. Bestnya makanan kat Batam ni. Semuanya sedap. Memang rugi la kalau diet.. hehe.. Ni kat bawah aku kongsikan tempat makan atau restoran yang aku pergi di Batam serta menu yang kami order.

Barelang Seafood Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Barelang Seafood Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Menu yang kami order.. of course seafood

Alamat :
Jalan Trans Barelang City,
Tembesi, Sagulung, Kota Batam,
Kepulauan Riau 29472,
Indonesia


Saung Sunda Sawargi Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Saung Sunda Sawargi

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Menu kami order ni adalah makanan sunda

Alamat :
Jl. Raja Haji Fisabilillah,
Batam Center, Riau Islands Province,
Indonesia


Sanur Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Sanur Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Banyak lauk yang sedap disini termasuk tauhu

Alamat :
Core Batam Centre,
Jl. Sudirman No. 1,
Teluk Tering, Batam City,
Riau Islands 29400, Indonesia


Love Seafood Restaurant

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Love Seafood Restoran

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Ok, seafood again.. no diet okkk

Alamat :
Kompleks Mahkota Raya,
Jalan Raja Haji Fisabilillah No.12B,
Teluk Tering, Batam Kota, Tlk. Tering,
Batam Kota,
Kepulauan Riau 29444,
Indonesia

Fuhhh.. Walaupun sehari tapi banyak tempat boleh pergi. Tu yang best kat Batam ni sebab jarak setiap tempat tak la jauh sangat. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada kat Batam tapi kami tak pergi sebab tujuan asal kami ke sini adalah untuk memenuhi jemputan ke Majlis Halalbihalal Paguyuban Among Wargo Jowo (Punggowo) yang ke-10.

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Halalbihalal Paguyuban Among Wargo Jowo (Punggowo) yang ke-10

Oh ya, Penginapan kami di Batam pula adalah di Hotel Sahid yang terletak di Batam Center. Hotel ni berkonsepkan moden dan sangat selesa. Bilik pun luas. Memandangkan badan dah penat sebab seharian berjalan maka malam tu aku tido dengan lena..

Trip 2 Hari 1 Malam Ke Batam Indonesia
Good Night From Batam

Nexti aku akan sambung entri berkenaan dengan Festival yang kami pergi tempoh hari ekk.. adios




Post a Comment

23 Comments

  1. Dekat batam ada supir ke..boleh sya tau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kat sana ada supir. sama macam kat bandung, jogja, jakarta

      Delete
  2. Replies
    1. maaf, saya tak guna khidmat pak supir :)

      Delete
  3. Guide tour tu mmg book dari sini ke? Ada contact number x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak guna khidmat tour guide :)

      Delete
  4. Kepulauan riau ni dekat dengan johor ke

    ReplyDelete
  5. boleh sayandapatkan kontek no/person kat batam supaya senang berurusan tentang pakej. Raja Azmi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak guna khidmat pak supir. Kami di sana diuruskan oleh Badan Pengusahaan Batam

      Delete
  6. Bagaimana ingin di uruskan oleh Badan Pengusahaan Batam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya untuk urusan rasmi sahaja. kami pun diuruskan untuk event Halal Bihalal di sana

      Delete
  7. Assalamualaikum dik bee..abg rasa berminat nak bawa anak bercuti ke Batam dlm awal bulan Mac ..ada sesiapa yg boleh dicontact x di Batam UTK bawa ronda-ronda? Sila wasup abg di no ini ya 01115220102 abg remy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suggest abg contact Mas Donny +6281277922043. dia travel agent kat Batam

      Delete
  8. teringin nk ke batam..ade x yg tau travel agent utk kesana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suggest contact Mas Donny +6281277922043. dia travel agent kat Batam

      Delete
  9. sis,hotel ni ada swimming pool tak?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ,,,bole ka kita bawak masuk kenderaan sendiri melalui ferry ke batam admin?

    ReplyDelete
  11. Sana ada perkhidmatan grab ke?

    ReplyDelete
  12. Yang tengah mencari cari pakej murah ke indonesia,meh wasap abam 0126665436.
    Insyaallah abam bagi harga murah dari lain agent.
    Meh2...tanya2 tak kena bayar pun. Jangan malu2....

    ReplyDelete