ART IN THE CITY : PAMERAN SENI SEKITAR KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Seni merupakan sesuatu yang abstrak dan subjektif. Jujurnya aku sendiri pun bukan la peminat seni tegar tapi kalau nampak sesuatu yang cantik sape tak suka kan.. Mesti la suka. Tapi aku pasti ramai juga di kalangan kita yang meminati seni. Cuma kadangkala agak sukar untuk menghayati seni kerana kebiasaan kita agak sibuk dengan kekangan kerja. Lagipun ramai juga yang tidak mengetahui lokasi di mana letaknya hasil karya seni ni kan. Betul tak?
Percaya tak kalau aku kata yang sebenarnya masyarakat kita ni kurang pendedahan kepada seni. Pada tahun 2016 cuma 2.46% penduduk Malaysia melawat Muzium Negara dan hanya 1.75% penduduk Malaysia melawat Balai Seni Negara. Kalau dihitung, purata menunjukkan setiap warga negara melawat galeri seni dan muzium negara hanya sekali setahun. Sedih tak? Sesuatu perlu dilakukan untuk memperbaiki situasi ini.
Bagai mendengar suara hati (cewahh), maka satu kempen telah diadakan bagi mendekatkan seni kepada masyarakat. Usahasama ini dilakukan oleh CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) dan juga DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Kempen yang diberi nama Art In The City merupakan sebuah pameran visual seni secara paparan luaran yang menakjubkan di sekitar Kuala Lumpur. Art In The City ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspretasikan dan mempamerkan bakat mereka. Selain tu, dengan adanya kempen sebegini dapat menjadikan seni lebih mudah diakses oleh masyarakat.
Kempen Art In The City akan berlangsung selama 6 bulan serta menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan karya mereka akan dipamerkan dengan jelas di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur. Lokasi yang dipilih meliputi kawasan yang kerap dikunjungi oleh orang ramai serta kawasan yang bersebelahan dengan galleri seni dan muzium. Kempen ini juga turut diperkuatkan dengan gabungan sinergi pihak awan dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On-Hop-Off.
Pelancaran Art In The City telah diadakan pada 19 November 2018 yang lalu dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau amat bangga dan memberi sokongan yang padu pada perkembangan seni setempat. Sebenarnya ramai kan anak tempatan kita yang berbakat. Jadi ini lah saluran yang tepat untuk mereka menonjolkan potensi mereka.
Kempen ini bermula pada Januari 2019 di mana artis tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan Malaysia. Sebanyak 1000 hasil karya telah diterima tetapi setelah dinilai oleh ahli panel yang terdiri dari para akedemik dan ahli seni dan kebudayaan maka 30 hasil karya telah disenaraipendek. Satu undian awam diadakan dan akhirnya 10 karya seni telah dipilih untuk dipaparkan sempena kempen Art In The City. Mereka yang terpilih adalah Suzi Chua, Brindha Kumar, Samantha Cheah, Syamsul Addendo, Nor Aziela Ahmad, ART:TECH, Natasha Iman, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam dan Jing Chung. Selain itu 4 karya seni dari artis legenda turut ditampilkan seperti Dato' Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah.
Tak sabar rasanya nak menunggu pameran ni siap. Nanti boleh la ambil gambar banyak-banyak kan. Sama-sama kita beri sokongan yang padu pada perlaksanaan kempen Art In The City ni. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Art In The City boleh layari :
Kempen Art In The City akan berlangsung selama 6 bulan serta menampilkan 14 karya seni dari pelukis ulung tanah air dan karya mereka akan dipamerkan dengan jelas di lokasi strategik sekitar Kuala Lumpur. Lokasi yang dipilih meliputi kawasan yang kerap dikunjungi oleh orang ramai serta kawasan yang bersebelahan dengan galleri seni dan muzium. Kempen ini juga turut diperkuatkan dengan gabungan sinergi pihak awan dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On-Hop-Off.
Pelancaran Art In The City telah diadakan pada 19 November 2018 yang lalu dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Beliau amat bangga dan memberi sokongan yang padu pada perkembangan seni setempat. Sebenarnya ramai kan anak tempatan kita yang berbakat. Jadi ini lah saluran yang tepat untuk mereka menonjolkan potensi mereka.
Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan |
Cik Izan Satrina Mohd Sallehudin, Pengasas dn Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA |
Tak sabar rasanya nak menunggu pameran ni siap. Nanti boleh la ambil gambar banyak-banyak kan. Sama-sama kita beri sokongan yang padu pada perlaksanaan kempen Art In The City ni. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Art In The City boleh layari :
website :
#CENDANAMalaysia
#ArtInTheCity
0 Comments