CANTIKNYA THEME PARK HOTEL GENTING HIGHLANDS | Assalamualaikum semua... Dah lama teringin nak bercuti ke Genting Highlands. Maklum la dah bertahun tak naik ke sana. Rindu pulak nak hirup udara sejuk dan menyegarkan di sana. Bukan apa, kat KL ni kejap hujan kejap panas rasa macam nak demam dah.. hehe, nampak tak semua tu alashonnn jek. Tapi macam memahami je kehendak hati bila dapat bercuti di Genting Highlands bersama kengkawan. Di sana kami memilih untuk menginap di Theme Park Hotel, Genting Highlands.
|
Theme Park Hotel Genting Highlands |
Bila sampai je ke kawasan lobi mata aku terus terpaku melihat ruang lobi yang berbeza dari kebiasaan hotel-hotel yang lain. Seolah-olah berada di taman, ruang lantai dibentangkan dengan carpet hijau seolah-olah rumput manakala kat atas siling dihiasi dengan rimbunan pokok. Aku terpandang pula ke arah kaunter Check-In. Weii, cantik pulak kaunter dia sebab bentuk macam belon panas. Kerusi tetamu juga unik berbentuk macam tumbuhan periuk kera. Di tengah-tengah lobi juga ada permainan untuk kanak-kanak jadi tak ada la mereka bosan sementara menunggu ibu bapa untuk check-in.
|
Lobi yang kelihatan seperti dalam taman |
|
Cantik kan kerusi ni, bentuk periuk kera |
Tu baru kat lobi. Bila melangkah aja masuk ke bilik sekali lagi aku terpesona dengan dekorasi biliknya. Memang cantik tau. Suka tengok hiasan di biliknya yang kelihatan seolah-olah sketch atau lukisan kanak-kanak. Comel sangat. Tengok la dinding dia. Siap ada lukisan sofa, TV dan almari. Kat bidai tingkap pun ada jugak lukisan pokok, kanak-kanak dan juga ketam.. eh, motif ketam?? haha
|
Inilah bilik penginapan di Theme Park Hotel |
|
Comel kan design dinding bilik ni |
Serius aku cakap
Theme Park Hotel Genting Highlands ni sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga. Kenapa aku cakap macam tu? Tengok la dekorasi yang cantik macam aku cakap tadi, pastinya akan membuatkan anak korang suka. Selain tu bilik yang aku duduk ni juga luas dan boleh muat 4 orang. Designer bilik ni sangat pandai mengatur ruang. Mula-mula aku pelik juga kenapa takde almari, yang ada cuma lukisan almari bersama tombol dan hanger je. Abis tu kata boleh muat 4 orang, mesti la beg dan baju pun banyak kan. Ha, rupanya di bawah katil ada ruang penyimpanan yang besar tau. Macam-macam korang boleh masukkan ke bawah tu. Oh ya, Safety Box pun ada kat dalam laci bawah tu.
|
Ruang penyimpanan baawah katil, nampak kecil tapi sebenarnya luas |
|
Peti besi keselamatan |
Dari segi kemudahan dalam bilik juga lengkap. Ada telefon, meja tulis, peralatan untuk membancuh air, peti sejuk kecil, peti besi keselamatan, TV, kemudahan soket yang banyak (siap ada port untuk USB kabel), peralatan mandi, selipar dan hair dryer. Kiranya semua ada la. Oh ya, jangan hairan kalau bilik ni tak ada kemudahan air-cond tau. Dah nama pun kat Genting Highlands, takkan bilik pun nak bubuh air-cond, beku la oiii... tapi jangan risau, ada kipas yang akan memastikan pengudaraan bilik selesa.
Bagi yang tak tahu lagi pasal Theme Park Hotel ni ia merupakan salah sebuah hotel yang terdapat di Genting Highlands. Lokasinya hanyalah beberapa langkah sahaja dari Twentieth Century Fox Malaysia Theme Park yang bakal dibuka tidak lama lagi. Hotel ini mempunyai 456 bilik yang merangkumi 8 aras di Main Wing dan Valley Wing. Tak sabar nak tunggu theme park bukak, pasti aku akan datang lagi ke sini. So, kalau korang nak cari lokasi penginapan yang unik dan cantik dan sesuai untuk seisi keluarga ataupun rakan-rakan boleh la pilih Theme Park Hotel Genting Highlands.. adiosss
|
Puas hati menginap di Theme Park Hotel |
2 Comments
wah cantiknya lobi hotel ne deko bilik pun cantik. Cuti sekolah dah nak mula boleh plan bawak anak-anak Thansk dikbee share info menarik
ReplyDeleteBooking di agoda ker atau on the spot di kaunter
ReplyDelete