JIKA BERCERAI SIAPA YANG DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK ? | Assalamualaikum semua... Uish serius bebenor tajuk kita hari ni. Mesti ada yang pelik kenapa tetiba aku nak berkongsi mengenai topik ni kan. Mana taknya aku ni belum berkahwin tapi tetiba nak tulis pasal topik ni. Hurm, tak salah kan. Walaupun isu ni tak jadi pada diri sendiri tapi sebenarnya ia pernah terjadi di kalangan ahli keluarga aku sendiri. Jadi sedikit sebanyak aku tau juga la apa yang berlaku.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan bertambah gembira bila menimang cahaya mata. Orang kata anak ni penyeri rumahtangga kan. Bukan tu sahaja, anak juga merupakan penyambung zuriat dan warisan keturunan kita. Aku pun suka baby, comel dan keletah mereka selalu membuatkan hati jadi sejuk je. Tu sebab bila ada anak buah baru, aku akan tumpang gembira. Sape tak suka baby kann..
Tapi malangnya tak semua pasangan akan bahagia selamanya. Ada juga pasangan yang mengalami masalah rumahtangga hingga menyebabkan kes penceraian. Paling sedih apabila pasangan tersebut telah mempunyai anak. Sedih weii.. Apabila ibu bapa bercerai, dalam diam emosi anak-anak turut terganggu. Lebih sayu apabila ibu dan bapa bertelagah mengenai hak penjagaan anak. Maklum la, masing-masing nak hak kan. Tapi persoalannya, siapa yang berhak mendapat penjagaan anak jika berlaku penceraian?
Tuntutan hak penjagaan anak atau Hadhanah bermaksud :
Tuntutan Hadhanah atau hak jagaan anak merupakan suatu tuntutan bagi mendapatkan hak jagaan anak kandung ( sama ada sah taraf atau tidak) dan lain-lain hak yang berkaitan di Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa
Berdasarkan petikan daripada kitab kifayah al-Akhyarjuz. 2 ms 161 yang menyatakan:
وإذا فارق الرجل زوجته وله منها ولد فهي احق بخضانته الى سبع سنينMaksudnya: Apabila berlakunya perpisahan di antara suami dan isteri dan mereka mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut, maka ibu adalah orang yang berhak menjaga anak itu sehingga berumur 7 tahun.
Ok, kebanyakan kes berlaku apabila si ibu menuntut hak penjagaan anak tapi bagaimana pulak kalau kes si bapa yang ingin membuat tuntutan hak penjagaan anak? Contohnya macam yang aku cakap tadi bahawa di kalangan ahli keluarga aku sendiri melalui situasi seperti ini di mana isterinya berlaku curang dan dalam masa yang sama turut mendera anak. Penceraian berlaku dan dek kerana pada masa itu anaknya berusia di bawah 5 tahun maka si anak diletakkan di bawah penjagaan ibu. Si bapa sangat runsing atas keselamatan anaknya tambahan pula si bapa tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan perlakuan sebenar isterinya (maklum la zaman tu mana ada telefon canggih manggih macam sekarang ni).
Akhirnya si bapa pun redha dengan ketentuan Allah. Lama juga dia cuba untuk membuat tuntutan hingga makan masa bertahun-tahun juga. Tapi sebenarnya pada zaman tu kurangnya pengetahuan mengenai prosedur untuk tuntutan hak penjagaan anak juga turut menyebabkan proses menjadi lebih panjang.
Tapi kini zaman dah serba canggih. Khidmat konsultansi dan bantuan Peguam Syarie juga dah semakin banyak. Antara yang aku kenal adalah Peguam Syarie Faiz Adnan. Kalau la aku tau mengenai khidmat beliau lebih awal, boleh aku sarankan saudara aku tu bertemu beliau. Jadi tak perlu la tunggu anaknya sampai besar untuk membuat tuntutan semula. So, kalau ada yang mempunyai sebarang masalah berkaitan isu rumah tangga boleh hubungi beliau seperti di bawah :
Telefon/ Whatsapp:
+6012 6676200
Faiz Adnan
-Peguam Syarie-
Website:
0 Comments