JUSTEA DAN JUSCOFFEE MINUMAN PILIHAN SETIAP HARI | Assalamualaikum semua.. Hari ni aku nak share dengan korang mengenai satu minuman yang telah mula menambat hati aku. Minuman yang aku maksudkan adalah Justea dan Juscoffee iaitu produk minuman keluaran dari Yeo's. Sebenarnya aku ni memang penggemar produk Yeo's Malaysia tapi biasanya aku beli perisa chrysanthemum tea dan juga soya bean. Tapi satu hari tu masa nak beli ternampak pulak Justea dan Juscoffee masa tengah isi minyak dekat Shell, tu yang nak cuba. Sekali nahhh.. melekat terus jatuh cinta dengan kedua-dua air ni.
Bila sebut Justea dah tentulah airnya adalah teh kan manakala kalau Juscoffee pula adalah air kopi. Setakat ni pilihan air teh ada 1 iaitu Justea Matcha Latte (Minuman Teh Hijau Matcha Susu). Tapi untuk Juscoffee pula ada 2 pilihan iaitu Juscoffee Iced Coffee (Minuman Kopi) dan terbaru ada Juscoffee Iced Cafe Latte (Minuman Kopi Susu). Senang cerita satu kopi O satu lagi kopi susu la.. 😂
JUSTEA MATCHA LATTE
Justea Matcha Latte ni bukan sebarang teh sebab ia diperbuat dari pilihan daun teh premium tau. Gabungan teh matcha dan teh hijau yang terpilih menjadikan rasa justea memang berbeza dan sedap. Tambahan pula bila dah disejukkan di dalam peti ais lagi la menyegarkan. Aku pasti peminat teh atau green tea akan suka Justea Matcha Latte ni.
Justea Matcha Latte |
JUSCOFFEE ICED COFFEE DAN JUSCOFFEE ICED CAFE LATTE
Peminat kopi pula pasti akan teruja dengan kehadiran kedua-dua juscoffee ni. Mana taknya kedua-dua air kopi ni dihasilkan dari pilihan biji kopi premium. Patut la Juscoffee ni special dan lain dari yang lain. Bayangkan la bila bukak je penutup botol semerbak bau kopi keluar. Perghhh.. baru bau belum rasa lagi. Bila dah rasa, ha memang kaww la rasa dia. Sama macam Justea, aku suka simpan dalam peti ais baru la sedapppp..
Juscoffee Iced Cafe Latte |
Juscoffee Iced Coffee |
Aku pasti kehadiran Justea dan Juscoffee sebagai minuman pilihan setiap hari memang akan mendapat sambutan pelbagai golongan sama ada pelajar, golongan yang bekerjaya mahupun mereka yang selalu travel ke sana ke sini. Nak tau sebab apa? ye, sebab justea dan juscoffee ni tak perlu susah payah nak bancuh, hanya bukak penutup dan boleh minum terus. Tak perlu risau sebab tak ada preservatives ditambah ke dalam minuman ni. Walaupun boleh diminum terus tetapi rasa kedua-dua minuman ni sedap setanding dengan kopi dan teh yang dibancuh sendiri. Sesuai dengan tagline nya iaitu "So rich, smooth and simply irresistible".. Ya, memang tak dapat disangkal lagi..
Tiga-tiga perisa sedappp |
Macam aku sendiri, aku dah mula simpan stok kat rumah. Bukan apa, macam aku ni as blogger memang kadang-kadang akan stay lewat malam buat kerja. Jadi bila ada juscoffee ni rasa segar sikit mata. Manakala untuk justea pulak sedap bila minum time pagi. Bagi korang yang bekerja di office sesuai sangat minum juscoffee pepagi supaya mata jadi segar dan bertenaga nak mulakan kerja. Sebenarnya tak kisah pun nak minum time bila, ikut selera masing-masing kan. Yang penting Justea dan Juscoffee sentiasa menjadi pilihan.
So, kalau korang nak jugak rasa keenakan kopi dan tea yang terbaik dari ladang, kena la beli Justea dan Juscoffee juga. Kat mana nak beli?? Ha, boleh beli kat Shell Select, Petron dan BHP seluruh Malaysia. Selain tu ada juga dijual di rangkaian supermarket KK Mart dan tempat-tempat lain berdekatan anda. Harga pun takde la mahal sangat dan sangat berpatutan. So, peminat kopi dan teh apalagi dapatkan Justea dan Juscoffee sebagai minuman pilihan setiap hari.. adios..
Info lanjut boleh rujuk di website :
Instagram :
2 Comments
Dah cuba.. sedappp
ReplyDeleteyeee... sedapkannn
Delete