MAHA 2018 : TARIKAN KAMPUNG PULAU PISANG OLEH MADA | Assalamualaikum semua.. MAHA 2018 tiba lagi. Macam tak percaya rupanya dah 2 tahun berlalu. Rasanya macam baru je lagi pergi ke MAHA tapi tu tahun 2016 yang lalu. Cepat kan masa berlalu. Tapi tak kisah la kan, yang penting sekarang ni aku nak cerita pasal kemeriahan MAHA 2018 pulak. Ye, aku dah pergi dah Sabtu lepas dengan beberapa orang rakan blogger. Happening giler weiii..
Bagi yang tertanya-tanya apa tu MAHA 2018 (eh, ada ke yang tak tau lagi tu?) takpe, meh aku bagitau MAHA adalah singkatan bagi Malaysia Agriculture, horticulture & Agrotourism Show. Bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita", MAHA merupakan acara dwi tahunan berkaitan pertanian dan hortikultur yang terbesar di Malaysia dengan tarikan pengunjung seramai 3.5 juta. Acara gemilang ini akan berlangsung selama 11 hari bermula 22 November sehingga 2 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang.
Memandangkan aku dah ada pengalaman pergi ke MAHA 2016, maka sedikit sebanyak dah tau nak masuk kat mana, parking mana. So, takde la rushing nak keluar awal kan. Aku sampai lebih kurang pukul 10 dan alhamdulillah mudah dapat parking. Oh ya, aku masuk ikut Laman Tiba 2 sebab kat situ ada parking dekat dengan pintu masuk. Harga tiket parking RM5 sahaja dan dibayar masa nak keluar. Kalau nak mudah, sila guna Touch & go. Kemudian dari pintu masuk ada disediakan Tram untuk pergi ke setiap lokasi dalam MAHA 2018. Ha, takde la penat nak menapak. Mau berlecakkk weiii.
Destinasi pertama kami adalah Dewan Hall A. Pusing punya pusing, aku tertarik dengan satu sudut yang macam menarik sebab ramai orang berkumpul. Rupanya sudut tu adalah tapak pameran Kluster Agro Pelancongan yang dikelola oleh MADA yang merupakan salah satu agensi dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi Kluster Agro pelancongan sempena MAHA 2018. Selain dari Agro Pelancongan, MADA juga terlibat dalam menjayakan Laman Padi dan Pavilion Negeri. Meriah weii..
Apalagi, aku pun terjebak la jugak dalam ramai-ramai yang kerumun tu. Bukan nak kepoci tapi nak tengok apa yang menarik kat situ. Dari pintu gerbang tertera signboard Kampung Pulau Pisang. Eh bunyi dah macam nama kampung dalam Movie Zombie Kampung Pisang dah. Ingat kampung yang sama, rupanya lain wakkk. Kampung Pulau pisang merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Kat sana, Kampung Pulau Pisang ni rupanya memang famous dengan keunikan seni bina rumah melayu sebagai lokasi yang menawarkan Pakej Inap Desa (Homestay) dengan berlatar belakangkan sawah padi.
Selain tu sape yang stay kat Kampung Pulau Pisang ni juga dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan persekitaran kampung dan juga alam semulajadi. Patut la MADA memilih Kampung Pulau Pisang sebagai Ikon Kluster Agro Pelancongan di MAHA 2018. Rupanya nak bagi peluang kat pengunjung MAHA 2018 untuk sama-sama merasai pengalaman seperti berada di perkampungan utara yang penuh dengan pelbagai aktiviti subkluster. Antara aktiviti subkluster di bawah Agro Pelancongan yang terdapat di sini adalah Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang. Wow, macam-macam adaaaa...
KLUSTER AGRO PELANCONGAN
Charuk Pelanduk
Bunyi namanya macam pelik je rupanya Charuk Pelanduk adalah sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah dan merupakan hentian setempat bagi pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai produk kraftangan yang unik, menarik dan antik. Jadi itulah sebabnya nama Charuk Pelanduk ni dipilih sebagai subkluster Agro Art & Diy. Sapa mai sini dapat tengok demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan juga jerami yang dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY @ Charuk Pelanduk Valley. Selain itu, aktiviti lain turut diadakan seperti DIY mewarna seramik dan batik. Ha, sape-sape yang nak cuba tunjuk bakat tu boleh la try tak kisah orang tua ke kanak-kanak, semua boleh mencuba.
Wakaf Mahsuri
Siapa yang tak kenal dengan Mahsuri kan. Seorang wanita yang digelar dengan nama Puteri Langkawi atau Puteri Mahsuri dan dikatakan memiliki kejelitaan yang menjadi dambaan setiap mata memandang. Jadi sebagai ikon kecantikan, Wakaf Mahsuri dipilih sebagai Subkluster Health & Beauty dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan daripada sumber semulajadi seperti beras, madu kelulut, propolis, herba dan Jewel of Borneo. Selain tu, kat sini juga ada khidmat urut kaki. Jadi kalau rasa lenguh menapak dalam MAHA 2018 ni boleh la datang mengurut kat Wakaf Mahsuri ni.
Gelanggang Pantai Merdeka
Pernah dengar lagu Cinta Pantai Merdeka?? ha, pantai yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah ni la yang dimaksudkan. Pantai ni merupakan sebagai pusat peranginan dan perkelahan bagi penduduk setempat. Punya la best pantai ni sampai ada yang jadikan tajuk lagu. Lokasi pantai ni pun tak jauh dari perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang menjadi tarikan kaki pancing.
Maka dek kerana kemayshuran pantai ni maka Gelanggang Pantai Merdeka dipilih sebagai nama subkluster Hobby & Recreation kerana menjadi tempat pilihan keluarga bagi tujuan riadah dan rekreasi hujung minggu. Bagi mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pengunjung Kampung Pulau Pisang akan berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti permainan tradisional seperti permainan congkak, getah atas para, serta dam aji gergasi.
Kalau tak nak main permainan tradisional, boleh juga bermain dengan haiwan ternakan kat Petting Zoo. Masa aku pergi tu ramai kanak-kanak yang teruja dapat tengok ayam, arnab, kambing, turkey malah ada juga beberapa reptilia seperti ular dan iguana. Ha, time ni la adik-adik cilik ni nak mengenal haiwan kan. Ye la, kat KL ni mana nak jumpa, nak bela pun susah.
Pelantaq Gunung Keriang
Gunung Keriang memang tak asing lagi bagi penduduk di Kedah kerana kecantikan sebuah bukit di tengah-tengah sawah padi. Dengan ketinggian 217.92m, Gunung Keriang kelihatan gah dan turut dikenali sebagai warisan geologi unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program berunsurkan kebudayaan dan kesenian. Jadi bersesuaian dengan tarikan menarik di sana, nama Pelantaq Gunung Keriang digunakan bagi subkluster AgroCulture yang menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia.
Warong Ulu Sedaka
Bila dah penat beraktiviti tu mesti rasa lapar kan. Ha, apa kata singgah Warong Ulu Sedaka dan menikmati pelbagai aneka juadah yang pasti akan menggamit nostalgia. Mana taknya, di Warong Ulu Sedaka semua sajian yang dihidangkan adalah makanan tradisional dan minuman ikonik kepada negeri Kedah seperti peknga, laksa dan pulut pekasam. Tak lupa juga minuman nira nipah, kena try tau. Ha, tu sebab la subkluster Lepak Santai menamakan Warong Ulu Sedaka sebagai simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan makanan tradisi ni.
LAMAN PADI
Lepas dah puas beraktiviti di Dewan A, kami semua beralih arah ke Laman Padi. Bukan apa, dari jauh nampak kehijauan sawah padi tu yang buat teruja nak pi tengok. Lagipun bukan senang nak jumpa sawah padi kat pusat bandaraya ni kan.. Sawah padi yang terbentang menghijau, patung orang-orang yang ‘menakutkan’ dan sebuah muzium yang lengkap menceritakan pelbagai keunikan mengenai industry beras Negara sememangnya menjadi tarikan pengunjung ke Laman Padi di MAHA2018.
Masa kami sampai beberapa orang pemuda tengah bermain "bola sepak bendang". Tudia, semua pakat comot dengan selut bendang tu. Tapi tengok diorang cool je tanpa menghiraukan kekotoran seluruh badan. Katanya bola sepak bendang ni memang permainan biasa bagi mereka yang duduk di kawasan sawah padi.
Tahu tak korang yang sebenarnya selain dari nasi, beras sebenarnya boleh juga diproses menjadi pelbagai makanan lain. Ye, kat sini ada beberapa makcik yang akan menunjukkan pelbagai kuih muih tradisional yang dihasilkan dari beras. Kami berpeluang mencuba kuih serabai. Sedappp tau, cicah pulak dengan serawa durian. Perghhh.. ni kalau pekena dengan kopi sambil minum petang berlatarbelakangkan sawah padi dan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, memang heaven la.
PAVILION NEGERI
Antara tapak pameran yang turut menjadi tarikan ialah Pavilion Negeri di mana 13 negeri di dalam Malaysia mempamerkan keunikkan negeri masing-masing bagi menarik pengunjung mengunjungi rumah negeri mereka. Tapak Pavilion Negeri merupakan satu tempat terbaik untuk dilawati sekiranya anda ingin melancong ke seluruh Malaysia dalam masa sehari. MADA serta beberapa agensi lain dari Kedah diberi tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti yang terdapat di Pavilion Negeri Kedah.
USAHAWAN BIMBINGAN MADA DI AGROTRADE
Ha, dah asyik bercerita pasal pameran je, takkan balik tangan kosong kan. So, kami pun beralih ke khemah Agrotrade 1, di mana usahawan-usahawan MADA mempamerkan barangan jualan mereka untuk MAHA 2018 kali ni.
Antara banyak-banyak usahawan tu aku tertarik dengan Booth Bronis yang menjual Kerepek Bronis. Tak sangka desserts Brownies yang selama ni kita makan tu boleh dihasilkan menjadi kerepek. Rangup tetapi masih mengekalkan rasa brownies. Ada juga yang telah diolah menjadi pelbagai perisa. Menarikkk..
Antara banyak-banyak usahawan tu aku tertarik dengan Booth Bronis yang menjual Kerepek Bronis. Tak sangka desserts Brownies yang selama ni kita makan tu boleh dihasilkan menjadi kerepek. Rangup tetapi masih mengekalkan rasa brownies. Ada juga yang telah diolah menjadi pelbagai perisa. Menarikkk..
Selain tu ada banyak lagi ushawan-usahawan lain seperti bahulu yang dimasak panas-panas, dodol, produk mi kering, pelbagai jenis rempah, jus dan macam-macam lagi. Semuanya adalah produk di bawah usahawan MADA. Dijamin halal tau. So, apalagi marilah memborong sakan..
Lepas dah pusing-pusing sakan, kaki pun dah lenguh, maka mari la pulang. Penat dah menjelajah MAHA 2018 ni tapi masih tak puas hati sebab tak dapat explore semua lokasi. Takpe-takpe MAHA 2018 akan berakhir 2 December 2018 nanti. Nampaknya macam kena pi lagi je.. adios..
Maklumat lanjut mengenai aktiviti MADA di MAHA 2018 boleh rujuk di :
"HKL Pi MAHA" #madamabeles #ourfoodourfuture
0 Comments