MINUMAN SEJUK DAN MENYEGARKAN DARI ANCHOR FOOD PROFESSIONALS | Assalamualaikum semua.. Percaya tak kalau aku cakap ada minuman yang boleh membangkitkan mood korang? Ya, baru-baru ni Anchor Food Professionals telah memperkenalkan "Icy-Cool Beverages to Boost your Mood". Maksudnya bila kita minum, mood kita akan jadi happy sebab sedap la... Cuba korang order air minuman lepas tu air yang kita dapat tu tawar ataupun masam, mesti spoil mood sepanjang hari.. betul tak??
Sebenarnya Anchor Food Professionals ni memang telah banyak menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tenusu. Sebelum ni pun mereka telah melancarkan beberapa kempen makanan seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cake. So, kali ni mereka tampil dengan minuman sejuk dan menyegarkan berasaskan produk tenusu juga yang pastinya akan membangkitkan mood korang selepas minum. Kempen kali ni diberi nama "Moodmojee".
"Kami memahami tenusu memainkan peranan yang serba boleh dalam memberikan rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam apa jua bentuk sama ada dalam minuman atau kek. Tenusu secara tradisinya sangat popular dengan pasaran Barat tetapi kali ini, kami ingin bermain dengan bahan-bahan tempatan untuk memberikannya rasa dan rasa Asia keseluruhan. Kami sentiasa melihat apa yang sedang hangat di seluruh dunia dan berusaha untuk diperkenalkan bagi merangsang rakan kongsi perniagaan kami khususnya bagi memenuhi citarasa Malaysia. Kami telah belajar bahawa kreativiti dan inovasi adalah sama pentingnya dengan rasa pada pengguna hari ini"
Kalau korang nak tau kat New Zealand, pakar tenusu sentiasa mencari dan menarik pelanggannya dengan memberi dan berkongsi idea-idea baru dalam penghasilan makanan berasaskan tenusu. Ini memberi peluang yang bagus untuk membantu rakan niaga mereka dalam bidang makanan sekaligus memberi citarasa baru kepada pelanggan. So, baru la tak rasa boring dengan produk tenusu ni kan.
Masa aku pergi ke Majlis Pelancaran baru-baru ni, Kempen Moodmojee akan bekerjasama dengan 15 rakan niaga dalam bidang makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kempen ini akan memperkenalkan pelbagai menu yang berkrim secara berperingkat bermula bulan November 2018 hingga January 2019.
Bila aku sebut pasal minuman yang sejuk dan menyegarkan dan dapat membangkitkan mood harian, pasti korang tertanya-tanya kan apa minuman tu? Haa... kalau korang nak tahu minuman ni adalah gabungan rasa sedap, manis, masam dan masin dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Bayangkan la gabungan buah yuzu, delima, coklat dan pelbagai lagi bahan akan dicampur, pastinya akan merangsang rasa yang enak dan penuh dengan kebaikan semula jadi serta kesegaran produk tenusu Anchor. Berikut adalah minuman yang aku maksudkan :
Kayanika Fusion - gabungan lapisan manis dan berkrim dengan 'kaya' tradisional, 'gula melaka', 'bubur' dan kacang merah.
Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Sejati), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Firuz
Yuzu Chocolate Surprise - Gabungan lemak dan manis coklat dan yuzu citrusy menawarkan rasa yang menarik. Yuzu Chocolate Surprise adalah campuran coklat ais dengan Yuzu puree dan di bibir gelas diletakkan dengan salt lemon cooling candy.
Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chiu’s Café, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, La Taste, HIVE by Love A Loaf
Produk Anchor Dairy : Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ichiro
Pom & Grey Twist : Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko.
Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
Lemon Mint Meringue - Lemon Mint Meringue adalah sejenis air ice blended yang penuh dengan lemon mint vanilla. Terpasang dengan sebidang kuat meringue yang baru disebat dan dibakar dengan irisan jeruk nipis dan oren. Di atasnya diletakkan whipped and torched meringue dan hirisan lemon dan oren.
Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy - Anchor Whipping Cream
Ciptaan - Chef Firuz
Tangy Brew - Rasa yang mengejutkan dari Tangy Brew, sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim.
Lokasi : Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
White Coffee - Menawarkan rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat.
Lokasi - Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Inchiro
Menarik kan semua minuman ni. Tengok rupa pun dah terliur ni kan pulak bila dah rasa. Mau ceria sepanjang hari.. So, kalau sesiapa nak cuba minuman yang sangat menarik dan menceriakan ni boleh la berkunjung ke lokasi-lokasi yang dinyatakan kat atas tu. Jangan lupa sebelum minum ambil gambar dulu dan kongsikan di media sosial korang. hehe.. adios
Produk Anchor Dairy : Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ichiro
Pom & Grey Twist |
Pom & Grey Twist : Menggunakan teh keju, Pom & Gray Twist adalah sejenis ramuan menyegarkan. Early Grey Tea dicampur dengan sirap delima dan dilapisi di atas adalah krim coklat dan ditabur dengan serbuk koko.
Lokasi - Choon Guan Coffee Shop, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, La Taste, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
Lemon Mint Meringue |
Lemon Mint Meringue - Lemon Mint Meringue adalah sejenis air ice blended yang penuh dengan lemon mint vanilla. Terpasang dengan sebidang kuat meringue yang baru disebat dan dibakar dengan irisan jeruk nipis dan oren. Di atasnya diletakkan whipped and torched meringue dan hirisan lemon dan oren.
Lokasi - Delight Factory, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Lavish Fusion Bakery, Overstepped (Perdana), La Taste (Butterworth), HIVE by Love A Loaf, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy - Anchor Whipping Cream
Ciptaan - Chef Firuz
Tangy Brew |
Tangy Brew - Rasa yang mengejutkan dari Tangy Brew, sejenis minuman kopi yang pekat dan sejuk dan dihiasi dengan lapisan krim cair dan busa keju krim.
Lokasi : Choon Guan Coffee Shop, Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Chiu’s Café, Lucky Bean, Living Room, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery
Produk Anchor Dairy : Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Ken
White Coffee |
White Coffee - Menawarkan rasa berkacang, White Chocoffee merupakan campuran kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat.
Lokasi - Gafe Kafé, Delight Factory, Chubs Grill, Lucky Bean, Love Tea F&B, Cofeology Café & Restaurant, Family Confectionery, Baker’s Hut
Produk Anchor Dairy - Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream
Ciptaan : Chef Inchiro
Ni bukan saiz sebenar ye.. hehe |
Menarik kan semua minuman ni. Tengok rupa pun dah terliur ni kan pulak bila dah rasa. Mau ceria sepanjang hari.. So, kalau sesiapa nak cuba minuman yang sangat menarik dan menceriakan ni boleh la berkunjung ke lokasi-lokasi yang dinyatakan kat atas tu. Jangan lupa sebelum minum ambil gambar dulu dan kongsikan di media sosial korang. hehe.. adios
Website :
0 Comments