PPZ-MAIWP : KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT | Assalamualaikum semua.. Bila tiba hujung tahun ni masing-masing mesti dah berkira-kira pasal bonus kan. Agak-agak berapa banyak la bonus bos nak bagi tahun ni. Tapi jangan lupa wakk, dalam pada kita duk fikir pasal pendapatan, sebenarnya dalam hak kita ni ada juga hak orang lain. Oleh itu, kita perlu menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu membayar Zakat.
Rasanya semua orang tau apa itu Zakat kan. Ya, Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Sehubungan itu apabila kita menuju gerbang terakhir tahun ini iaitu tahun 2018 pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP telah mengadakan kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat". Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi hebahan mengenai keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada orang ramai.
Untuk pengetahuan semua Zakat terbahagi kepada beberapa jenis iaaitu Zakat Harta, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Tapi bagi yang termiss atau terlupa membayar zakat pada tahun sebelumnya, jangan khuatir. Kita masih boleh membayar zakat melalui kaedah Qada Zakat. Takde masalah, yang penting tanggungjawab kita tunaikan. Lagipun melalui kempen ini PPZ-MAIWP telah menyediakam empat saluran untuk pembayaran zakat bagi memudahkan proses pembayaran. Berikut kaedah pembayaran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP :
1. KAUNTER PPZ-MAIWP
Bagi mereka yang sukar untuk ke Wisma PPZ, kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka 7 hari seminggu termasuk pada cuti umum bagi memudahkan orang ramai datang membuat bayaran. Waktu operasi kaunter PPZ-MAIWP ini akan bermula pada 1 Disember 2018 sehingga 25 Disember 2018 bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Berikut adalah senarai lokasi kaunter PPZ-MAIWP :
1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong
11. Labuan Times Square
Ha, kalau bertuah korang akan dapat berjumpa dengan beberapa tokoh agama dan selebriti seperti Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail kerana mereka turut turun padang bagi mempromosikan kempen ini.
2. PORTAL PPZ-MAIWP
Zaman sekarang kan zaman serba canggih. Bagi mereka yang ingin membayar zakat secara online boleh melalui laman sesawang www.zakat.com.my. Selain dari mudah dan menjimatkan masa (tak perlu keluar untuk ke kaunter PPZ-MAIWP), berikut adalah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran Portal PPZ-MAIWP :
1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan.
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan.
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.
Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin.
3. PERBANKAN INTERNET
Selain dari Portal PPZ-MAIWP ada lagi satu cara yang boleh digunakan melalui internet iaitu Perbankan Internet. Sebanyak 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Andaikata korang ada urusan di bank, alang-alang tu boleh juga buat Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat.
Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.
4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP
Andai kata lepas dihitung jumlah pembayaran zakat kita melebihi RM5,000, Pihak PPZ-MAIWP sedia membantu memungut dengan memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door'. Perkhidmatan ini membolehkan pihak PPZ-MAIWP datang ke lokasi kita, jadi tak perlu la kita keluar sendiri. Hanya perlu hubungi je talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.
Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri
TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
Selain dari 4 kaedah pembayaran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP di atas, pihak PPZ-MAIWP juga memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat. Hanya perlu membayar serendah RM10 sahaja dan anak-anak ini akan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakan. Untuk Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP, PU Azman antara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan.
Satu Majlis sidang media telah diadakan bagi memerkenalkan Kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman. Menariknya, dalam majlis ini juga diberitahu bahawa bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Talian bebas tol zakat:
📞 1-300-88-5757
'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'
0 Comments