STEAMBOAT BBQ BUFFET D’KAYANGAN SHAH ALAM BEST | Assalamualaikum semua.. Sape yang rapat dengan aku mesti tau yang aku ni hantu seafood dan suka makan di steamboat & grill restoran. Tapi sejak kerja sendiri ni dah jarang dah pergi makan seafood. Busy bebenor.. ahakk.. Kadang tu membuak-buak juga nak pi tapi takpe, tunggu masa yang sesuai. Akhirnya Khamis lepas berjaya juga aku melepaskan gian untuk makan seafood dan aku memilih untuk makan di Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Restoran ini berkonsepkan steamboat dan grill yang murah dan sedap di Shah Alam.
Sebenarnya ini bukan kali pertama aku makan kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan. Masa kerja dulu, tiap kali bulan Ramadhan kat sini la lokasi pilihan officemate untuk berbuka puasa beramai-ramai. Seronok makan kat sini dengan diorang sebab masing-masing kuat makan. Jadi memang berbaloi bawa diorang ke sini. Tapi kali ni aku pergi ke sana dengan geng blogger iaitu Rafzan Tomomi dan Mawardi Yunus. Alang-alang tu celebrate sekali sempena Mawardi dapat kerja dan Rafzan pula terpilih untuk Top 12 Watsons Influencer. Wow, hebat la kengkawan aku ni. Bravo Bravo..
Masa kami sampai, masih belum ramai pelanggan lagi sebab belum pukul 8 malam lagi. Jadi masih banyak meja kosong. Tapi kalau korang nak datang beramai-ramai, aku sarankan baik booking dulu sebab senang nak arrange meja. Ni pun ada beberapa meja sudah tertulis 'Reserved'. Tapi jangan risau kat sini boleh muat 600 orang dalam satu-satu masa. Kalau nak datang awal pun takde masalah sebab kat sini ada kemudahan surau. So, boleh la solat dulu sebelum makan. Memandangkan ada dua pilihan sama ada duduk di dalam restoran ataupun di bahagian luar, kami memilih untuk duduk di dalam. Bukan apa, dekat sikit nak ambil makanan.. hehe, bijak tak???
Kalau dah nama steamboat mestilah ada kuah kan. Kat sini ada dua pilihan kuah untuk memasak iaitu sup ayam ataupun tomyam. Kami sepakat pilih tomyam sebab ada rasa pedas-pedas sikit. So, nanti bila dah campur dengan seafood nanti akan jadi manis-manis pedas gitu.. so yummy. Tak sabar nak main masak-masak. Tapi sebelum tu kena la ambil bahan mentahnya kan.
Apa yang best kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni semua pilihan bahan mentah segar-segar belaka. Pulak tu macam-macam ada seperti udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Tak cukup dengan tu ada juga pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Fuyoo, rambang mata nak pilih. Tapi yang pasti kena cuba semua.
Seafood fresh |
Bebola untuk steamboat |
Ni pun untuk steamboat, banyak kan |
Pelbagai jenis mee untuk steamboat |
Sayur-sayuran untuk steamboat |
Untuk grill pulak ada beraneka pilihan bahan mentah yang telah diperap. Chef Shahnizam iaitu seorang Chef yang berpengalaman lebih 25 tahun didalam bidang kulinari telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam /daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan paling menarik Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah. Ha, nampak tak kenapa aku pilih restoran ni.
Bahan mentah dengan perapan istimewa |
Bayangkan semua bahan perapan tu digrill dan dicicah pulak dengan pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Perghh, meletop-letop dalam mulut rasa dia uolssss... (ok, ayaq liuq aku dah meleleh bila mengenang kembali keenakan makanan kat sana)
Seronok makan kat sini. yummy |
Cicah pulak dengan pelbagai sos.. perghh dapp oo |
Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, Kepak Ayam BBQ. Kalau tak kenyang jangan risau, ada juga nasi lemak, nasi goreng, spagetti, dan macam-macam lagi. Untuk desserts pula ada pelbagai buah-buahan, kek dan juga 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint sebagai pencuci mulut. Yang paling terbaru, ada juga menu teppanyaki dekat sini. Pada yang suka makan teppanyaki boleh cuba makan dekat sini specialnya dimasak secara panas-panas ayam, daging dan sayuran semua segar .
Nasi lemak |
Nasi Goreng |
Kuey teow goreng |
Spagetti |
Kari ayam |
Live cooking station - teppanyaki in the making |
Tadaa.. siap dah teppanyaki panas-panas |
Tudiaa, banyak kan makanan kat Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan ni. Semua best tau. Aku sendiri tah berapa kali round pi ambil makanan. Memang berbaloi la bagi orang yang kuat makan macam aku ni. Dari segi harga pun murah dan berpatutan iaitu RM33.00 nett bagi dewasa dan RM12.50 nett bagi kanak-kanak. Bagi kanak-kanak bawah 4 tahun percuma ya.. Oh ya, kalau sup korang kering jangan segan silu mintak tambah ye sebab boleh refill secara percuma. So kalau korang nak mai sini, ajak la ramai-ramai ye. Seronok makan ramai-ramai ni. Nah alamat dan no telefon untuk booking :
Puas hati betul makan kat sini |
Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan
Sri Acapella Service Apartment,
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam.
Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam)
Masa perniagaan :
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am
Facebook :
Instagram:
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi
012-2971091 atau 03-55234979
0 Comments