TEXAS CHICKEN MALAYSIA : NEW BIG DEALS | Assalamualaikum semua.. Siapa yang tak kenal dengan Texas Chicken kan. Terbayang keenakan ayam goreng spicy bersama honey-butter biscuits yang sedap dan lain dari lain tu. Memang best la. Lagi satu yang best kat Texas Chicken ni sebab air boleh refill. Ini la salah satu sebab kenapa aku suka makan kat Texas Chicken selain dari ayam gorengnya. Actually ada banyak juga menu lain seperti burger, nugget dan juga chicken wrap.
Terbaru Texas Chicken mengeluarkan 6 menu baru bagi menambah kepelbagaian pilihan pelanggan. Menu ini diberi nama Texas Chicken New Big Deals. Keenam-enam menu ni didatangkan dibahagi kepada 3 kategori iaitu Rice Bowl, Mash Bowl dan Porridge. Setiap kategori ada 2 variasi pilihan. Bila dengar je menu baru keluar, harus la pergi cuba dan rasa kan. So ini la rupa menu baru di Texas Chicken tu.
Kategori Porridge
1. Spicy Thai Porridge
Kalau dah namanya spicy, harus la pedas kan. Spicy Thai Porridge adalah gabungan bubur yang panas dan ditabur dengan crispy tom yam flavour potato flakes. Maksudnya serbuk kentang perisa tomyam le tu..
Spicy Thai Porridge |
2. Chicken Porridge
Ha, yang ni chicken porridge ataupun bubur ayam. Rasa dia sama macam bubur yang kita masak kat rumah. Biasa kita masak bubuh banyak isi ayam kan. Kat sini pun sama, memang tak kedekut ayam.
Chicken Porridge |
Kategori Rice Bowl
1. Spicy Korean Rice Bowl
Bagi korang yang suka makan makanan korea kena cuba yang ni. Rasa sosnya yang pedas-pedas manis, memang terangkat la.. Tapi bagi aku rasa dia pedas sikit so, sape yang tak tahan pedas tu sila sediakan air secukupnya..
Spicy Korean Rice Bowl |
2. Japanese Roasted Sesame Rice Bowl
Kalau tak tahan pedas boleh cuba Japanese Roasted Sesame Rice Bowl. Ha, yang ni just nice la rasa dia. Tak pedas sangat. Oh ya, kedua-dua bowl ni ada nasi tau. So, memang mengenyangkan.
Kategori Mash Bowl
1. Spicy Korean Mash Bowl
Untuk menu ni actually sama macam Spicy Korean Rice Bowl, bezanya nasi ditukar kepada mash potato. Jadi ada option untuk yang tak nak makan nasi.
2. Japanese Mash Bowl
Menu ni pun sama juga macam Japanese Roasted Sesame Rice Bowl cuma nasi ditukar dengan mash potato. Memang pilihan yang sesuai kalau nak menu yang light2 je. Lagipun mash potato ni budak-budak mesti suka kan..
Ha, menarik kan.. suka la bila Texas Chicken memperkenalkan New Big Deals ni. So, boleh la dimakan bersama ayam goreng Texas yang sedap tu. Jangan risau, bagi penggemar ayam goreng masih boleh order bersama menu-menu yang aku sebut kat atas ni. Tak salah pun. Hehe..
Menarik kan 6 menu ni |
Ok, alang-alang dah order semua jenis variasi menu, boleh la aku rasa semua sekali. So, kalau korang tanya mana satu yang aku suka, jujur aku cakap aku suka yang Spicy Korean tu sebab sos dia yang pedas-pedas manis. Eh, tak bermakna yang lain tak sedap tau, ni pilihan peribadi je.
Jemput cuba di Texas Chicken berhampiran |
Oh ya.. dari segi harga pun tak mahal antara RM3.80 hingga RM5.80 bergantung kepada lokasi outlet yang kita pi la. Apa lagi korang, kalau singgah Texas Chicken tu jangan lupa cuba tau. Untuk maklumat lanjut berkenaan Texas Chicken New Big Deals boleh rujuk di :
Facebook :
Website :
2 Comments
Kita suka yang bubur tu menang sedap makan dengan ayam goreng mereka rangup dan panas...
ReplyDeletesis suka spicy korean ^_^
Delete