DEMETER FRAGRANCE LIBRARY KINI DI WATSONS MALAYSIA

DEMETER FRAGRANCE LIBRARY KINI DI WATSONS MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Siapa kat sini yang tak suka wangi?? heyy... takkan la kot. Aku pasti semua orang suka. Cuma bagi setiap orang pasti mempunyai bau wangian kesukaan masing-masing. Betul tak? Ya, setiap wangian mempunyai kekuatan bau / intensiti tersendiri dan berbeza antara setiap jenis. Ada juga wangian yang dapat memberi aroma yang menyegarkan dan dan kadangkala secara tak langsung dapat membangkitkan aura positif. Jadi, macam mana kita nak mendapatkan bau wangian mengikut citarasa kita? Ahaaa, Demeter Fragrance Library ada jawapannya.

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia

Untuk pengetahuan semua, Demeter Fragrance Library mampu memberikan aroma mengikut emosi dan intipati yang memberikan aura positif ke dalam botol wangian kita. Diilhamkan di Amerika Syarikat sejak tahun 1996 oleh pakar wangian terhebat iaitu Christopher Brosius, kini Demeter Fragrance Library menghasilkan 300 wangian yang berbeza mengikut bauan objek atau berdasarkan pengalaman seharian. Mengapa begitu banyak aroma yang berbeza? Kerana deria bau kita mencetuskan tindak balas emosi yang paling kuat, maka memilih dan memakai aroma Demeter adalah ungkapan peribadi tindak balas emosi itu.

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Demeter jenama wangian mengikut bauan objek atau berdasarkan pengalaman seharian

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Demeter Fragrance Library menghasilkan 300 wangian yang berbeza

Hebat tak Demeter Fragrance Library ni? Tapi mesti korang semua muykil kan kat mana nak dapatkan produk wangian Demeter ni. Ha jangan risau. Demeter Fragrance Library kini berada di Watsons terpilih seluruh Malaysia. Satu majlis pelancaran telah diadakan bertempat di The Other Half Cafe, Taman Tun Dr Ismail. Majlis ini telah dihadiri oleh Mr James Lee (CEO Demeter Asia Pasific), Mr Thoren Tan (Trading Director), Mr Danny Hoh (Customer Director) dan Mr Jason Park (CEO of Finger Touch (M) Sdn Bhd).

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Majlis Perasmian Demeter Fragrance Library Bersama Watsons Malaysia

Aku juga turut berbesar hati dapat menghadiri majlis ni. Nak tau sebab apa? Ya, sebab dalam majlis ni aku berpeluang untuk belajar dan menghasilkan perfume dengan bau wangian mengikut citarasa aku sendiri. Yeayy, ini la yang aku impikan selama ini. Memang banyak perfume dijual di pasaran tapi susah nak cari bau yang kena dengan hidung aku ni. Kebanyakkan bau agak kuat dan ada juga yang sampai pening dibuatnya.

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Teruja mebuat perfume mengikut citarasa sendiri

Ha, ni peralatan untuk membuat minyak wangi untuk meja kami. Tema untuk meja kami adalah Party. Peralatan asas yang ada adalah bekas botol, alat penimbang, Party Perfume Base dan pelbagai jenis pati wangian. Mula-mula kena masukkan party perfume base ke dalam botol mengikut sukatan yang diberikan dan kemudian masukkan beberapa titisan pati wangian untuk menghasilkan bau yang diidamkan.

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Bahan yang diperlukan untuk membuat wangian sendiri

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Setiap campuran ada sukatannya

Ha, part ni yang agak mencabar kerana kita kena bijak untuk mencari bauan yang diidamkan. Maksudnya kena kenali setiap bau dan lepas tu cuba untuk menggabungkan setiap bau bagi menghasilkan bau yg diingini. Haaa. boleh pening dibuatnya. Lastly, aku memilih campuran bau Sweet Kiss, Puzzy Navel dan Fresh Juice. Hasilnya bau perfume aku sangat sweet. So, alang-alang dah sweet tu terus aku namakan perfume aku Sweet Dikbee.. Haha, nak jugak kan nama Dikbee tu. Dah siap masukkan semua campuran dalam botol lepas tu boleh la pergi print sticker untuk botol.. Tadaaaa, ini la perfume hasil air tangan aku sendiri..

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Tak sabar nak print label

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Tadaaa.. ni la wangian kita wakkk, namanya Sweet Dikbee

Seronok rasa hati dapat bau perfume yang diingini. Lepas ni boleh la pakai hari-hari. Oh ya, bagi korang yang inginkan perfume yang mempunyai bau yang menyegarkan, Demeter Fragrance Library menawarkan 6 aroma klasik iaitu Crystal Rose, Sweet Baby, Something, White Musk, Icelandic Auroro dan Baby Powder. Selain tu ada juga 4 aroma edisi terhad yang diinspirasikan daripada beberapa negeri di seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Penang dan Melaka. Korang boleh beli di Watsons terpilih di seluruh negara yaaa..

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
6 aroma klasik & 4 aroma terhad dari Demeter Fragrance Library

Demeter Fragrance Library Kini Di Watsons Malaysia
Dapatkan Demeter Fragrance Library di Watsons Store terpilih

Maklumat lanjut boleh layari :



Post a Comment

0 Comments