JAKEL MEMILIH 200 PEMENANG MENUNAIKAN UMRAH | Assalamualaikum semua.. Siapa tak kenal dengan Jakel kan. Gedung textile yang banyak dengan pilihan kain. Aku sendiri kalau nak cari kain pasang untuk buat baju, Jakel la pilihan hati. Memang rambang mata tapi pasti ada yang menambat hati. Tak pernah mengecewakan la. Sesuai dengan slogan mereka "Ingat kain, Ingat Jakel"... hehe.
Ingat kain, Ingat Jakel |
Jadi bagi menghargai para pelanggan setia, Jakel Trading telah memilih 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia untuk menunaikan ibadah Umrah secara Percuma. Whatt??? Percuma??? Iye wakkk.. bertuah kan. Bagus betul Jakel ni. Semua pemenang dipilih melalui Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 yang diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sehingga bulan Jun 2018 di semua cawangan Jakel seluruh Malaysia. Seronoknyaaa..
Jakel Memilih 200 Pemenang Menunaikan Umrah |
Pada 29 November 2018 yang lalu satu majlis penyampaian hadiah dan taklimat telah diadakan di Jakel Mall sebagai tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah yang telah dipilih. Selain itu, pemberian mock-up cek berjumlah RM1.3 juta turut diserahkan kepada pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd. Oh ya, pihak Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd ni yang bertanggungjawab untuk membawa 200 orang pemenang ke Tanah Suci Mekah nanti. Difahamkan mereka akan mula berangkat pada bulan Januari 2019 nanti.
Majlis penyampaian hadiah buat pemenang |
Penyerahan Mock-up cek kepada Alkhatiri Travel & Tours Sdn Bhd |
Bila tengok wajah masing-masing sewaktu penyampaian hadiah, semuanya ceria dan teruja. Siapa yang tak happy kan. Dapat pergi ke tanah suci tu. Ini lah yang dinamakan rezeki kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kita tak tau macam mana pulak kan. Mungkin akan datang ada rezeki aku pulak. Insha Allah.. So, nampaknya kena la shopping banyak-banyak lagi dekat Jakel.. hehe
Antara wajah-wajah pemenang |
Eh, lupa pulak nak bagitau cara nak jadi pemenang menunaikan Umrah bersama Jakel ni. Caranya mudah je. Apa yang perlu korang buat hanya berbelanja di Jakel sebanyak RM1,000 ke atas dan korang akan layak untuk menyertai dengan mengisi maklumat di kupon penyertaan. Sila pastikan segala butir-butir diisi dengan tepat ye. Kang kena reject, rugi je. Dah siap isi, masukkan dalam kotak yang disediakan dekat kaunter bayaran.Cabutan dibuat selepas 30 minggu bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh Malaysia.
Ini lah wajah-wajah bakal jemaah yang menunaikan umrah bersama Jakel (lelaki) |
Ini lah wajah-wajah bakal jemaah yang menunaikan umrah bersama Jakel (wanita) |
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah buat para pemenang dan juga pihak Jakel kerana berjaya merealisasikan impian 200 orang pemenang ke Tanah Suci Mekah secara percuma. Perlaksanaan penganjuran kempen peraduan ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk menghargai dan meraikan sokongan kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong Jakel. Selain itu, ianya juga adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya. Nampak tak bagusnya Jakel ni. Patut la business diorang makin maju sebab pemurah dan tak lokek dengan pelanggan. Bayangkan 200 orang pemenang ni ditaja sepenuhnya tau bagi menunaikan umrah. Semoga Jakel terus maju pada masa akan datang.
Pemenang turut menerima hadiah ni.. bestnya |
Jadi apa lagi, dengar kata Jakel dah mula mengadakan Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel. Bagi yang nak mencuba nasib ini lah masanya. Jualan Akhir Tahun 2018 ni telah bermula pada 23 November 2018 sehingga 6 Januari 2019. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan pelbagai koleksi kain terbaru untuk 2019. Ha, sape-sape nak cari baju raya atau baju nak nikah tahun depan, dah boleh dah mai Jakel. Banyak corak-corak yang fresh dan trendy ni. Antaranya yang aku tengok menarrik adalah Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019. Lawa-lawa tau.. Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Jakel nowww...
Jualan Akhir Tahun 2018 di Jakel |
Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 di Jakel |
Untuk maklumat lanjut mengenai Jakel boleh rujuk link di bawah :
Website :
Facebook :
Instagram :
0 Comments