PERLIS WEEK DI GEDUNG ISTIMEWA FOODMARKET™

PERLIS WEEK DI GEDUNG ISTIMEWA FOODMARKET™ | Assalamualaikum semua.. Bila sebut je Negeri Perlis mesti dah terbayang pelam harum manis kan. Keenakan pelam harum manis memang tiada bandingannya dengan pelam-pelam yang lain sehingga buah ini menjadi tular setiap kali musimnya tiba. Selain dari tu, negeri perlis juga kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi serta produk makanan melayu yang boleh diketengahkan. Jadi atas inisiatif ini Foodmarket™ telah memilih negeri Perlis dengan mengadakan Perlis Week sebagai penutup tahun 2018.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui apakah makanan tradisi negeri Perlis. Rasanya kalau suruh sebut pasti ramai yang tak tahu. Betul tak? Yang tau pelam harum manis je la. Jadi itu sebabnya Foodmarket™ telah bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri Perlis bagi menjayakan program Perlis Week ini. Lokasi Perlis Week akan diadakan di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam secara serentak bermula 12 Disember hingga 16 Disember 2018

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Program ‘Perlis Week’ ini dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama mereka di Bandar Seri Permaisuri. Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.


Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh di bawa ke Kuala Lumpur. Selain itu mereka juga terpaksa membuat banyak pembacaan serta temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.


Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Pihak Foodmarket™ amat bertuah dan menjunjung kasih kerana Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu kumpulan mereka sepanjang berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah direkodkan dan boleh dilihat di Youtube di akaun Foodmarket™.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Tak sabar rasanya nak ke Perlis Week nanti. Bukan apa, nak juga merasa produk hasil air tangan orang Perlis ni. Paling aku teringin dan dah lama mencari adalah pekasam. Ha, pekasam kat Perlis ni lain tau. Ada pekasam ikan dan dagingIstimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Uish, kecur rasa bila teringat pekasam especially pekasam daging. Nanti nak beli la, pastu goreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi. pergh... sedapnya.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Antara perkara yang menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Kalau nak tau laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini akan ada ketika ‘Perlis Week’ nanti di Foodmarket™.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Mesti ada yang bertanya sama ada kat Foodmarket™ ni ada jual buah pelam harum manis ke tidak. Ha, kalau buah yang fresh tu tak ada ye. Tapi produk dari pelam harum manis ada tau. Contohnya seperti pati jus mangga harum manis. Ni kalau bancuh time cuaca panas, ditambah pulak ais memang enak dan menyegarkan dengan rasa buah pelam harum manis.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya biskut bangkit kelapa, kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini.

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket™

Jadi kepada semua pembaca blog ni, jangan ketinggalan untuk datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week ini. Serius memang menarik dan pasti memikat hati kerana di sini sahaja kita boleh mendapat makanan tradisi sempena Perlis Week ni. #PalatMaiNoh



Alamat:

Bandar Sri Permaisuri
Foodmarket,
 No 17 Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, 
Kuala Lumpur.
No Telefon: 019-666.4889

Shah Alam 
Foodmarket, 
12 Jalan Elektron U16/H, 
Denai Alam, 47000 Shah Alam,
Selangor
No Telefon: 0192706003

Instagram : @Food.market
Facebook : @Foodmarket
Youtube : @Foodmarket


Post a Comment

1 Comments

  1. Menarik... LeYa 3 tahun duduk di Perlis dulu as student pun memang seronok dgn makanan di sana

    ReplyDelete