PENGALAMAN STAYCATION DI THE PEARL KUALA LUMPUR

PENGALAMAN STAYCATION DI THE PEARL KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Bila dapat jemputan staycation untuk menginap di hotel hati melonjak gembira. Rasa macam dah lama je tak duk hotel tapi bulan 12 hari tu baru je balik dari bercuti di Belitung. Lupa tu tahun lepas kannn walaupun hakikatnya baru sebulan. hihi. Kiranya ni staycation yang pertama la buat tahun 2019 ni kan. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Lagipun staycation kali ni berbeza sebab ada something special. Nak tau apa yang special tu?? ha, meh la baca pengalaman staycation di The Pearl Kuala Lumpur.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur

Ya, lokasi staycation aku kali ni tak jauh pun, area Kuala Lumpur je. Tapi ok la kan. Mula-mula confuse gak kat mana lokasi The Pearl Kuala Lumpur ni. Rupanya kat Jalan Klang Lama. Kalau dulu hotel ni dikenali sebagai Hotel Pearl International. Tapi kini setelah melalui penjenamaan semula ia telah ditukar kepada The Pearl Kuala Lumpur bertaraf 4 bintang. So, next time kalau korang kena pergi ke situ tau dah kan lokasi hotel ni. Jangan sesat pulak ye.. hehe

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Lokasi The Pearl Kuala Lumpur

Memandangkan staycation aku kali ni hanya 2 hari 1 malam so tak perlu la nak packing banyak-banyak kan. Check-In time hari Jumaat tengah hari so selepas solat jumaat aku gerak terus ke sana. Alhamdulillah, jalan tak jem. Maybe sebab orang lelaki pi solat kot. Kalau tak, hazabb jugak lalu Jalan Klang Lama ni. Bila sampai je bangunan hotel ni aku terus parking kat basement sebab lokasi hotel ni tepi jalan je.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Lobi Hotel The Pearl Kuala Lumpur
Bila naik ke lobi, meriah pulak bahagian lobi hotel ni. Mana taknya kat tepi tu ada restoran starbucks dan Watsons. Kat bahagian belakang pula ada beberapa restoran lagi dan paling best siap ada Econsave ye. Bagus betul ni. Boleh la singgah shopping nanti. Masa kat lobi nampak beberapa orang berpakaian smart berkot bagai. Rupanya ada penyanyi Sufian Suhaimi la.. Tapi sayang tak dapat plak nak selfie.. hehe takpe la kann..

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Kad bilik kami

Lepas je ambil kunci aku pun menuju ke bilik. Aku dapat bilik di level 13 dan roomate aku kali ni tak lain tak bukan Mekonie la. Dah lama tak stay hotel dengan beauty blogger ni. Maklum la, sejak bulan September last year dia busy. Kalau travel plak dia ke tempat lain, aku ke tempat lain. Mujur la staycation kali ni dapat sebilik dengan dia. Dapat la melepas rindu. Bukan takat tu je, abis huru hara bilik kami kerjakan.. opppsss.. hehe.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Ni la roomate aku, blogger Mekonie

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Ni baru acara tarik bantal, belum tarik benda lain lagi.. ahaksss

Ok, nak cerita sket pasal bilik aku kat The Pearl Kuala Lumpur ni. Aku dapat bilik jenis Deluxe Room. Luas juga bilik ni, ada 2 katil single pastu siap ada meja tulis dan 2 biji single sofa. Bilik yang aku dapat ni menghadap jalan raya. Bukan tu je, siap boleh nampak view Pantai Dalam dan Bangsar tau. Sayup-sayup macam nampak Momi je tu.. Hai momi.. buat apa tu?? haha.. Bab bilik air pun luas dan yang penting ada bathtub ya. Boleh la berendam malam nanti.. hihi..

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Bilik kami jenis Deluxe Room

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
View dari bilik.. Hey, macam nampak momi laaa..

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Bilik air, siap ada bathtub ye

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Toiletries.. tak payah bawak pun tak pe

Oh ya, lupa nak bagitahu yang hotel The Pearl Kuala Lumpur ni dah berusia 20 tahun tau. Lama kan. Memang nampak dari segi dekorasi dan perabotnya tapi yang penting bilik bersih dan kemudahan dalam bilik pun lengkap. Ada TV, telefon, peralatan bancuh air, peti ais mini, hair dryer, peti keselamatan dan yang selalu ditanya of course la iron. Iron board pun ada sekali. Ha, tak perlu susah-susah nak minta dekat receptionist ye.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Antara kemudahan dalam bilik. Iron pun ada tau

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Kolam renang di Level 5

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Lepak santai sambil membawang tepi kolam


WORKSHOP BEAUTYXTRA BY EHL


Berbalik kepada isu special yang aku cerita tadi, ha mesti korang nak tau apa dia kan. Ya, staycation kali ni bukan duduk kat hotel sesaje je tau. Tapi dalam masa yang sama aku dapat menghadiri Workshop BeautyXtra by EHL dan belajar cara nak jadi cantik. Panel untuk workshop ni pun bukan calang-calang tau, memang berpengalaman dalam bidang kecantikan dan kesihatan luaran dan dalaman. Mereka adalah Dr. Ho, Dr. June, Mr. Kevin Ong dan of course Mr Marcus selaku penganjur. Antara produk yang diperkenalkan adalah :
✔ sMTS Crystal Mask Pack Kit
✔ FVF Tea
✔ Dr June Rose Water
✔ Pack-age Mask

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Produk BeautyXtra By EHL

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Jom cuci usus dulu

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Demo cara pakai produk


KING OF GRILL BARBEQUE BUFFET ITALIAN


Tak cukup dengan kecantikan, kami semua turut dikejutkan dengan hidangan dinner yang mewah dengan pelbagai jenis makanan. Bertempat di Executive Lounge 23, hidangan King Of Grill Barbeque Buffet Italian pasti dapat menambat selera sesiapa sahaja yang melihat menunya. Mana taknya, ada macam-macam menu especially dari Itali seperti spaghetti, pizza dan juga menu barbeque seperti lobster, lamb, beef dan juga oyster. Ye, sape kenal aku memang akan tahu yang aku ni hantu oyster. Puas hati tau makan kat sini.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Menikmati King Of Grill Barbeque Buffet Italian

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Banyak seafood especially oyster

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Citarasa Italian

Untuk yang inginkan menu berat pun ada juga pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Aku recommend korang untuk cuba menu Coda Di Bue Brasta (Braised Oxtail). Memang sedap. Bahagian pencuci mulut dan dessert juga tak kurang hebatnya. Semua berbentuk comel dan sedap. Paling menarik, ada sudut Kids Corner dimana pelbagai menu seperti chicken nugget dan chicken ball dihidangkan untuk kanak-kanak.

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Banyak pilihan makanan

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Coda Di Bue Brasta (Braised Oxtail)

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Sudut dessert yang menggiurkan

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Ok, tak tau nak pilih yang mana

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Kids Corner

King Of The Grill - Chinese New Year
Tarikh : 1 - 17 Februari 2019
Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve
Tarikh : 4 Februari 2019 (harga akan naik)
Dewasa : RM118+
Kanak-Kanak : RM45+

Chinese New Year Eve
Tarikh : 4 Februari 2019 (Level 5, Cafe 5)
Menu sama di Executive Lounge Level 23 ( King Of The Grill, Buffet Italian)
Dewasa : RM98+
Kanak-Kanak : RM35

Pengalaman Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur
Puas hati dengan staycation di The Pearl Kuala Lumpur

Jadi ni la pengalaman staycation di The Pearl Kuala Lumpur yang dapat aku kongsikan. Kalau korang mencari-cari hotel di Kuala Lumpur, boleh la pilih The Pearl Kuala Lumpur. Kalau nak ke Mid Valley atau ke Sunway Pyramid pun dekat. Lagipun untuk bilik yang aku duduk tu (jenis Deluxe Room) ada promosi sekarang iaitu +- RM180 je untuk 1 malam. Murah kan. So, apa lagi. Boleh rujuk info di bawah untuk maklumat selanjutnya atau untuk urusan booking :

The Pearl Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur

Phone : 603-7983 1111
Fax : 603-7621 9777

Email :
enquiry@pearl.com.my

Website :

Facebook :

Instagram :




Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnyaaaa kannn...
    Bagus semua kemudahan dalam bilik ada termasuk strika, tak payah berebut hahahaha

    ReplyDelete
  2. Selesa dan luasnya bilik dia! Sambil lepak dengan kawan-kawan pulak kan. Bestnya!

    ReplyDelete