BUFFET RAMADHAN 2019 : CITARASA WARISAN DI RIVERSIDE PWTC | Assalamualaikum semua.. Bila tengok tajuk mesti korang dapat agak aku nak share pasal apa kan. Iya, review buffet ramadhan tiba lagi. Ini bermakna tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan kan. So, puasa dah ganti ke?? ha, tu sendiri mau ingat la ekk.. hehe
Bagi tahun ni lokasi pertama untuk edisi buffet ramadhan 2019 aku mulakan dengan Citrasa Warisan yang bertempat di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lokasi memang strategik dan sesuai untuk mereka yang selalu naik public transport sebab ada stesen lrt di sebelah bangunan iaitu stesen PWTC. Ha, senang la nak pi kan. Agak-agak malas nak drive, naik je lrt.
Dari segi menu pula tahun ni Citarasa Warisan @ PWTC akan menawarkan hidangan lebih 250 jenis juadah untuk berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan. Wow, banyak tu. Mesti rambang mata nak pilih tapi kalau ikut tekak, ambik je semua selagi mampu. Kang balik rasa menyesal pulak kalau tak rasa kan. Ok, jom tengok apa menu istimewa tahun ni.
Menampilkan barisan chef yang diketuai oleh eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih, mereka akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap minggu. So, takde la boring kan. Minggu ni bawa keluarga, minggu depan bawak kesayangan, minggu lagi satu boleh bawak kengkawan pulak. Agak-agak tak tau nak ajak sape, ajak je iols.. hehe
Antara menu utama yang dihidangkan adalah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau Dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Untuk hidangan sampingan ada juga disediakan seperti 13 jenis ulam ulaman, 6 jenis keropok, 8 jenis jeruk, 7 jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan juga hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan macam-macam lagi..
Tapi kan kalau korang datang ke sini korang kena try kambing bakar dan satay tau. memang my favourite tu. Sedap weiii.. dagingnya lembut, juicy dan yang penting kuah pun sedap. Sekali rasa confirm bangun lagi pi amik. hehe
Kalau dah nama makan buffet harus la ada hidangan mnisan dan juga pencuci mulut kan. Kat sini ada pelbagai jenis kuih muih tradisional melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jenis jeli, mousse & pudding, 3 jenis bubur, aneka biskut dan macam-macam lagi. Perghh.. banyak tak? Kalau dahaga, pilihan air pun banyak seperti air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa aiskrim , kopi tarik dan teh tarik.
Dah tunjuk gambar menu mesti korang nak tau harga kan. Ok, kat bawah ni aku ringkaskan info untuk Buffet Ramadan 2019 Citarasa Warisan di Riverside PWTC untuk rujukan korang semua :
Harga Buffet Ramadhan 2019 Citarasa Warisan di Riverside PWTC
Tarikh : 8 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019
Masa : 6pm hingga 10pm
Harga :
RM88 per pax (dewasa)
RM45 per pax (kanak-kanak 7-12 thn)
RM75 per pax (warga emas)
Pakej Korporat :
RM98 per pax
*tempahan minima 100 orang
*pakej termasuk hidangan buffet, dewan khas, sistem audio,
ruang solat khas serta kadar parkir tetap RM5 bermula 6pm
Early Bird :
RM75 per pax (pembelian sebelum 5 Mei 2019)
*baucer boleh diguna sehingga 3 Jun 2019
1 Comments
kalau buffet ramadhan je, mesti ada kambing kannn
ReplyDelete