PUDING RAJA PEKAN BY FOODMARKET

PUDING RAJA PEKAN BY FOODMARKET | Assalamualaikum semua.. Sejak dua tiga menjak ni tekak terasa nak makan benda yang manis-manis or sejuk-sejuk je. Maybe sebab cuaca panas kot. Kejap teringin nak makan cendol la, kejap ABC la. Tapi kan dua tiga hari ni aku asyik nampak orang post kat media sosial pasal puding raja. Hey, korang ni saje je tau mengundang. Terus aku tanya beli kat mana. Diorang kata ni la Puding Raja Pekan By Foodmarket yang dijual kat Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Puding Raja Pekan By Foodmarket

So, nak dijadikan cerita situ memang port aku lepak pun. Dekat je rupanya dengan mamak yang selalu aku pergi. Ye la, kalau sebut pasal puding raja ni semua orang tahu yang itu adalah makanan diraja yang popular di negeri Pahang. Dulu-dulu rakyat jelata macam kita ni memang tak dapat la nak merasa puding raja ni sebab ia hanya dihidang ketika majlis-majlis keraian diraja. Tapi sekarang dah mudah dah nak makan bukan sahaja di negeri Pahang malah di negeri lain pun ada jual.

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Puding Raja ni adalah santapan diraja suatu ketika dahulu

Ok berbalik pada kisah Puding Raja Pekan. Aku pun pergi la ke Foodmarket untuk beli. Untuk pengetahuan korang kat Foodmarket ni bukan sahaja menjual Puding Raja Pekan malahan ada banyak lagi produk-produk makanan dari serata negeri di Malaysia ada dijual kat sini. Contohnya pelbagai jenis sambal, pes masakan, jajan, makanan sejuk beku dan macam-macam lagi. Lagi satu aku suka dekorasi kedai Foodmarket ni, menarik tau ditambah pula dengan lukisan dinding. Kalau shopping kat sini tapi tak bergambar kat lukisan dinding tu memang tak lengkap la.. hehe

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Ni la Foodmarket di Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Kat Foodmarket ni ada jual macam-macam produk makanan dari serata negeri

Tadaaa.. ha ni la Puding Raja Pekan by Foodmarket. Akhirnya berjaya juga aku beli. Kalau korang nak tau Puding Raja Pekan ni hot item kat Foodmarket. Laku keras macam pisang goreng panas. Asal stok sampai je mesti cepat habis. Tapi jangan risau, adik kaunter ni kata stok akan dihantar 3 hari sekali. So, disarankan kalau nak pergi beli, call dulu untuk booking. Nanti takde frust kalau stok habis.

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Tadaa, dapat dah Puding Raja Pekan By Foodmarket yang letops di pasaran

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Masa datang ni stok baru sampai, so banyak lagi la

Puding raja pekan ni boleh dimakan terus ataupun kalau nak lagi sedap simpan dulu dalam peti sejuk. Tapi memandangkan aku sejenis yang tak sabar, tak sempat dah nak bawa balik. Makan terus la weii. Ha, ternyata Puding Raja Pekan By Foodmarket ni memang sedap, kena dengan tekak aku. Tak terlalu manis, tak terlalu tawar. Sedang-sedang elok je rasa dia sebab aku ni sejenis yang tak suka makanan yang terlalu manis macam pengat tu. Isi dalam puding raja pekan ni ada pisang lemak manis, jala emas (kuning telur yang disira dalam air gula) dan ditabur dengan ceri, gajus dan prune/kurma. Tuang pulak dengan kuahnya yang pekat.. Perghhh... sedappp.

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Campurkan semua kuah, sedia untuk dimakan

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Tak sempat tunggu balik dah, makan dulu. Sekotak lagi nak simpan dulu dalam peti sejuk

Lagi satu yang aku suka dengan Puding Raja Pekan by Foodmarket ni adalah packaging dia. Lain dari lain tau. Siap buh dalam kotak yang direka khas dengan lukisan kuih muih tradisonal. Boleh ralit jugak duk belek kotak dia ni sebab ada lukisan kuih yang aku tak pernah tengok pun. Isi puding diletakkan dalam bekas yang ditutup rapat dan kuahnya pula di 'seal' dengan plastik. Confirm tak tumpah punya tau. So, kalau nak bagi kat orang atau nak dijadikan cenderahati (doorgift) untuk majlis kahwin atau keraian pun boleh. Sebab kotak dia dah nampak eksklusif.

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Cantikkan kotak Puding Raja Pekan By Foodmarket ni

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Kat belakang kotak ada lukisan kuih muih tradisional, menarik tau

Jadi kalau ada warga Kuala Lumpur yang mengidam nak makan Puding Raja Pekan ataupun nak buat sebagai hadiah, tak payah susah-susah ke Pahang dah. Datang je ke Foodmarket. Harga pulak takde la mahal sangat, hanya RM9.90 sahaja sekotak. Ok la kan. Nah, aku letak kat bawah ni alamat dan media sosial Foodmarket, senang korang nak contact kalau nak ke sana :

Puding Raja Pekan By Foodmarket
Ha, korang kena cuba Puding Raja Pekan By Foodmarket tau

Alamat :
Foodmarket
No17, Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
56000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Telefon : 019-666 4889

Instagram : https://www.instagram.com/food.market/
Facebook : https://www.facebook.com/foodmarket.my/
Website : https://foodmarket.com.my/


Post a Comment

28 Comments

  1. Allahu sedapnya wakkk..panas2 ni makan pulak puding raja sejuk2 perghhh memang mengundang ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye wakkk.. enaknya rasa bila puding raja lalu kot tekak

      Delete
  2. Ramai share pasal puding raja pekan ni. Iza dah duduk pahang dah tapi tak merasa lagi puding raja. Sedap eh? Teringin pulak nak beli rasanya. Gemuk tak kalau makan? Iza tengah diet ni. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeke.. kena try ni. kalau takat makan semangkuk tu inshaAllah tak gemuk. hehe

      Delete
  3. Alah dah lama teringin nak rasa emmm sedapnya! kenapalah takde kat shah alam? i is sad heheh boleh pos tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ya.. kat shah alam pun ada wakk. tapi kat Denai Alam.

      Delete
  4. Cakap pasal Puding Raja Pekan By Foodmarket ni, aku berkenan gila tengok packaging dia weh. Sangat cantik even belah belakang dia pun, nanti kalau ke Permaisuri nak singgah ke sini la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha tu la.. cantik lukisan kat kotak dia.. nmpak exclusive gitu

      Delete
  5. great to eat.. hehehe... nice pudding.. hahah.. lovely food market

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh.. one day u should try.. sedappp

      Delete
  6. Huish ! Menariknya! Macam² juga ya selain puding diraja pekan tu. Sebelum ni pernah baca juga pasal ni . Terkenal juga . Makan panas² sedap ni. Cx tak pernah makan pon sbnrnya hahhhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. CX, try la makan. sedapppp. kalau simpan dalam peti ais bagi sejuk dulu lagi sedapp

      Delete
  7. Puding raja ni memang fav sis tapi susah nak dpt kat kl ni. Dah ada jual kat sini swnanglah sis nak membeli nanti. Harus beli bebanyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis, kat cheras je ni. Alang2 tu boleh beli produk yang lain juga

      Delete
  8. Puding raja tuh rasa macam mana ye. Tak pernah cuba lagi. Ada juga cari resipi nak buat tapi tak terbuat Tengok orang makan nampak sedap pulak .Warna kuning tuh memang sesuai sangat dengan namanya pyding diraja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia manis gitu.. kuah dia tu dibuat dari susu. tapi saya suka yang kat foodmarket ni sebab rasa dia tak terlalu manis macam yang orang lain punya

      Delete
  9. Nampak mcm sedap ni! X pernah tahu ada makanan ni. Nnt blh singgah bila ada lalu nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh wakk.. kat foodmarket ni macam2 ada selain puding raja. alang2 tu boleh shopping terus.. hehe

      Delete
  10. murah sangat puding diraja pahang ni. nampak sedap kalu makan sejuk-sejuk. senang la kalu teringin nak makan puding boleh je beli terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut memang murah kan sebab packaging dia pun cantik. nak buat as a gift pun ok

      Delete
  11. Yummmyyyyy. Menu bukan biashe biashe tu. Hahaha. Dulu susah nak dapat dan sekarang dah senang. Nanti bleh singgah beli. Bleh ketagih nak lagi tau.

    ReplyDelete
  12. Ooo tempat dia dekat ffod market cheras ye. .Ok nanti boleh cafi.. Tapi stok tak bnyak ye.. Ala kalu datang takde mestin kempunan. .Huhu. .Tengok macam sedap je. .Nak rasa juga

    ReplyDelete
  13. Puding Raja nie memang nampak menarik dan lazat. Rawlins suka dia nyer packaging yang sangat artistic and very Malaysian. A great way to market our local delicacies with such international flair. I love!

    ReplyDelete
  14. Puding raja. bestnyaaa nampak sedap. Emi sendiri belum pernah cuba lagi puding raja ni.

    ReplyDelete
  15. Kalau ada dekat area kita memang dah terjah dah ! packaging menarik dan puding tu pun nampak sedap. Cuaca panas-panas ni memang sesuai sangat makan. :)

    ReplyDelete
  16. Nanti kalau yuurn kl nak kena p beli ni. Hope ada lagi la stok kat food market ni.

    ReplyDelete
  17. Hahaha walaupun the puding is the key point here, I would definitely go there for all the sambals. I want to become a sambal hoarder.

    ReplyDelete
  18. Pernah try Puding Raja kat sini. Memang sedap. Tak pernah lagi makan sesedap sini di tempat lain. Dah lah dekat rumah je, mudah nak beli klu teringin.

    Sedihnya, nanti Food Market dah nak relocate ke tempat lain. Sob3

    ReplyDelete