BUFFET RAMADHAN 2019 : SEMARAK RASA RAMADAN DORSETT GRAND SUBANG

SEMARAK RASA RAMADAN DORSETT GRAND SUBANG | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu, sis kembali lagi.. kali ni nak bercerita pasal Buffet Ramadhan lagi. Harap-harap dapat jadi rujukan kepada sesiapa yang nak cari info berkenan lokasi untuk berbuka puasa bersama kesayangan tahun ni. Ok, kali ni aku nak berkongsi mengenai satu lokasi di luar Kuala Lumpur iaitu di Hotel Dorsett Grand Subang.

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Tema untuk tahun ni iaitu Semarak Rasa Ramadan, Dorsett Grand Subang akan menampilkan pelbagai jenis juadah yang menjadi kegemaran dari setiap negeri yang terdapat di negara kita. Ha, bayangkan makanan-makanan yang menjadisignature untuk setiap negeridi bawa khas ke Dorsett Grand Subang untuk dinikmati bersama. Tak payah la susah-susah nak drive jauh-jauh kan.

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

So, nak la tau apa makanan kegemaran korang? Kalau macam aku of course la ikan patin masak tempoyak dari Pahang. Ha, memang itu la lauk pertama yang aku ambik. Selain tu ada juga lauk dari negeri lain seperti Briyani Gam Johor, Dalca Sayur dan Mangga Muda Penang, Sotong Sumbat Terengganu, Gulai Kawah Kelantan, Rendang Tok Perak, Ikan Bakar Kuala Perlis, Tetel Asam Pedas Melaka, Gulai Lemak Pisang Muda Selangor, Laksa Sarawak, Sup Campur Kedah dan Spageti Makanan Laut Sabah.

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Tak cukup?? eh, jangan khuatir. Ada banyak lagi makanan yang dihidangkan sampai rambang mata nak pilih apa. Kambing golek? Of ccourse la ada, Tak lengkap la kan pergi buffet ramadan kalau tak pekena kambing golek. Selain tu ada juga Sup Gear Box, Ikan Bakar, Sate, Murtabak, Roti Boom, pelbagai jenis mee juga boleh didapati di bahagian live station kat luar.

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Ha, untuk pencuci mulut pun ada banyak juga. Dari kuih muih tradisional hingga la ke dessert moden. Semua pasti membuka selera tau. Untuk kanak-kanak ada juga chocolate fountain dengan pelbagai pilihan buah dan mashmellow. Oh ya, penggemar putu piring kena try tau. memang sedap.

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Bagi yang berminat nak berbuka puasa diSemarak Rasa Ramadan,Dorsett Grand Subang boleh rujuk harga kat bawah ni :

Harga Buffet Iftar Ramadan di Dorsett Grand Subang
Dewasa RM 165 nett (Terazza Brasserie) | RM 155 (Melati)
Kanak-kanak & warga emas diskaun 50%

Promosi Early Bird dari RM 99.00 sahaja (tempahan sehingga 5 May 2019)
Email : bookfnb.subang@dorsetthotels.com
Telefon : 03-5031 6060

Buffet Ramadhan 2019 : Semarak Rasa Ramadan Dorsett Grand Subang

Lokasi jauh?? takde masalah. Boleh ambil PAKEJ KAREEM iaitu bilik hotel sekali dengan sahur & iftar untuk 2 orang dari serendah RM370 nett sebilik semalaman. Boleh start booking dari sekarang sampai 2 Jun 2019 & tempoh menginap bermula 8 Mei hingga 2 Jun 2019.




Post a Comment

0 Comments