KISAH LUMUT ECO RUN 2019 DAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL

KISAH LUMUT ECO RUN 2019 DAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL | Assalamualaikum semua.. Bila sebut pasal larian, memang payah sangat aku nak join. Bukan apa, aku kesian kat para crew nanti kena kerja extra time semata-mata nak tunggu ketibaan aku kat finish line. Haha, itu la alasan aku tiap kali ada yang ajak masuk larian. Bukan sebab malas nak lari tapi memang tak mampu nak lari. Semputtt weiiii..

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel


LUMUT ECO RUN 2019


Tapi bila dapat tau ada satu larian kat Lumut iaitu Lumut Eco Run 2019, tanpa fikir panjang aku terus join. Actually tujuan pertama bukan sebab nak lari sangat pun tapi aku teruja bila aku dapat tau route larian akan melalui pangkalan TLDM. Ha, nampak tak tujuan masuk larian tu dah salah. Tapi tak kesah la kannn.. sekurang-kurangnya tu adalah inisiatif penganur untuk menarik perhatian mereka yang tak suka join larian untuk turut menyertai Lumut Eco Run 2019. Faktor kedua pula sebab lokasi Lumut Eco Run yang terletak tak jauh dari kampung aku iaitu di Ayer Tawar. Jadi, lepas larian boleh la balik kampung. yippie...

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Aku masuk kategori 10km je.. hehe

So, pada 2 March 2019 seawal 6.30 pagi aku dan beberapa orang blogger lain dah terpacak di Lumut Waterfront iaitu tempat perlepasan larian Lumut Eco Run. Masing-masing muka excited dan ada yang buat sesi warm up. Bukan apa, takut otot-otot semua terkejut setelah lama tak exercise kan.. aku?? macam biasa la, selfie dulu sebelum lari. haha.. Lumut Eco Run 2019 ni ada 3 kategori iaitu 5km, 10km dan 21km. Aku pilih yang 10km tu sebab route dia masuk TLDM.. hhihi..

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Bergambar dulu sebelum berlari.. hehe

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Semua tengah bersemangat nak lari 

Ha, cuba teka aku dapat nombor berapa? Alhamdulillah, aku tersenarai dalam list top 10 dari belakang. Hahahaha.. kan dah kata. Mesti lambat sampai. Tu pun nasib baik ada yang sudi nak teman. Kalau tak, sensorang la aku berjalan. Tapi best wakk, dapat merasa masuk dalam TLDM. Sempat la selfie sepam dua kat dalam tu.. hehe. Ha, ni keputusan pemenang untuk kategori 21km dan 10km. Apa la yang diorang makan sampai boleh lari laju macam tu.. aishhh, apepun tahniah awak semua.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Yayy, dah nampak dah pintu masuk TLDM

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Penat tapi sempat selfie.. hehe

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Alhamdulillah selamat sampai ke garisan penamat.. yeayy

Kategori 21km
Lelaki - Lel Kipchirchir (masa = 1:04:54)
Wanita - Elizabeth Wanza Maithya (masa = 1:24:42)

Kategori 10km
Lelaki - Saran Raj A/L Balakrishnan (masa = 00:35:10)
Wanita - Tan Bee Peng (masa = 00:47:44)


MARINA ISLAND PANGKOR RESORT & HOTEL


Walaupun lokasi larian Lumut Eco Run 2019 ni tak jauh dari rumah tapi aku tak stay kat rumah. Kalau stay kat rumah maknanya aku kena bangun kul 5am la sebab perjalanan ke Lumut pun dah setengah jam. Kalau dibuatnya terlajak tidur, lari atas katil je la jawabnya. So, aku pilih untuk stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel bersama dengan geng-geng blogger yang lain. Lagipun aku tak pernah stay kat sini so apa lagi, grab la peluang ni kan.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Stay di Marina Island Pangkor Resort & Hotel

Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni terletak berhampiran dengan Jeti Marina. Kalau nampak dua bangunan biru dan oren tu betul la tempatnya. Actually kami sampai situ dan check-in hari Jumaat (1/3/2019). So, sempat la rehatkan diri dulu setelah menempuh perjalanan 2 jam 30minit dari Kuala Lumpur.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Cantik kan view hotel ni

Tadaa.. ni la bilik kami. Besar tak?? Bilik kami ni jenis Quad Room so boleh muat 4 orang. Kat bahagian luar ni ada 3 katil dan kat bahagian depan pintu ada 1 bilik dengan 1 katil kat dalamnya. Memang selesa sangat bilik kami ni. Siap ada sinki tempat untuk cuci pinggan lagi. Rasanya kalau datang satu family sesuai dah duduk bilik ni.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Masa ni aku orang pertama sampai, mana la roomate-roomate aku ni

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Besar kan bilik kami, ada 3 katil

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ni pulak bilik kat bahagian depan pintu masuk. Kiranya dalam bilik ada bilik

Dari segi kemudahan jangan risau, bilik ni boleh dikatakan complete dengan segala fasiliti. Ada TV, Air-cond, peti ais mini, telefon, kettle & cawan untuk bancuh air, hair dryer, water heater dan paling penting ada cermin besar untuk bersolek. Dalam bilik air pun ada bathtub tau. Tapi tak sempat plak nak berendam. Eh, lupa plak nak bagitau. Iron ada tapi kat hujung corridor. So, konsep kena keluar dan tunggu giliran la kalau ada orang.


Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Siap ada sinki dan tempat bancuh air. Ni kalau bawak rice cooker leh masak ni

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Bilik air selesa, siap ada bathtub tau

Kalau duduk hotel benda pertama yang nak tengok adalah view dari balkoni. Bila bukak je langsir dan sliding door, ni la dia view dari bilik kami. Subhanallah, kami beruntung dapat bilik menghadap pantai. Cantik oiii.. dari jauh kelihatan Frenzy Hippo Waterpark. Wah, macam best je.. Nanti lepas larian nak try explore situ plak.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
View dari balkoni bilik kami

Kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni ada beberapa jenis bilik yang boleh dipilih. Kami berpeluang melihat beberapa bilik yang ada. Boleh dikatakan semua bilik-bilik kat sini besar-besar belaka. Pastukan ada 1 bilik tu comel sangat sebab dinding dia ada dekorasi dalam lautan. Ni kalau budak-budak mesti suka. Bilik dia pun besar tau, boleh muat 16 orang gitu. Siap boleh guling-gulinggg.. hehe

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Salah satu bilik yang menarik perhatian aku

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Cantik kan lukisan dinding dia
Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Rasa macam dalam lautan


Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Ni lagi satu bilik yang ada di sini. Eh, bilik ke? dah macam rumah dah.. hihi

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Seronoknya kalau dapat tinggal kat sini

Seperti hotel-hotel yang lain, kalau menginap kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni dapat sekali dengan sarapan pagi. Ha, kalau korang turun makan breakfast, korang kena try nasi lemak dengan roti canai gulung. Sedap weii.. Nasi lemak tu siap ada sambal sotong dan guna ikan bilis yang halus-halus dan garing. Terus menambah tau..

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Terumbu Cafe tempat breakfast kami

Kalau menginap di hotel ni aku rasa budak-budak la paling happy. Mana taknya kat sini ada kolam renang yang besar dan selesa. Memang jadi tumpuan la, silap-silap ada yang berendam sampai petang. Tapi bukan tu je, ada satu bilik tv siap ada susunan teddy bear bersaiz giant untuk kanak-kanak menonton dan bermain puzzle. Bilik ni dipanggil Kids Club. Sebelah tu pulak bilik gym. So, kalau parents nak exercise boleh la tinggalkan anak kat Kids Club.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Besarnya teddy bear kat Kids Club ni

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Gym pun ada

Waktu petang aku dan kengkawan turun ke bawah dan bersiar-siar di kawasan sekitar hotel. Dengar kata view sunset kat sini superb. Jadi sementara menunggu sunset tu kita orang pun menjenguk ke kolam ikan kerapu. Memula ingat macam kerapu kat pasar tu sekali tengok ha kawww, besar yakmat. Katanya berat ikan-ikan tu mencecah 100kg tau. Ayooo, ni kalau buat kerapu 3 rasa pun tak tau nak rasa apa dah. Tapi biasanya besar-besar gini orang tak makan dah, silap-silap dia yang makan kita.. hihi.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Besarnya ikan kerapu ni

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Cantik kan view sunset kat sini


FRENZY HIPPO WATERPARK


Sebelum check out kami bercadang untuk explore Frenzy Hippo Waterpark. Tak aci la kan setakat tengok dari jauh je. Kalau boleh lepas larian tu terus nak pi main kat sini tapi memandangkan kaki pun dah capek, so keesokkannya je la kami mai sini. Kalau korang nak tau, kawasan Frenzy Hippo Waterpark ni luas juga. Kat tengah-tengah ada floating playground yang colorful. Tapi kan kalau nak main kat situ better by group la. Kalau setakat sorang dua cam tak enjoy je.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Frenzy Hippo Waterpark

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Pandangan keseluruhan floating playground ni

Frenzy Hippo Waterpark
Harga : RM35 dewasa & RM20 kanak-kanak


Memandangkan kaki pun tak berapa nak helok lagi, maka aku decide naik kayak je dengan Kak Min dan Onie. Seronok juga mendayung kayak walaupun asyik berpusing kat tempat sama je.. haha. Ok la tu, janji kayak tu bergerak. haha.. Kalau taknak main kayak, ada juga Paddle boat, Yoyo boat, Pelampung Unicorn dan banyak lagi.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Comel kan.. ni untuk kanak-kanak
Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kalau rajin boleh la kayuh itik ni


Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Tapi kami terlebih rajin amik kayak naik 3 orang

Harga :
kayak RM20/30minit
Paddle boat RM30/30minit
Yoyo Boat RM15/30minit

Masa :
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
3.00 petang hingga 7.00 malam

Secara keseluruhannya memang best juga stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar kawasan hotel. Tapi kalau nak keluar ke bandar pun boleh juga sebab lokasi hotel ni tak jauh dari Lumut dan Sri Manjung. Ha, nak makan seafood pun senang sebab kat sekitar tu banyak restoran seafood.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kat Lumut ni ada banyak restoran seafood


ROCKBUND FISHING CHALET


Tak jauh dari hotel ni pun ada satu port best especially kalau ada yang nak candle light dinner or celebrate birthday. Ya, nama tempat tu Rockbund Fishing Chalet. Kat sini selalunya jadi tumpuan para pemancing sebab ada chalet sekali tapi kami hari tu lepak minum petang sambil menunggu sunset je. Cantik weii view kat sini..

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Sempat singgah di Rockbund Fishing Chalet

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Romantik kan dinner kat sini sambil tengok sunset

Ok la.. ni je serba sedikit kisah percutian aku ke Marina Island Pangkor Resort & Hotel sempena larian Lumut Eco Run. Alhamdulillah berkat keputusan aku untuk masuk larian ni dapat juga aku merasa duduk kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel. Kalau tak, hampess la nak pi kan sebab kalau balik kampung of course la duk kat rumah je. So, kalau korang nak datang Lumut, aku suggest korang stay kat Marina Island Pangkor Resort & Hotel ni. Memang best.

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Time to check out

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Percutian yang mendamaikan di Marina Island Pangkor Resort & Hotel 

Oh ya, on the way balik Kuala Lumpur jangan lupa beli ikan bilis mata biru dekat kedai Hasil Laut Jamilah ye. Sini memang kedai favourite family aku kalau nak beli ikan bilis. Selain tu ada banyak lagi hasil laut yang dijual kat sini. Paling best kalau borong banyak boleh dapat diskaun tau.. hehe..

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
Kat sini la aku selalu beli ikan bilis mata biru

Kisah Lumut Eco Run 2019 Dan Marina Island Pangkor Resort & Hotel
masuk sini gerenti shopping sakan

So, kalau korang datang ke Lumut, boleh la stay kat sini. Info lanjut rujuk di bawah :

Tempahan hotel dan pertanyaan lanjut tentang hotel boleh hubungi :
Tel : 605 680 5888
Fax: 605 680580
Email : enquiries@marinaisland.com


Post a Comment

6 Comments

  1. Wah tak sangka Lumut happening sekarang! Rasa macam nak bawak kawan-kawan ke sinilah. Mesti syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti la syiok.. kampung akk kat sana.. hehe

      Delete
  2. Uiii bilik yang ada ikan dolphin tu macam real wooo...seakan macam real ikan plak berenang dalam bilik hahahaha...
    Bilalah Sis ko nak join run-run ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye... rasa macam tido dalam lautan.. hihi

      Delete
  3. Lepas ni berlari kat mana pulak? Dah daftar ke IJM Land Half Marathon?

    ReplyDelete