BUFFET RAMADHAN 2019 DAN IKON ME'NATE STEAK HUB

BUFFET RAMADHAN 2019 DAN IKON ME'NATE STEAK HUB | Assalamualaikum semua... Selalu kalau pergi buffet ramadan mesti menghidangkan menu-menu masakan melayu kan. Tapi macam mana pula kalau ada yang teringin nak berbuka dengan menu masakan barat? Ha, meh aku nak suggest satu lokasi yang best kalau nak iftar bersama kesayangan dengan menu western. YA, mana lagi kalau bukan dekat Me'nate Steak Hub. Sebut aja nama restoran ni mesti teringat-ingat keenakan steaknya yang juicy dan sedap. yummm yummm..

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub

Sempena tahun 2019 ni Me'nate Steak Hub sekali lagi tampil dengan buffet ramadhan yang akan menghidangkan sehingga 40 menu tau. Uishhh, banyak tu. Bayangkan susunan menu western yang sedap dan boleh diambil berulang kali. Ada pelbagai jenis spaghetti, meatball, chicken wing, pizza dan banyak lagi. Sajian istimewa dari Me'nate Steak Hub pulak tu. Bagi aku yang memang penggemar makanan barat ni sampai rambang mata tengok semua menu. Puas hati weiii..

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Fettuchini and Mushroom Carbonara

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Penne Creamy Chicken Pesto

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Spaghetti Beef Aglio Olio

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Spaghetti Arabiata

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Beef Meatball in Creamy Pepper Sauce

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Lamb Shabu

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Deep Fried Chicken Drummet With Ranch Dressing

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
BBQ Chicken Wing

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Pelbagai perisa pizza

Kalau datang buffet ramadan mesti orang akan cari kambing golek kan. Jangan risau, kat sini pun ada kambing golek juga. Bukan tu je, siap ada BBQ Beef Riblets dan Roasted Chicken. Macam aku sebut tadi Me’nate Steak hub sememangnya sudah terkenal sebagai sebuah restoran yang berkonsepkan makanan barat yang terbaik di kalangan masyarakat Malaysia. So, sudah pasti daging yang dihidangkan adalah yang terbaik juga. Ni pun dah terliur balik tengok gambar especially bbq beef riblets tu.

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Kambing Golek

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Kambing golek yang telah dipotong

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
BBQ Beef Riblets

Apa yang menarik mengenai buffet ramadhan di sini adalah selain dari menu masakan barat, Me'nate Steak Hub juga turut menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Briyani, Nasi Tomato, Mee Kari, Laksa, Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas dan sebagainya. Hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan pun ada tau. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Me’nate.

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Nasi Briyani

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Ayam masak merah

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Kari Kambing

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Laksa

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Mee kari

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Mee Goreng/Kueh Teow Digoreng Panas

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Bean and Corn Salad

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Chickpeas Salad

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Rojak Buah

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Pencuci mulut dan kuih muih melayu

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Buah-buahan

Dah tunjuk segala menu yang ada, mesti korang nak tau berapa harga buffet ramadhan kat Me'nate Steak Hub ni kan. Ok, kalau aku sebut mesti korang tak percaya. Tapi hakikatnya percayalah... (jangan sampai aku nyanyi lagu CTDK plak.. ehhh). Bayangkan segala hidangan menu yang menggiurkan ni korang boleh makan dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi. Nak tau berapa?? tengok bawah ni :

RM79.90 untuk dewasa
RM39.90 untuk kanak-kanak
*kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah PERCUMA*

Wow, murah kannnn 😍


Andai kata korang tak dapat menyertai buffet ramadhan ataupun pelanggan setia yang nak berbuka dengan hidangan steak yang sedap tu jangan risau kerana selepas jam 8.30 malam Me'nate Steak Hub akan membuka pesanan untuk hidangan ala carte seperti biasa. So, kalau mengidam tu jangan risau, still boleh makan steak ye nanti.

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Pilihan daging untuk steak ala carte

Selain tu, untuk tahun ni ada sedikit keistimewaan disediakan oleh pihak Me'nate bagi memenuhi permintaan pelanggannya terutama yang datang bersama keluarga di mana pakej makanan barat premium iaitu 'Family Platter' diperkenalkan. Ada 2 jenis pakej yang boleh dipilih iaitu :
  • ✔ SET A PREMIUM FAMILY PACKAGE
  • ✔ SET B SUPER PREMIUM FAMILY PACKAGE

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Hidangan set Family Platter

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Portion besar tau

Set ni besar tau portion dia, anggaran boleh dimakan 5-6 orang. Terdapat sehingga 11 menu bagi setiap hidangan dalam FAMILY PLATTER ini dan pelanggan diberikan akses PERCUMA ke hidangan bufet pemanis mulut@dessert. Harga yang ditawarkan pun berbaloi dengan penggunaan daging dan bahan mentah yang berkualiti. Sekali rasa pasti nak lagi.. agichuuu..

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Ikon Me'nate - Shuk dan Kak Lina Pom Pom

Bagi memeriahkan kempen ramadan kali ini juga, Me’nate telah melantik dua selebriti terkenal sebagai IKON ME’NATE bagi membantu sebagai mempromosikan PAKEJ RAMADAN BUFET dan FAMILY PLATTER. Selebriti tersebut adalah Shukri Sahar atau dikenali sebagai Shuk Raja lawak dan penyanyi serta pengacara Elly Mazlein atau popular dengan gelaran ‘Kak Lina Pom pom’. Pemilihan mereka adalah disebabkan keserasian mereka apabila bekerja bersama. Siap ada panggilan manja "Papa Mama" tau. Masa Ramadan preview aritu Shuk dengan Kak Lina Pom Pom siap tunjuk skill buat demo masak. Pandai juga mereka masak, ingat pandai berceloteh je.. hehe.

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Sessi Demo Memasak

So, kalau ada sesiapa yang teringin nak menikmati hidangan makanan barat sebagai juadah berbuka, datang la ke Me'nate Steak Hub yang terletak di Shah Alam. Jauh?? takpe jangan risau, Me'nate Steak Hub juga ada cawangan di Setapak, Bangi, Ampang, serta di Johor. Semua cawangan ni ada menyediakan menu yang sama so tak perlu susah-susah nak datang ke Shah Alam tau.

Buffet Ramadhan 2019 Dan Ikon Me'nate Steak Hub
Dah kenyang?? Jom balik

Bagi mana-mana syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Me’nate untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab sosial korporat di Me’nate contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang ramadan ini pun boleh. Diskaun korporat akan diberikan kepada syarikat yang berminat.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di :

Facebook:

Instagram:



Post a Comment

18 Comments

  1. sedapnyaaa.. tak pernah lagi makan sini.. teringin nak rasa sedap ker tak yer.. tp nampak semuanya sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi peminat western memang berbaloi datang sini. puas hati.. hihi

      Delete
  2. Ada surau kat restoran nih?

    ReplyDelete
  3. family platter tuh boleh makan ramai tuh kan, lagipun harga buffet ramadannya tak delah mahal mana pun tapi menunya kemain awesome lagi kan

    ReplyDelete
  4. Ya Allah pasta semua tu, menggodanya! Terliuq lah tengok creamy meatball tu, sure sedap. Setakat yang pernah pergi makan kat Menate, memang puas hati.

    ReplyDelete
  5. kat Menate ni tak ada yang tak sedap kan....tergoda engok beef riblet bbq dengan meatball creamy dia ....tengok pun dah tahu mesti sedappp...berbaloi bayar

    ReplyDelete
  6. Me'nate ni memang kita suka gilerrr makan daging mereka yang dimasak tepat pada suhu dan juga tahap matang nye heheheh lepas ni boleh selalu makan sini harga murah untuk buka puasa ini...

    ReplyDelete
  7. dah lama tak pegi sini,tengok review ni, rasa macam nak pergi plak minggu depan

    ReplyDelete
  8. Dengar nama Menate ni terus terbayang-bayang steak dia. Sekali tgk buffet ramadan dia, wahhh boleh tahan jugak menu dia. Bukan skedar steak je.

    ReplyDelete
  9. Alaaa sedapnya, tahun ni kita tak dapt pergi pun..huhuhu.
    Nanti nak.gi jugaklah..nak bwk family makan kat sini

    ReplyDelete
  10. wahhhh meriah betul hidangan-hidangan buffet ramadhan di sini ya. menu2 dia sangat pelbagai dan semuanya nampak sedap. rambang mata dibuatnya. nanti nak bawa satu family berbuka dekat sini lah. macam best je.

    ReplyDelete
  11. Sedap sangat menu dia hidang, berbaloi dengan harga! First time tengok menu Lamb Shabu, nampak macam masak kurma kita je.

    ReplyDelete
  12. liez belum rezeki lagi nak rasa makan dekat menate ni. tengok menu-menu dia mmg power la tambah pulak menu daging-daging tu. mmg fav liez sgt. nak gosok2 cik abang suruh bwk berbuka kat menate. yg paling dekat kat setapakje

    ReplyDelete
  13. Wah! Untungnya dapat makan dekat menate ni. Dahlah harga boleh tahan. Hik³. Best dapat makan steak dia. Dahlah cx suka makan. Favorite! Tapi kalau nak sampai ke sana, kena suruh boss belanjalah haha

    ReplyDelete
  14. Aaaaaa sedapnyaaa. Lama gila dah tak makan kat menate. Tp bulan puasa ni tak la kot nak pi berbuka kat menate. Tengok la lepas raya ni ke pi makan kat menate.

    ReplyDelete
  15. Aduhai terliur yer tengok Menate ni.. tahun lepas makan menate 2 kali, tahun ni tak sempat nak terjah sini lagi.

    ReplyDelete
  16. Last year ada datang sini buka puasa. Memang sedap makanan dia, suka! Berbaloi dengan food dan harga.

    ReplyDelete