HIDANGAN ENAK BERSAMA KISMIS CALIFORNIA RAYA RASA SAYANG | Assalamualaikum semua.. Ingat tak dulu-dulu cikgu selalu pesan kalau nak ingatan yang kuat kena rajin makan kismis. Ya, aku dulu memang selalu simpan stok kismis tau masa nak exam PMR dengan SPM. tapi tu time nak peperiksaan je la. Sekarang dah jarang dah makan kismis. Tu agaknya selalu hilang ingatan kot.. hehe
Sebenarnya kismis ni walaupun bersaiz kecil tapi kaya dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu mengekalkan gaya hidup yang sihat. Rasanya yang manis semulajadi dan sedap menjadi makanan snek kegemaran tak kisah sama ada yang muda mahupun yang tua. Kanak-kanak pun suka. Kismis ni selain dari boleh dimakan begitu sahaja, ianya juga sedap digunakan di dalam pelbagai sajian makanan yang sedap dan lazat.
Jadi bagi mempersembahkan keistimewaan kismis, Jawatankuasa Pentadbiran Kismis ataupun Raisin Administrative Committee (RAC) telah mengadakan satu pertandingan memasak menggunakan Kismis California sebagai bahan untuk hidangan yang sedap dan berkhasiat di hari raya. Terdapat 8 buah kumpulan telah mendaftar dan setiap kumpulan terdiri dari 3 orang bloggers. Maknanya 24 orang la semuanya.
Pertandingan memasak yang diberi tema "Raya Rasa Sayang" ni bertujuan untuk membangkitkan suasana manis mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. So, untuk cabaran kali ni setiap kumpulan perlu menyediakan hidangan menggunakan Kismis California untuk hari raya mengikut ketegori masing-masing iaitu Kasih Sayang (Love), Kemaafan (Forgiveness), Penghormatan (Honour), Penghargaan (Gratitude), Keredaan (Blessing), Keakraban (Togetherness), Kebaikan (Kindness) dan Saling Menghormati (Respect).
Aku masuk bertanding ke tidak?? Of course la masuk.. haha. Tah macam mana tah boleh terjebak. Dak Amir la ni yang mengajak. Tapi apa salahnya kan. Buat pertama kalinya aku bergandingan dengan blogger Amir (amirnawawi.com) dan juga Bella (bellajamal.com) mencuba nasib untuk pertandingan memasak anjuran Raisin Administrative Committee (RAC).
Memandangkan kami kumpulan yang last mendaftar maka hanya tinggal kategori Penghormatan (Honour) sahaja. Takpe la tak kisah kategori apa pun yang penting semangat nak bertanding. yeszaaa. Ok, kategori dah tau so nak tau tak apa nama kumpulan kami? Ha, kami memilih nama 'Kiss Miss' dan tagline kumpulan kami adalah "You kiss our dish, u will miss it forever". Untuk menu pula kami memilih untuk mempertaruhkan Pulut Kuning Kismis dan Ayam Masak Madu Dengan Kismis.
Kami diberi masa 1 jam untuk menyiapkan semua hidangan. Fuhh.. berpeluh kaww kaww. Mungkin ada yang kata "Alaaa, sejam lama kot" Tapi bila kita memasak di tempat yang kita tak biasa, tambah pulak mindset kata ni pertandingan, nak goreng ayam pun gigil dikkkk...nervous dia lain maciammm... haha. Tapi mujur la berkat kerjasama ahli kumpulan, kami berjaya juga siapkan hidangan kami. Bab rasa ketepikan dulu sebab yang tu juri yang akan tentukan sedap ke tidak.. hehe.
Saat yang ditunggu-tunggu tiba bila berdiri depan bilik juri. Ada 4 orang juri yang akan memberikan markah. Masa ni tak fikir apa dah. Yang penting berserah je agar takde komen-komen negatif. Tapi time ni juga kami berpeluang tengok hidangan ahli kumpulan lain. Wow, hebat-hebat hidangan mereka. Platting pun cantik.
Ok, korang rasa siapa yang menang? Ya, ini lah keputusannya :
🏆 Pemenang Pertama (Hadiah RM800) - Kumpulan Spice Girl
Nama Hidangan : Ramadhan Blessing
🏆 Pemenang Kedua (Hadiah RM500) - Kumpulan Abanjers
Nama Hidangan : Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan
🏆 Pemenang Ketiga (Hadiah RM300) - Kumpulan Mahalo Aidilfitri
Nama Hidangan : Bumbu Kacang Nenda Dan Sate Goreng
Tahniah buat semua pemenang. Walaupun team kami kalah tapi kami tetap puas hati dengan hasil hidangan kami. Hopefully tahun depan boleh join lagi. hehe
Selain dari pertandingan memasak, kami juga berpeluang melihat demo memasak menggunakan Kismis California yang ditunjukkan oleh chef popular iaitu Chef Ili Sulaiman. Beliau menyediakan 2 hidangan iaitu 'Beriani Ayam Kismis California' dan 'Roti Sosej Masala Kismis California'. Bila tengok Chef Ili masak, rasa macam senang je. Nanti nak cuba la masa raya nanti. Boleh bagi family rasa.
Secara keseluruhannya hari ni selain dari berperang di dapur, banyak dapat kami pelajari terutama mengenai kebaikan Kismis California dan boleh menambah kelazatan dalam setiap sajian yang disediakan. Antara kelebihan Kismis California adalah :
✔ Semulajadi sepenuhnya
✔ Manis secara semulajadi dan tidak mrngandungi gula tambahan
✔ Tidak mengandungi lemak kolestroldan rendah natrium (garam) secara semula jadi
✔ Sumber Kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
✔ Sumber serat
✔ Sumber nutrien
✔ Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi
So, kalau nak tau maklumat lanjut mengenai Kismis California boleh rujuk di www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Facebook pula @RACAsean
Note : All photo from Official Photographer.. thank you
0 Comments