RAYA BLOSSOMING SYAWAL DI IPC SHOPPING CENTRE | Assalamualaikum semua.. Suasana untuk menyambut hari raya semakin terasa. Di televisyen pun dah banyak menayangkan iklan-iklan raya malah di corong radio pun dah dimainkan lagu-lagu raya. Tak kurang juga dekorasi di shopping-shopping centres yang sentiasa menampilkan dekorasi indah untuk menarik pengunjung. Haishhh, ni yang buat hati semakin melonjak nak balik kampung ni.
Last week aku berkesempatan untuk pergi ke IPC Shopping Centre bersama rakan. Hajat hati nak shopping la baju sepasang dua tapi alang-alang tu terus la berbuka kat sini. Memandangkan kami sampai dah petang maka kami decide untuk tunggu waktu berbuka dulu baru la continue shopping. Ha, baru la ada tenaga kan nak pilih baju. Kalau tak, perut asyik berkeroncong je, mana boleh tahan weii..
Sementara tunggu waktu berbuka, kami lepak dulu di gazebo yang ada kat ruang concourse IPC Shopping Centre ni. Allahu, mujur la ada kerusi yang disediakan di sini. Aku pandang sekeliling, ada 3 buah gazebo yang dibina di tengah-tengah ruang ni. Selalu kalau tipikal dekorasi raya mesti rumah kayu kan. Ha, kali ni lain sikit konsep kat IPC Shopping Centre ni. Berkonsepkan ala Moroccan style architecture, ketiga-ketiga gazebo ni mempunyai keunikan tersendiri iaitu Eco Ardence, Eco Grandeur dan Eco Sanctuary yang dibawa khas oleh EcoWorld.
Bayangkan sambil-sambil duduk di gazebo menunggu berbuka puasa, sambil tu dengar lagu-lagu raya. Syahdu beb, teringat kat kampung halaman. Bagi yang datang bekerluarga, anak-anak mesti suka duduk kat sini sebab mereka boleh bermain dengan kuda kayu yang comel (ha, bukan budak pun teruja jugak tau main kuda tu... hehe).
Sebenarnya kat ruang concourse ni ada banyak aktiviti yang dilaksanakan tapi kebetulan masa aku datang tu bukan kena masanya. Kalau tak, confirm meriah dengan aktiviti seperti bermain congkak, belajar buat kad raya, belajar cara bermain capteh, persembahan angklung dan macam-macam lagi (boleh rujuk gambar aktiviti mengikut tarikh).
Sebenarnya kat ruang concourse ni ada banyak aktiviti yang dilaksanakan tapi kebetulan masa aku datang tu bukan kena masanya. Kalau tak, confirm meriah dengan aktiviti seperti bermain congkak, belajar buat kad raya, belajar cara bermain capteh, persembahan angklung dan macam-macam lagi (boleh rujuk gambar aktiviti mengikut tarikh).
Bagi yang suka berposing dan #OOTD ha, kat sini memang port yang cantik untuk bergambar. Di sekeliling gazebo meriah dengan dihiasi pokok-pokok menghijau dan juga kerdipan lampu lip lap. Tak ketinggalan ada juga lampu pelita yang tentunya sinonim dengan perayaan hari raya turut ada di sini. Ha, jangan lupa ketip beberapa foto menarik kat sini dan muat naik di Instagram dan guna hashtag #RayawithIPC #IPCRayaBlossomingSyawal #IPCSoMuchMore. Pasti menarik kannn.
Oh ya, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku memilih IPC Shopping Centre untuk shopping. Ha, sebabnya bila berbelanja di sini aku boleh dapat RM10 Raya Voucher untuk pembelian melebihi RM200 dalam 1 resit. Kalau nak lagi best, datang la shopping pada hari Selasa dan Rabu sebab boleh dapat 2x ganjaran Raya Voucher. Wow, best kann.. Baru la seronok nak shopping. So, apa tunggu lagi jom shopping di IPC Shopping Centre..
Maklumat lanjut sila rujuk :
http://bdj.bz/IPCRayawithDikBee
http://bdj.bz/IPCRayawithDikBee
20 Comments
Nampak menarik. IPC tak jauh dari tempat saya. I shall stop by there soon.
ReplyDeleteCantik betul deko dia - terasa macam kat Marakesh kan.
ReplyDeletePastu ada banyak stalls dan juga promosi ye.
Macam nak kena lawat ke sana plak nie.
Almaklum, baju tak beli lagi hahaha
Cantik deko tu.. huhu
ReplyDeleteCantik nya deko dia.. Love sgt! Kalau tangkap gambar ni best ni. Mall skrg mmg all out kan kalau buat hiasan utk musim perayaan ni.
ReplyDeleteTak pernah lagi sampai sini. Deco Raya nampak Meriah. Lagi beberapa Hari nak raya. Macam mana dengan persiapan awak?
ReplyDeletebaru betul ni, melepak kat shopping mall , kalau macam ni punya best dan selesa harus datang sini...best tengok deko2 dia semua.....buat tak sabar nak raya
ReplyDeleteAmboi santai sangat Dikbee kat IPC tu hehehe bukan main lagi dia shopping raya sakan tengok dekorasi kat IPC ni menarik cantik dan rasa tenang jer kan best lah nak pergi juga sana nanti...
ReplyDeleteBestnya dekat sini! Dahlah tempat cantik. Ada gazebo yang cantik² dan menarik. Dok layan pula lagu raya. Pergh! Tak sabar jadinya nak raya kan? Part kida tu comel. Hehe makpak pon sama naik. Kih³. Tp baguslah ada byk aktiviti mcm boleh buat kad raya tu kan? Dah lama tak main congkak dan capteh. Hahaa rindu zaman kecik² dulu
ReplyDeleteCantiknya decoration dia..
ReplyDeleteKalau pergi mall, nampak decoration macam ni, memang best la.. semangat nak raya tu dtg berkobar-kobar terus. Dengan lagu raya lagi..Memang feeling habis.. hehe
Laa dah lama tak pergi sini dan tak sangka musim tema untuk raya ni nampak sangat cantik. Macam-macam pulak aktiviti yang diadakan pulak tu. Oklah saya cuba datang masa minggu ni. Oh shopping dapat pulak voucher. aduh menarik ni
ReplyDeleteCantik pulak ruang legar kat ipc ni, sedap mata memandang, tak le bosan tengok benda yang sama aje, kalau penat boleh lepak2 kat gazebo tu. Nak singggah utk bergambar lah nanti...:D
ReplyDeleteCantik pula port selfie kat siti. Kalau sis, konfem rambang mata nak selfie sana dan sini. Memang bagus konsep macam ni. Jarang la nak jumpa.
ReplyDeleteLove the decorations at IPC so suci, will be going to IKEA this weekend will dropby and snap some instaworthy pictures with my family.
ReplyDeletewahhh IPC centre cantik betul dekorasi syawal dorang ya. dah lama tak singgah ke sana. nanti nak pergi lah and bawa family ke situ. boleh ambil gambar sambil pakai baju raya. feeling tau !
ReplyDeleteWah!! Ada permainan tradisi.. AM suka nie.. Mmg Best OOTD di sini... Dekorasi tmpt pun cantik n menarik
ReplyDeletecantiknya konsep tema hari raya kt sini. Boleh ootd bnyk2 cm ni. Penuh nnti ig kite kan. hehehe
ReplyDeletecantiknyaa setup raya diaaaa!!!
ReplyDeletekalau time tengah aktiviti komfem meriahh. tapi tak dapat laa nak bergambar puas2 haha..
I pun selalu pergi IPC with my cols for lunch coz i have clients around that areas when pergi kerja kat tempat client we go IPC for makan. I always like their simple and contemporary design.
ReplyDeleteIPC ni dulu fav lokasi ruby shopping tau. Sebab suka lokasi Mutiara Damansara. Ada IKEA, The Curve, E@Curve. Hehehe. Sekarang banyak mall berdekatan akak. IPC dah makin cantik. Tengoklah deko raya mereka. Macam dekat taman rahsia. Hehehe
ReplyDeleteWow! Such an amazing and helpful post this is. I really really love it. It's so good and so awesome. I am just amazed. I hope that you continue to do your work like this in the future also.
ReplyDeletemachine learning course malaysia