ARCHIQ 2019 PERSIDANGAN UNTUK ARKITEK DI MALAYSIA

ARCHIQ 2019 PERSIDANGAN UNTUK ARKITEK DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua... Bila tengok bangunan yang cantik-cantik mesti kita akan tertanya-tanya siapakah yang merekabentuk bangunan tersebut, betul tak? Ya, jawapannya harus la Arkitek. Bila sebut je kerjaya Arkitek, ramai yang akan menyanjung tinggi tapi tahukah bahawa Arkitek menggalas tanggungjawab yang besar bagi memastikan setiap rekaannya menepati kehendak klien dan yang penting mematuhi segala aspek agar tiada sebarang kesilapan yang mungkin akan membahayakan nyawa. Oleh itu, setiap Arkitek harus sentiasa peka dan mengambil tahu segala skil yang diperlukan bagi membuat sesuatu keputusan dalam rekaan bangunan.

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia
archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia

Sebagai inisiatif, Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M) telah mengadakan satu persidangan yang diberi nama archiQ (arki-queue) bertujuan untuk mengumpulkan para Arkitek bagi melengkapkan mereka dengan ilmu dan kemahiran supaya selari dengan arus kemodenan terutama dalam bidang senibina. Selain itu, archiQ juga merupakan platform pembelajaran bagi menambah pengetahuan mengenai skill senibina dan memberi peluang kepada para arkitek untuk terus meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya meningkatkan kualiti dan kecemerlangan dalam profesion mulia mereka.

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia
Perasmian archiQ 2019 (dari kiri) Ar Normah Latiff, Council Member of ACA:M, Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, Ar Jasmeet Singh Sidhu, President of ACA:M and Director of ArchiQ 2019, Ar Zairul Azidin bin Badri, President of LAM & Guest of Honour, Ar Jafri Merican, Council Member of ACA:M, Ar Bobby Low, Council Member of ACA:M

Persidangan archiQ ini berlangsung selama 2 hari (15 &16 Jun 2019) bertempat di Dewan Perdana Suria, Consist College, Ampang. Seramai 10 orang speakers dari pelbagai latar belakang telah dijemput untuk membentangkan mengenai pelbagai topik yang berkaitan dengan pengetahuan dalam senibina ke arah yang lebih kompetetif. Bermakna sehari 5 orang speakers dan para peserta pasti akan tertarik dengan setiap isu yang dibentangkan. Berikut adalah Speaker dan topik yang disampaikan :

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia


Hari Pertama

• Ahmed Subactogin, CEO/MD, Par Synergy (M) Sdn Bhd
Topik - Specialist Food Facilities Design

• Dato' Zubair Afandi bin Omar, Artist
Topik - Art : The Next Financial Equity

• Feisal Noor, VP, AECOM South-East Asia
Topik - Challenges of the River of Life

• M. Puravalen, Partner, Valen, Oh & Partners, Solicitors
Topik - Strict Liability : How it Affects Architects

• Aminah bte Abd Rahman, General Manager, Construction Research Institute Malaysia
Topik - Timely Construction Permits


Hari Kedua

• Dato' Nitin Nadkarni, Partner, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Solicitors
Topik - Staying Safe in a Litigious Society

• Christopher Chang, Director of IFS Advisory Services Sdn Bhd
Topik - Taxation Principles for Architects

• Ir Nirinder Singh Johl, Managing Director, TNBX Sdn Bhd
Topik - Solar : Is it a Viable Option in Malaysia

• Girish Ramachandran, Executive Director of 27 Advisory Sdn Bhd
Topik - lnvestible Masterplans

• Adj Prof Anthony Wong, Board Member, Malaysia Green Building Council
Topik - Replacing Waste Water Treatment Plants with Structured Wetlands

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia
Panel Discussion Session with (left to right) panel moderator Ar Erric Chew, Honorary Secretary of ACA:M, guest speaker Dato’ Zubair Afandi bin Omar, Artist, guest speaker Feisal Noor, Vice President of AECOM South East Asia, guest speaker Ahmed Subactogin, CEO and Managing Director of Par Synergy (M) Sdn Bhd.

Ha, menarikkan topik-topik yang dibincangkan. Untung sangat tau para Arkitek dapat menghadiri persidangan macam ni. Inisiatif yang bagus dari pihak ACA:M bagi mendorong kemajuan bidang senibina di Malaysia. Oh ya, duk sebut ACA:M dari tadi, meh nak kongsikan siapa ACA:M ni :

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia
Ar Jasmeet Singh Sidhu, President of ACA:M and Director of ArchiQ 2019

Persatuan Arkitek Perunding Malaysia (ACA:M) adalah sebuah organisasi berdaftar peringkat nasional yang mewakili kepentingan kolektif firma seni bina yang mengamalkan di seluruh Malaysia.

Fokus utama ACA:M ialah :-

• Menangani isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh ahli-ahli kami, terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan perniagaan seni bina

• Mewakili dan menyokong firma-firma senibina dalam usaha mereka untuk memberikan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Untuk menyertai ACA:M :-

Untuk pembaharuan penyertaan, yuran yang dikenakan ialah RM400. Keahlian hanya dibuka kepada pemilik firma arkitek. Setiap firma pula terhad kepada 2 pengarah sahaja. Bagi event kecil yang dianjurkan oleh ACAM, yuran adalah PERCUMA kepada ahli. Kedua-dua pengarah dengan keahlian ACAM dari firma yang sama boleh menghadirinya. Manakala bagi bukan ahli (arkitek) mereka perlu membayar yuran nominal untuk menghadiri acara yang dianjurkan oleh ACAM. Acara besar seperti archiQ pula setiap peserta perlu membayar dan ahli akan mendapat diskaun untuk yuran.

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia

archiQ 2019 Persidangan Untuk Arkitek Di Malaysia

Walaupun ada harga yang perlu dibayar tetapi berbaloi bagi Arkitek untuk datang menyertai archiQ kerana setiap kehadiran akan layak mendapat CPD points. Penting tau CPD points ni kerana ia diperlukan ketika arkitek ingin memperbaharui pendaftaran sebagai Arkitek Bertauliah. Setakat ni sahaja perkongsian mengenai archiQ 2019. Semoga kemajuan dalam bidang senibina terus meningkat seiring dengan pembangunan Malaysia.





Post a Comment

0 Comments