MVM RELIEF : MISI BANTUAN RAMADAN SYRIA, KAMI DATANG 3.0

MVM RELIEF : MISI BANTUAN RAMADAN "SYRIA, KAMI DATANG 3.0" | Assalamualaikum semua.. Bila tiba bulan puasa aku pasti ramai yang akan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah. Almaklum la bulan Ramadan kan bulan yang mulia, masing-masing tak akan ketinggalan untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda. Tapi ni tak bermakna yang bulan lain tak perlu buat amal ibadah ye.. ha, karang ada pulak yang salah faham.

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Salah satu cara untuk mendapatkan pahala di bulan ramadan ni adalah melalui bersedekah. Tapi untuk bersedekah ni tak perlu la buat sesuatu yang sampai menyusahkan diri sendiri pulak. Maksudnya tak perlu bergolok gadai, sampai diri sendiri tak cukup makan semata-mata nak bersedekah, cukup la hanya bersedekah sekadar yang mampu tapi yang penting adalah ikhlas. Ingat tu. 

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Bagi mereka yang ingin bersedekah, kat sini aku kongsikan satu saluran yang korang boleh pilih untuk bersedekah sekaligus dapat membantu mereka yang memerlukan. Saluran yang aku maksudkan adalah melalui program Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0" yang dikelola oleh  Muslim Volunteer Malaysia Relief (MVM Relief)

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Mungkin ada diantara pembaca blog ni pernah membaca entri mengenai Muslim Volunteer Malaysia yang aku kongsikan sebelum ni. Ya, ini salah satu program mereka. MVM Relief merupakan program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan tak kisah sama ada  dalam Malaysia mahipun di peringkat antarabangsa. Setakat ni dah ada beberapa siri bantuan telah diberi dan ia merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Antara program bantuan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

MVM Relief Malaysia :
1. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang (2013)
2. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang (2014 dan 2017)
3. Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak (2016)
4. Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah (2017)

MVM Relief Antarabangsa :
1. Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan (2017)
2. Unity Convoy Ambulance For Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria,
Greece (2017)
3. Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria (2017)
4. Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh (2017)
5. Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang (2018 dan 2019)
6. Misi Bantuan Ramadan : Rohingya, Kami Peduli (2018)
7. Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang (2017-2018)
8. Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga : Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere
(2018)

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Banyak kan.. so, tak perlu nak ragu-ragu lagi. Ye la, mana tau ada pulak pihak yang khuatir mereka ni scammer ke penipu ke kan. Misi mereka adalah legit dan MVM sangat bertanggungjawab dan prihatin terhadap isu-isu kemanusiaan yang berlaku di luar negara terutamanya negara Islam. Oleh sebab itu, MVM memikul amanah rakyat Malaysia bagi menyalurkan sumbangan dan kasih sayang rakyat Malaysia kepada saudara Islam yang jauh lebih susah dan menderita di luar negara.

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Jadi untuk Ramadan kali ini MVM telah melaksanakan misi bantuan ke Syria. Kalau ikutkan ini bukan la kali pertama mereka melancarkan misi ni. Kalau tak silap dalam tahun 2016 MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh. So, kiranya ni dah tahun ke-3 la MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta.


MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"


Dalam banyak-banyak tempat kenapa MVM memilih Syria ekk? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan. Ya, ada sebab kenapa mereka memilih Syria kerana pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. 

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Tahu tak yang hampir 4 juta rakyat Syria menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bayangkan apabila ada rakyat Syria yang menjadi mangsa perang tidak mendapat rawatan, ada yang tak boleh bekerja atau bersekolah hanya kerana mereka tiada kad pengenalan diri akibat rosak atau hilang. Kesian kan. Ni la yang dikatakan "Dah jatuh ditimpa tangga". Apa la yang boleh mereka lakukan melainkan mengharapkan bantuan sahaja. 

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Atas keprihatinan ini, MVM bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0 turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk menghantar bantuan-bantuan yang diperlukan. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM dijangka berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019. Antara lokasi bantuan adalah seperti berikut :

1. Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo
2. Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria
3. Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo

Ok, berbalik kepada isu sedekah tadi ha apa kata kita sama-sama membantu Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0" ni. Ini kerana sasaran bantuan keseluruhan pada kali ini adalah sebanyak RM500,000. Dianggarkan seramai 20,000 pelarian Syria akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. Bentuk sumbangan adalah seikhlas hati ataupun menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu :

1. Pek Iftar dan Sahur
2. Pek Makanan (barangan asas dapur)
3. Beg Keceriaan terdiri daripada alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan baju
raya.

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Sumbangan boleh dibuat secara online melalui :


Atau hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my

Nota : Jika ada mana-mana indvidu atau organisasi yang sudi untuk menghulurkan sumbangan dalam jumlah yang besar iaitu RM1,000 ke atas, pihak MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai untuk tau...

MVM Relief : Misi Bantuan Ramadan "Syria, Kami Datang 3.0"

Boleh hubungi wakil MVM di 012 235 6854 untuk pertanyaan serta urusan lanjut atau layari juga laman sosial mereka iaitu :

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia

Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my




Post a Comment

3 Comments

  1. dan kak fa percaya yang misi ini tak akan terhenti di sini sahaja... pasti berkesinambungan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. hope akan ada lagi misi begini akan datang

      Delete
  2. I am overwhelmed by your post with such a nice topic. Usually I visit your blogs and get updated through the information you include but today’s blog would be the most appreciable. Well done!
    machine learning course malaysia

    ReplyDelete