PRODUK FARMASEUTIKAL HALAL UNTUK KEGUNAAN SEHARIAN | Assalamualaikum semua.. Bila nak masuk bulan ramadan ni banyak sangat pi makan sedap-sedap. Maklum la, banyak sangat jemputan untuk merasai keenakan buffet ramadan. Time makan pulak siap tak hengat dunia, semua nak dimakan. Bila balik mula la rasa tak sedap badan la, sakit kepala la. Ha, tu sebab kat rumah kena ada ubat-ubatan asas untuk keperluan masa-masa emergency macam ni.
Macam aku sendiri, aku ada buat kotak mini "first aid kit". Ye walaupun tak setanding kotak first aid kit yang sebenar tapi kira ok la kan. Dalam ni aku ada simpan beberapa jenis produk farmaseutikal untuk kegunaan seharian. Antaranya adalah :
✔ Proviton
✔ Flavettes
✔ Champs (untuk anak buah)
✔ Uphamol 650
✔ Eye Glo
✔ Flavettes
✔ Champs (untuk anak buah)
✔ Uphamol 650
✔ Eye Glo
Semua bekalan produk farmaseutikal ni adalah keluaran Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad). Aku pilih produk keluaran mereka kerana Duopharma Biotech Berhad merupakan syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan Pensijilan Halal Malaysia pada tahun 1999. Selain tu, produk mereka juga berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan undang-undang Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi keselamatan, keberkesanan, dan kebersihan, juga mampu memastikan produk keluarannya memenuhi keperluan garis panduan Halal.
Dalam tahun 2013 pula, Duopharma telah dipilih menjadi pengilang pertama yang menerima pengiktirafan Pensijilan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan Malaysia Standard MS 2424:2012, Garis panduan Farmaseutikal Halal sekaligus tersenarai di dalam The Malaysia Book of Records. MS 2424 adalah standard terulung dunia terbitan Jabatan Standard Malaysia yang dibangunkan oleh pakar-pakar daripada kerajaan, penguatkuasa, akademik, industri dan pengguna. Standard tersebut memberi panduan serta keperluan teknikal dan Syariah bagi pengurusan pengeluaran produk farmaseutikal halal.

Mesti ada yang kata "Eh, ubat pun ada halal dan haram ke??".. Ha, ada ye. Tahu tak yang pada November 2009, makmal Pusat Pengajian Sains Farmaseutikal Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan beberapa siri uji kaji ke atas 100 jenis produk kesihatan. Kajian mendapati bahawa 30% daripada produk yang diuji termasuk di dalam kategori tidak halal kerana kandungan bahan gelatin dihasilkan daripada haiwan yang haram dimakan iaitu babi. (sumber: Jurnal tentang perlunya campur tangan perundangan di dalam Industri Farmaseutikal Halal)
Selain tu sebagai seorang muslim kita memang dituntut untuk memilih produk yang halal dan tidak meragukan. Lagipun penentuan halal dari sudut Islam bukan sahaja dari kandungan bahan malah meliputi tahap kebersihan semasa proses pembuatan, cara penyimpanan serta cara agihan supaya tidak bercampur dengan sumber yang diragui. Baru la kehidupan kita rasa tenang tanpa rasa ragu-ragu ataupun was-was. Betul tak?
Jadi jika kita dah tau ada produk yang telah terjamin tahap Halal serta telah mendapat pengiktirafan, kenapa kita tidak memilihnya kan. Aku dulu pun suka hati je beli ubat or supplement tanpa tengok faktor-faktor halal ni. Sebab bagi aku semua produk farmaseutikal ni sama je. Tapi bila dah buat pembacaan maka aku pun dah beralih ke arah halalan toyyiban. So, kalau korang nak produk farmaseutikal yang halal dan berkualiti, pilih la keluaran Duopharma Biotech Berhad.. 💕

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
2 Comments
I’m excited to uncover this page. I need to to thank you for ones time for this particularly fantastic read!! I definitely really liked every part of it and i also have you saved to fav to look at new information in your site.
ReplyDeletemachine learning course malaysia
thank you ^_^
Delete