Mengekalkan corak pemakanan yang sihat tidak semestinya menelan belanja yang tinggi. Mungkin ia kelihatan lebih mudah dan berpatutan untuk mendapatkan makanan daripada penjaja di tepi jalan, mamak atau restoran makanan segera ketika lapar tetapi kita selalu lupa bahawa makanan-makanan ini memgandungi minyak yang berlebihan, bahan perasa tambahan dan juga bahan-bahan yang diproses yang menjadikan ia sebagai pilihan yang kurang sihat.
Walaupan makanan sebegini memberikan anda kepuasan ketika menikmatinya, menjadikan ia sebagai makanan ruji adalah bukan idea yang terbaik. Corak pemakanan yang sihat kadang-kala kelihatan menakutkan tetapi di sini kami ingin meyakinkan anda bahawa diet yang seimbang tidak semestinya bermaksud anda perlu menghabiskan wang yang banyak untuk bahan-bahan organik, smoothie buah-buahan dan salad yang berkualiti tinggi.
Dengan berpandukan pelan dan tips ini, menjadikan makanan berkhasiat sebagai keutamaan anda dalam memilih makanan adalah jauh lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Disini terdapat beberapa tips yang kami ingin kongsi dalam memupuk tabiat memakan makanan yang sihat dengan bajet yang berpatutan.
Buat Perancangan Awal
Sebelum anda ke pasar raya, rancang strategi perbelanjaan barangan untuk sepanjang minggu tersebut dengan mencatat pelan makanan dan senarai barangan yang ingin dibeli. Dengan cara ini, ia bukan hanya akan mengurangkan kos perbelanjaan anda, ia juga akan mengelakkan anda daripada berbelanja secara berlebihan untuk barangan yang sememangnya tidak diperlukan. Sama ada anda ingin menyediakan makanan untuk 3 kali sehari bagi sepanjang minggu tersebut atau hanya fokus untuk makan tengah hari di pejabat, menyediakan makanan lebih awal bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga membantu anda mengurangkan pembaziran makanan.
Dapatkan Kupon Diskaun Melalui Internet
Internet adalah cara terbaik untuk anda menikmati tawaran hebat yang mungkin tidak boleh didapati di kedai. Oleh itu, kebanyakan kedai runcit di atas talian menawarkan diskaun untuk membantu anda berjimat ketika membeli belah. Jadikan mencari kupon kod sebagai satu tabiat ketika anda berbelanja secara online.
Masak dalam Kuantiti yang Besar
Sediakan makanan dalam kuantiti yang besar, yang mampu bertahan sehingga seminggu. Dengan cara ini, ia akan menyelamatkan anda daripada terlalu kerap ke pasar raya untuk membeli barang dapur yang mana akan meningkatkan kos dan turut menjimatkan masa kerana anda hanya perlu memasak sekali sahaja dalam masa seminggu.
Guna Semula Lebihan Makanan
Untuk berhenti seketika dengan rutin makanan yang sama sepanjang minggu, mengolah makanan lebihan anda adalah cara terbaik untuk tidak membuang lebihan makanan tersebut. Lebihan ayam panggang boleh dibakar dan dicampukan dengan sayur-sayuran, kekacang dan sos untuk menjadikan salad yang mewah; hasil rebusan boleh dicampur di dalam pasta untuk menghasilkan hidangan yang enak dan berbagai lagi menu yang dapat dihasilkan dengan lebihan makanan tersebut.
Elakkan Memakan Daging
Daging selalunya merupakan barang basah yang paling mahal di pasaran, jadi mengurangkan pengambilan daging boleh membantu mengurangkan kos perbelanjaan dan ia bagus untuk anda dan juga alam persekitaran. Dari burger sayuran yang enak kepada makanan yang kaya dengan kaserol, terdapat banyak hidangan yang tidak menggunakan daging yang anda boleh cuba. Untuk peminat makanan berasaskan daging, cuba untuk kurangkan pengambilan daging dengan hanya makan daging sekali atau dua kali seminggu dan tingkatkan jarak hari tersebut apabila anda sudah terbiasa dengan corak pemakanan tersebut.
Pergi ke Pasar Raya pada Sebelah Petang
Antara teknik terbaik untuk berbelanja dengan bijak adalah dengan berbelanja di pasar raya pada waktu petang. Terdapat banyak kedai runcit dan pasar raya yang akan mengurangkan harga barangan basah seperti sayur-sayuran dan daging pada sebelah petang. Jadi ini adalah sememangnya waktu terbaik untuk mendapatkan bahan segar.
1 Comments
Semoga konsisten..sama2 mnjaga kesihatan, kesihatan itu kekayaan...done follow #561
ReplyDelete