Lepak Santai Dengan Makanan Enak Di Foodmonger Cyberjaya | Assalamualaikum semua... Buat semua warga Cyberjaya dan kawasan sekitarnya, dengan bangganya sis nak bagitau yang sis dah jumpa satu port lepak yang best kat sana. Port baru yang sis maksudkan adalah Foodmonger yang terletak Tamarind Square, Cyberjaya. Terletak di satu lokasi yang strategik, Foodmonger memang satu lokasi yang bakal jadi one stop centre buat pencinta makanan.
Kebetulan last week Foodmonger mengadakan soft launch sekaligus jamuan raya sebagai tanda pengenalan mengenai pembukaan outlet mereka. Jadi sis pun tak ketinggalan la untuk pergi ke sana dan mencuba sendiri keenakan menu yang ada dijual di situ. Pada awalnya sis ingat Foodmonger ni macam restoran biasa rupanya lebih kepada konsep food court hipster yang selesa untuk pengunjung makan dan lepak bersama yang tersayang. Berkeluasan 4,100 kaki persegi dan mempunyai 70 meja, tempat ini boleh memuatkan 220 orang dalam satu-satu masa
Dari segi menu pula Foodmonger menawarkan menu makanan tempatan iaitu Set Nasi dan Nasi Goreng Advance. Harga setiap menu bagi sis tak de la mahal sangat, kira berbaloi la dengan portion yang dihidangkan. Oh ya, di sini juga ada menawarkan menu premium iaitu Nasi Goreng Premiun. Harga yang ditawarkan mungkin mahal tetapi setanding dengan bahan yang digunakan. Bayangkan nasi goreng siap ada lobster ataupun BBQ Beef Ribs. Fuyooo, terbaik la menu Foodmonger ni. So, bergantung pada selera masing-masing la kan nak makan apa.
Selain dari menu utama dari Foodmonger, kat sini juga ada menawarkan menu sampingan dari vendor-vendor yang terpilih seperti Fam' Fries Kitchen, Ayo Fried Chicken dan 3eleven Satay. Sebut nama je pun dah rasa terliur kan. Tapi bila dah rasa, confirm akan datang semula. Meh, sis tunjuk sikit menu dari ketiga-tiga vendor ni :
Fam' Fries Kitchen
Biasa kita makan kentang goreng tabur garam je kan.. Tapi pernah tak terbayang kentang goreng yang penuh dengan cheese yang meleleh siap ada isi daging?? Ha, itulah kelainan yang ditawarkan oleh Fam' Fries Kitchen. Ilham ini dihasilkan oleh pemiliknya sendiri iaitu pelakon Aedy Ashraf kerana dia sendiri memang sejenis hantu French fries. Setakat ni dah ada 5 cawangan Fam' Fries Kitchen termasuk di Foodmonger. Syabas Aedy Ashraf..
Untuk menu di Fam' Fries Kitchen, ada 4 pilihan topping yang boleh dipilih iaitu Chili Cheese Fries, Beef Bacon Cheese Fries, Melted Cheese Fries dan Cheddar Cheese Fries. Bila dah pilih topping, kita boleh pilih tahap kepedasan pula sama ada Original, Spicy ataupun Very Spicy.. Nak lagi best?? Ha, hanya perlu tambah RM3 untuk dapatkan Double Trouble Cheese, Extra Beef Bacon atau Extra Chili... ummppphhh, yummy....
Ayo Fried Chicken
Kalau tadi kentang goreng bersalut cheese meleleh kan, ha Ayo Fried Chicken pula menawarkan ayam goreng bersalut cheese. Mungkin ramai yang kata memang trend sekarang ayam salut cheese. Tapi kan apa yang membuatkan kelainan pada Ayo Fried Chicken adalah resepi istimewa ayam goreng bersalut tepung yang dilimpahi dengan cheese yang banyak dan ditaburi dengan serbuk cili pasti memberi keistimewaan pada rasanya.
Untuk kepuasan berganda, korang boleh memesan samaada nak set 6 ketul ayam + cheese atau 9 ketul ayam + cheese ataupun 12 ketul ayam + cheese. Tak cukup?? boleh la tambah ayam dengan harga hanya RM0.99 seketul ataupun extra cheese dengan harga RM2 sahaja. Ha, baru la puas makan kan..
3eleven Satay
Sebagai hantu satay, sis teruja dapat makan 3elevan Satay. Mana taknya satay dia besar-besar tau. Pastu perapan rasa dia pun sedap. Memang puas hati la dapat makan satay yang gemuk-gemuk ni. Ada satay ayam, satay daging, satay kambing, satay rusa dan satay perut. Dihidangkan bersama kuah kacang, bawang dan timun, boleh juga ditambah dengan nasi impit.
Pastel Juice Bar
Tak lengkap kan kalau makan tapi tak minum. Kat sini minuman adalah di bawah vendor Pastel Juice Bar. Ada pilihan Ice Tea Selection, Thai Tea Selection, Fresh Juice Selection dan Milkshake Selection. Aritu sis order Thai Tea. Sedap gak. Bekas dia pun besar.
Secara keseluruhannya memang puas hati la lepak kat sini. Ha, sila jangan bagi alasan diet ye kalau datang Foodmonger. Memang rugi tau. Jadi kalau korang nak cari port lepak dan bersantai bersama teman-teman, keluarga atau yang tersayang boleh la datang ke Foodmonger.
Alamat :
C-01-03 & C-01-03A,
Tamarind Square
63000 Cyberjaya
Selangor
Waktu Operasi :
19 Comments
Alhamduillah. hehe, Nampak makanan semua sedap2 belaka. Harga berpatutan. Isha Allah, jika Naim ke sana, akan mencuba makanan ini. Terima kasih sharing
ReplyDeleteAida da bookmark. Ke cyberjaya, x tau nak gi makan mana hi hi hi...
ReplyDeleteNampak sedap. Menarik. And surely mengenyangkan.
Sib baik la anak-abak aida memang makan semua jenis makanan.
Tempat nampak menarik..menu pun sedap..tak jauh dari umah...hujung minggu boleh cuba kat sini pulak
ReplyDeletehttps://abamkoriee.com/family-time-kat-mykori-dessert-cafe-di-hujung-minggu/
Nampak menarik deco do dalam restaurant ni. Makanan pun nampak sedap. Bila tgk gambar, ramai nya customer, ni mesti sebab harga, quality dan rasa tak mengecewakan.
ReplyDeleteMasyaallah terliurnya tengok Ayo Fried Chicken tu. Nampak tak kedekut cheesenya hehe. Menu yang lain pun nampak menyelerakan
ReplyDeleteAlahai.. Jauhnya nak pergi. Dah tergoda dengan ayam salut cheese dengan kentang tu haaaa, sedap pula tengoknya. Hehe
ReplyDeleteMesti makan tak puas kan.
Wow.. ada port baru kat Cyberjaya lah... next time nak lepak kita nak join juga. Makan sedap-sedap macam ni.. haha
ReplyDeletesedapnya semua menu, tambah lagi air bubble tea tu bikin hati rasa nak je pergi cyberjaya datang makan. yummy!
ReplyDeleteAllahu semua menu sedap!! Meriah plak tu ramai pelanggan. Kalau ke cyberjaya nanti boleh la cuba makanan kat sini. Sedap betul nampak.
ReplyDeleteFuh macam2 nasi goreng ada. Nanti ke cyberjaya nak singgah sini lah makan. Nak try nasi goreng premium siap lobster tu. Mesti sedap!
ReplyDeleteAyo Fried Chicken ni yang paling menarik nafsu kita nak pergi kat sini nanti awak belanja kita boleh tak hehehe bestnya banyak makanan sedap-sedap belaka kat sini hurmmm....
ReplyDeleteFuh, memang full house Foodmonger ni eh kakbee. Mesti sedap ni. Nad tertarik tengok fries tu sedapnyaaa! CHeese leleh-leleh gitu pulakk. Air pun nampak sedap bila time lapar ni T_T Kalau masih duduk area sana, teringin jugak nak terjah Foodmonger ni..
ReplyDeleteTak sampai lagi kat situ.. uisshhh tengok menu dia memang mengujakan. Liez tertarik dengan ayo fried chicken tu.. melting je tengok.. memang port hangat dekat Cyberjaya tu.. boleh la ajak husb g sana..
ReplyDeleteNampk makanan kat sini sekua sedap dan menyelarakan. Suka tengok satu tu.. especially yang rusa. Sangat rare!
ReplyDeleteSeronoknya sis menu dia. Teruja perut nur ni hahahaha. Tapi nur ni nur di selatan. Nak ke sana alahai bukan selalu pun. Tapi in shaa Allah, klu ada ke sana, nur nak try! Tq sis share tempat mkn best 😍
ReplyDeleteSyoknya tengok pilihan makanan dekat sini. Rasa best sangat kalau dapat ke sini dengan family. Dah la memang masing-masing kuat makan. At least banyak pilihan boleh pilih.
ReplyDeleteLapor pulak tengok hidangan kat sini.. tgok time tgh ni memang masa dia le ni..hehehe. Nak ke sana jauh naaa...kalau dekat harus sis dah terjah dah ni
ReplyDeletenampak sedap semua makanan yang ada , nanti nak cuba jugaklah tertutamanya sate ...juice pastel pun menarik....lagipun taklah jauh sangat dengan rumah, cyberjaya jerrr....hehehehe
ReplyDeletetengah perut lapar ni. all your foods nampak sangatlah sedap. minuman pun, area situ very frenly and cozy feeling kan. love eats. but we are very far away pula
ReplyDelete