Mudah Mengemas Rumah Dengan Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner | Assalamualaikum semua.. Aktiviti hujung minggu tak ada yang lain melainkan mengemas rumah dari hujung ruang tamu sampai la ke dapur. Time-time cuti macam ni la ada masa nak membelek setiap sudut supaya habuk tak bersarang. Penat?? memang penat tapi mujur ada pembantu so mudah la nak mengemas rumah. Eh, bukan bibik ye tapi perkenalkan assistant sis iaitu Beko 2 in 1 Cordless Vacuum Cleaner.
Pertama kali dengar jenama Beko?? ha, jangan tak tau yang Beko adalah jenama nombor kedua terbesar di Eropah untuk kelengkapan peralatan rumah untuk tahun 2017. Ia merupakan satu perkembangan yang cepat tau sejak ia mula bertapak pada tahun 2000. Beko juga merupakan jenama antarabangsa perkakasan rumah Arcelik dan juga rakan kongsi premium FC Barcelona. Ha, hebat kan.
Memegang prinsip "menjadi rakan kongsi pengguna kami dalam kehidupan seharian mereka", Beko memang sesuai dijadikan sebagai pembantu di rumah. Sebenarnya selain dari 2 in 1 Cordless Vacuum Cleaner, ada banyak lagi perkakasan elektrik di bawah jenama Beko seperti peti ais, mesin basuh, dryer, penghawa dingin, dapur dan juga peralatan kecil seperti blender, microwave, kettle dan macam-macam lagi.
Ok, berbalik pada Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner ni aku suka sangat sebab dia tak macam vacuum yang selalu kita guna tu. Ala, yang jenis pakai kabel pastu kena tarik-tarik kabel. Bila dah sampai limit, kena stop dan tukar plug. Kalau ikut takde la susah tapi maklum la bila dah syok menyedut habuk tak sedar yang kita adah jauh dari plug. Dah kena stop kan. Kalau pakai Beko Cordless Vacuum Cleaner ni tak payah nak stop-stop, just tolak je dari ruang tamu masuk ke bilik-bilik sampai ke dapur.. Senang kan.
Kenapa namanya 2 in 1?? Ok, ni lagi satu yang aku suka pasal Beko Cordless Vacuum Cleaner ni sebab dia ada dua fungsi. Satu untuk handle yang panjang dan hanheld vacuum. Yang panjang ni boleh dipusing-pusing mengikut sudut yang kita nak vacuum dan satu lagi handheld vacuum untuk vacuum sofa ke, kereta ke. Ha, sampai atas katil pun sis guna handheld vacuum tau. Mudah kerja jadinya.. hihi
Memandangkan vacuum ni takde kabel dan menggunakan bateri, kita kena cas dulu sebelum guna. Biasa sis akan cas sebelum masuk tidur supaya bila bangun pagi dah boleh guna. Ha, pada yang tanya berapa lama boleh berfungsi kalau cas penuh, Beko Cordless Vacuum Cleaner ni mengambil masa 5 jam untuk cas penuh dan selepas boleh digunakan selama 60 minit sebelum ia perlu dicas semula. 60 minit tu cukup la untuk menyedut habuk keliling rumah. Maklum la rumah pun sekangkang kera je kan. Tak besar pun.. hehe
Ha, nampak tak video sis vacuum carpet tu. Power kan Beko Cordless Vacuum Cleaner ni. Hujungnya yang besar dan luas tu bagai mulut yang menganga kelaparan. Habis habuk-habuk yang putih-putih tu dia sedut. Siap ada lampu lagi masa on tu supaya kita dapat tengok habuk di tempat gelap. Senang hati la macam ni. Kerja jadi lebih mudah dan yang penting tangan tak sakit sebab Beko Cordless Vacuum Cleaner ni tak berat sangat.
Oh ya, lupa pulak nak bagitau. Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner ni senang nak bersihkan tempat takungan habuknya. Hanya perlu cabut dan boleh buang habuk kat dalam tu. Lepas tu basuh dengan air mengalir dan lap hingga kering supaya boleh diguna semula. Kalau dulu guna stail paper bag kan. Tapi sekarang dah takde jual dah. Sis punya vacuum yang lama tu duk recycle je yang last paperbag tu sebab tak jumpa nak beli yang baru.
Ha, senangkan nak guna Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner ni. So aku memang sarankan kalau korang nak cari vacuum, cari la Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner ni. Memang puas hati dan berbaloi. Nak tau lebih lanjut pasal produk ni boleh rujuk website :
0 Comments