Tony Roma's Perkenal Menu Lamb Lover's Platter

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter | Assalamualaikum semua.. Sape sini peminat kambing?? Angkat tangannn.. Ha, sis pasti ramai yang suka makan kambing kan. Actually sis pun sama. Antara kambing dengan lembu, sis lagi suka kambing. Tu sebab kalau ada mana-mana restoran yang menyediakan menu kambing seperti Lamb Chop, sis akan pergi cuba. Terbaru bila sis dengar je Tony Roma's memperkenalkan menu untuk Lamb Lover's Platter apa lagi terus la sis cuba kan. Ha, kalau korang nak tau apa rupa dan rasa menu-menu ni, meh baca sampai habis.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Ok, untuk pengetahuan korang, sempena bulan Julai dan Ogos ni Tony Roma's akan menawarkan menu-menu istimewa khas untuk mereka yang gemarkan kambing. Menu Lamb Lover's Platter ni dipilih khas bagi mereka yang inginkan kepuasan dalam merasai keenakan daging kambing yang telah dimasak oleh tukang masak professional. Ha, jangan tak tau ye yang Lamb Ribs kat Tony Roma's ni pernah menag anugerah tau iaitu anugerah 'Brand Innovation' dari Romacorp. Uish, mesti korang tak sabar kan nak tengok apa menu tu kan. Nah, ni la menu-menu yang boleh korang pilih iaitu :

Lamb Lover's Platter (RM158.80 nett) - Amacam?? menggoda tak tengok Lamb Lover's Platter ni?? Ha, takkan tengok je kan. Korang kena la pergi cuba juga. Hidangan ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Dalam hidangan ni ada Lamb Shoulder, Lamb Ribs dengan sos Honey and Plum, Lamb Cevapi dengan pickle onion dan dihidangkan bersama Crispy Potato Chips.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Bila tengok Lamb Lover's Platter ni sis jadi tak keruan, mana satu nak cuba dulu sebab semuanya nampak menggiurkan. Akhirnya sis pilih untuk mencuba Lamb Cevapi bersama pickle onion. Rasa kambing dalam Lamb Cevapi ni agak kuat tapi bila dimakan bersama pickle onion rasa dia jadi balance. Tak sangka pulak yang bawang jeruk ni mempunyai rasa yang manis-manis masam dan mampu mengurangkan rasa kambing pada Lamb Cevapi dan menjadikan rasanya lebih sedap. Lepas tu sis cuba pula dengan Lamb Shoulder. Ternyata Lamb Shoulder di sini dimasak dengan sempurna. Serius tau, tekstur dagingnya tak kering dan masih mengekalkan rasa juicy pada daging kambing tu. Sama juga macam Lamb Ribs, walaupun dipanggang dalam masa yang lama sehingga dagingnya empuk dan mudah dileraikan tetapi masih juicy dengan rasa perapan yang telah meresap elok ke dalam dagingnya.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Ternyata bila makan Lamb Lover's Platter ni boleh membuatkan kita teringat-ingat keenakannya. Tak mustahil akan datang dan repeat semula makan. Tapi, macam mana kalau pergi seorang atau berdua? mampu ke nak habiskan semua tu? Jangan risau ye kawan-kawan kerana Tony Roma's juga ada menawarkan hidangan secara berasingan iaitu Grilled Lamb Shoulder dan Lamb Rib.

Grilled Lamb Shoulder (RM85.80 nett) - Hidangan yang istimewa di mana daging kambing yang lembut berjus dan penuh denga rasa perapan yang enak dihidangkan bersama Cruchy Onion Rings.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Lamb Rib (RM70.80 nett) - Hidangan ini pula menampilkan keistimewaan rasa daging yang telah diperap dan dipanggang dengan sempurna serta di salut dengan sos honey plum dan perahan jus serta potongan halia. Hidangan ini juga dihidangkan bersama Crunchy Onion Rings sebagai side dishes.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Nakkan kelainan?? Ha, ada juga menu lain tapi masih menggunakan daging kambing iaitu Lamb Burger (RM55.00 nett). Bayangkan patty daging kambing yang tebal dipanggang sehingga mengeluarkan rasa daging yang juicy bersama salad, tomato, keju serta sos istimewa dan diapit dengan roti bun yang lembut. Sis pasti akan menggoda setiap yang melihatnya.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Selain tu, Tony Roma's juga ada menawarkan Lamb Flatbread (RM55.00 net). Nampak tak roti yang leper berbentuk 4 segi kemudian diletakkan topping yang mewah dengan daging kambing panggang, harvati cheese, blue cheese, cendawan liar, lada merah dan diselaputi dengan chive & creamy horsedish sauce. Serius hidangan ni lain dari yang lain dan sedap.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Tak cukup lagi?? ha, boleh la pesan menu edisi terhad iaitu Crunch Tower (RM18.80 nett). Hidangan ni menggabungkan 4 jenis pembuka selera iaitu Crunchy Onion Rings, Crisp & Juicy Tomato Citrus Potato Chips, Rich & Flavorful Spicy Salted Egg Potato Chips dan Fluffy Potato Tots dengan Sweet and spicy Glaze. Pertama kali tengok pembuka selera yang tinggi macam ni. Menarik kan. Tapi ni confirm tak boleh habis makan sorang so kena la kongsi. Konsep "Makan sama-sama".. hehe

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Lebih menarik, kalau makan Crunch Tower ni jangan lupa ambil gambar tau sebab Tony Roma's tengah adakan "Crunch Tower Photo Contest" di mana kita perlu mengambil gambar Crunch Tower dan muat naik di Instagram. Jangan lupa gunakan #JomTonyRomas dan peserta yang terpilih akan memenangi hadiah mingguan iaitu voucher Free Lunch. Bestnyaaa, sis dah upload dah. Mudah-mudahan ada rezeki, boleh la makan kat Tony Roma's lagi.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Dah kenyang??? eh, jangan balik dulu tau. Tak lengkap la kalau makan di Tony Roma's tapi tak order air minuman dan juga pencuci mulut kan. Ha, apa kata cuba order antara menu minuman dan pencuci mulut yang ada iaitu :

Menu Minuman Baru :
Strawberry Float (RM11.90 nett)
Sarsaprilla Float (RM11.90 nett)

Menu Minuman Terhad :
Red Ruby Slush (RM19.90 nett)
Banana Slurpee (RM19.90 nett)
Mango Blackcurrent Jelly (RM19.90 nett)

Pencuci Mulut :
Whippy Berry (RM8.90 nett)
Whippy Blackcurrant (RM8.90 nett)

Kek :
Premium Carrot Walnut Cake (RM10)
Rich Double Chocolate Treat (RM10)

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Tudiaa.. best kan tengok minuman dan pencuci mulut tu. Aritu sis order Strawberry Float dan Premium Carrot Walnut Cake & Rich Double Chocolate Treat. Memang sedap tau especially cake tu sebab ia diabuat menggunakan bahan-bahan yang premium so rasa dia memang lebih enak. Masa sis makan kat Tony Roma's rupanya ada kejutan Hari Lahir juga. Wah, happy birthday to July Babies. So, kalau korang nak celebrate birthday kesayangan boleh la bawa ke Tony Roma's ye.

Tony Roma's Perkenal Lamb Lover's Platter

Ok, secara keseluruhannya memang sis puas hati sangat makan kat sini. InshaAllah nanti nak repeat lagi dengan kesayangan.. eh, hehe. So kalau korang nak juga merasai keenakan Lamb Lover's Platter ni moh la datang ke Tony Roma's. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Julai 2019 hingga 31 Ogos 2019. Bila dah rasa confirm boleh tidur lena. hehe..

Untuk maklumat lanjut layari :




Post a Comment

5 Comments

  1. terliur tengok menu dia, nampak patty dengan grilled lamb dia juicy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui.. memang makan kat Tony Roma's ni puas hati sgt. Dagingnya memang juicy dan tak kering

      Delete
  2. sedapppnya.. terliur kita.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bawak la family makan sini. memang berbaloi ^_^

      Delete
  3. Aduhh bestnya! Saya ni dah la peminat kambing! Haha. Kena singgah ajak kawan-kawan sekali ni!

    ReplyDelete