KFC Fans Party : Zinger Double Down Kembali | Assalamualaikum semua.. Guys, KFC Zinger Double Down kembali.. yeayyy, happynya sebab dulu tak sempat nak rasa. Ya, sejak diperkenalkan di KFC Malaysia pada tahun 2012, memang ramai yang kongsikan keenakan Zinger Double Down ni tapi masa tu sis buat tak tau je. Dalam hati selalu duk sebut "Nanti la beli".. Sekali nahhh, pada tahun 2017 KFC memutuskan untuk tidak menjual Zinger Double Down ni terus sis rasa kecewa. Padan muka sis kan.. ahakss..
Bagai mendengar rintihan semua para peminat Zinger Double Down ni KFC telah membuat kejutan dengan mengadakan satu majlis iaitu KFC Fans Party dan seterusnya membawa khabar gembira bahawa menu KFC Zinger Double Down ini akan kembali dipasarkan. Wahhh, seronoknya. Sis pun apa lagi, terus la membuat RSVP utuk ke KFC Fans Party ni. Lagipun dah lama tak join Party KFC.. Rindu pulak kan.
Meriah betul majlis KFC Fans Party ni. Mana taknya, kehadiran Nabil Ahmad dan juga Angah memang menceriakan suasana. Penat gelak weiii. Dah la pandai buat lawak, kuat mengusik orang pulak tu. Rata-rata semua tetamu diusiknya. Tu yang buat lagi happening sebab ada bonding antara artis dengan tetamu. Rupanya majlis ni adalah untuk meraikan peminat KFC Zinger Double Down yang telah membuat status rasa kecewa bila menu ini dihentikan melalui laman Twitter. Jadi inilah surprise yang diberikan kepada mereka oleh pihak KFC.
Lebih menarik, semua yang hadir pada majlis KFC Fans Party ni merupakan antara orang yang terawal dapat menikmati menu Zinger Double Down ni. Perghh, bangga rasanya. Haha.. Tapi kan tapi kan secara jujurnya bagi sis ini adalah kali pertama sis menikmati hidangan ni. Ye la, kan dulu tak sempat rasa kan. Perghhh.. ternyata KFC Zinger Double Down ni memang sedap weiii. Patut la ramai yang merindui keenakannya. Biasa kita makan burger ada roti kan tapi yang specialnya Zinger Double Down ni roti digantikan dengan 2 ketul ayam dan ditengahnya terdapat hirisan ayam beserta keju dan sos cheezy mayo.
Selain dari makan-makan, pelbagai acara juga turut diadakan seperti peserta twitter perlu membaca status twit mereka dengan sepenuh perasaan serta pertandingan makan Zinger Double Down sambil mata ditutup. Tudiaa, meriah weii dengan sahutan kata-kata semangat. Macam-macam aksi makan keluar dan akhirnya team dari blogger iaitu Mahamahu dan Khai Artzfar yang menang. Wow, korang memang hebat.
Ternyata KFC Fans Party ni memang best. Tak sia-sia sis datang dan join party ni. Dah la jadi orang pertama merasai keenakan KFC Zinger Double Down. Dapat pula beramah mesra dengan artis Nabil Ahmad dan Angah yang memang sangat peramah. Memang terhibur kami semua dibuatnya dari awal majlis hingga tamat. Next time kalau ada lagi party macam ni confirm sis nak pergi lagi. besttttt...
Oh ya, bagi korang pula jangan lupa untuk merasai keenakan KFC Zinger Double Down di cawangan KFC berhampiran. Ia mula dijual pada 27 Ogos 2019 hingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Ya, menu ini akan dijual dalam masa yang terhad ya. Jadi kalau korang teringin tu better pergi sekarang. Jangan tangguh-tangguh. Nanti jadi macam sis, kempunan pulak kan. Harga dan info lanjut boleh rujuk di bawah.
Harga KFC Zinger Double Down :
RM 12.90 (Ala carte)
RM16.90 (Set)
Website :
1 Comments
bestnyaaa dapat bergambar dengan nabil!
ReplyDelete