Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia | Assalamualaikum semua.. Kalau cerita bab makan, mesti korang akan nampak sis kongsikan makanan-makanan yang enak yang dijual di restoran-restoran kan. Jarang sekali sis kongsikan resepi kan. Ha, itu bukan bermakna sis tak memasak tau kat rumah. Masak juga cuma jarang-jarang sebab sis ni duduk sorang so agak tak berbaloi nak masak. Kalau masak pun mesti menu yang simple dan mudah dimasak. 

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Tapi bila dah tua-tua ni (eh tua ke?? haha) pastinya kena jaga pemakanan kan. Kalau masak pun kena la makanan yang berkhasiat. Jadi bila sis dapat jemputan untuk menghadiri Bengkel Memasak bersama Beko Malaysia, terus sis setuju. Program yang diberi nama 'Eating Healthy With Beko Malaysia' ni sangat menarik kerana kami akan belajar memasak menu yang sihat tetapi sedap dan mudah disediakan dengan menggunakan produk Beko Malaysia.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Bila sebut pasal produk Beko, ramai yang masih belum mengetahui mengenai jenama Beko ni. Betul tak? Ok, bagi yang belum tahu Beko adalah jenama nombor kedua terbesar di Eropah untuk kelengkapan peralatan rumah dan mula bertapak di Malaysia lebih kurang 3 tahun lepas. Ha, sis pun baru je tahu sejak guna Beko 2 In 1 Cordless Vacuum Cleaner tempoh hari. Sejak dari tu sis dah mula jatuh cinta dengan produk Beko ni. 

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Sebagai permulaan, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan bagi menyediakan menu yang diberikan.  Ada kumpulan yang akan memasak appetizer, kumpulan yang memasak Main Dish dan Kumpulan untuk memasak Dessert. Sis dapat satu kumpulan dengan Kelly Chin bagi menyediakan dessert iaitu Frozen Yogurt Bites. Selama ni fikir macam susah je nak buat resepi ni tapi rupanya senang je malahan cepat aje penyediaannya bila menggunakan produk Beko. Ha, meh sis kongsikan resepi menu setiap kumpulan dan peralatan Beko yang mereka gunakan.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia


Menu Appetizer - Mushroom Soup & Garlic Bread


Untuk appetizer, kumpulan Mahamahu, Kak Lily dan Kak Ayu akan menyediakan Garlic Bread dan Mushroom Soup. Wah, menarik menunya. Selalu order je kan tapi ni first time sis tengok cara membuatnya. Bagus juga ni, dapat juga sis belajar kan. Next time boleh buat sendiri.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

 Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Bagi penyediaan Mushroom Soup, sis tengok kumpulan ini menggunakan Beko Induction Cooker yang mempunyai 4 induction zone. Apa yang sis suka pasal Beko Induction Cooker ni adalah bentuknya yang rata dan mudah untuk dikendalikan. Arahan pada panel pun mudah, siap ada timer dan buzzer lagi tau. Maknanya, kita boleh set bila nak masak dan buzzer akan berbunyi bila makanan dah masak. Wow, canggih kan. Tahap kepanasan pun boleh dilaras mengikut jenis masakan yang kita masak. 

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Bagi penyediaan Garlic Bread pula mereka membakar roti yang telah disapu dengan mentega dan bawang putih ke dalam Beko Built In Oven. Macam yang kita tahu roti ni tak perlu dibakar lama sebab kalau terlalu garing roti akan jadi keras, silap-silap boleh hangus pula. Tapi jangan risau, Beko Built In Oven ni mempunyai pelarasan tahap pemanasan jadi kita dapat setkan masak memasak dengan mudah. Lagipun pintunya mempunyai kaca jadi mudah untuk kita lihat masakan kita dah bertukar warna ke belum.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia


Menu Main Dish - Lemon & Thyme Roasted Chicken


Untuk Main Dish pula, kumpulan yang diberikan tugas iaitu Jessie dan Josephine akan menyediakan ayam bakar yang diberi nama Lemon & Thyme Roasted Chicken. Perghh, dengar nama pun dah sedap kan. Rupanya cara penyediaan dia pun senang je. Just guna ayam seekor (tak perlu potong) pastu lumurkan dengan segala bahan then masuk je dalam Beko Built In Oven. Allahu, mudah yakmat rupanya. Tapi kalau nak lagi sedap, perap lama sikit baru bakar.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Memandangkan kami ramai maka team main dish ni membakar 2 ekor ayam. Tapi tak ada masalah tau sebab kapasiti Beko Built In Oven ni besar iaitu 71L. Walaupun besar, nak cuci senang tau sebab setiap compartment dia boleh ditanggalkan dan dibersihkan. Jadi takde masalah kalau nak bakar ayam setiap hari.. ehh.. hehe.

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia


Menu Dessert - Frozen Yogurt Bites


Ok, yang ni team sis bersama Kelly Chin punya tugasan iaitu menyediakan Frozen Yogurt Bites. Ia adalah sejenis aiskrim tetapi menggunakan buah-buahan segar yang dicampur dengan yogurt dan madu. Semua buah dibersihkan dan dipotong dadu. Kami menggunakan buah mangga, strawberi dan juga kiwi. Rasa asli dari buah ini dimaniskan sedikit dengan madu supaya rasanya lebih enak. 

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia

Bagi menghancurkan buah yang dipotong dadu, kami menggunakan Beko Hand Blender. Pada mulanya kami risau juga takut terpercik kan sebab hand blender ni tak ada penutup. Tapi rupanya tak ye, memang bagus Beko Hand Blender ni sebab pukulannya rata dan tak menghasilkan gegaran yang kuat. Jadi takde la terpercik kan. Kelajuannya juga boleh laras, jadi memandangkan kami tak mahu buah terlalu hancur jadi kami blend sekejap sahaja. 

Masak Makanan Sihat Bersama Beko Malaysia


Selepas dikisar, kami masukkan ke dalam acuan dan disimpan di dalam peti ais jenama Beko juga untuk disejukkan. Ya, jangan tak tahu ye Beko ni ada juga mengeluarkan peti ais, mesin basuh, vacuum cleaner dan macam-macam lagi keperluan rumah. Lepas ni kalau nak survey barangan rumah boleh pilih jenama Beko ye. 


Bila dah selesai tugasan kami, sekali lagi kami rasa bertuah apabila diberi tunjuk ajar cara membuat smoothies dan juga juice menggunakan Beko Vacuum Blender. Rupa nampak macam sama je kan dengan blender biasa tapi sebenarnya ada beza tau. Bila guna Beko Vacuum Blender ni juice yang dihasilkan akan lebih halus. Ha, tengok perbezaan antara 2 gelas juice tomato ni, ada beza kan. Fungsi vacuum tu adalah untuk kedap oksigen dan mengelakkan pengasingan semasa proses pengisaran.




Bila dah selesai masak, of course la semua dah tak sabar nak makan kan. Tambahan pula bau ayam yang dibakar dah menyusuk ke hidung. Terus terasa lapar. Maka kami semua dijemput untuk ke meja makan untuk menikmati makan tengah hari bersama-sama. 


Ha, ni la semua menu yang kami masak tadi. Menarik tak?? tu baru rupa je tau. Bila dah rasa, perghhh dah macam makan kat restoran. Tapi hidangan yang ini of course la lebih menyihatkan kerana kita sendiri yang masak dan kita tahu apa bahan yang digunakan. So, apa lagi. Jemput makannnnn... 


Ternyata untuk menghasilkan makanan yang enak dan menyihatkan ni mudah sahaja. Terima kasih kepada Beko Malaysia yang banyak memberi tunjuk ajar. Lepas ni tak payah la nak berbelanja besar kat luar semata-mata untuk nak makan sedap kan. Semoga perkongsian ini juga dapat membantu korang semua untuk amalkan pemakanan yang sihat. Oh ya, bagi sesiapa yang nak survey barangan keperluan rumah, meh la layari website Beko Malaysia. Mana tau ada yang berkenan di hati kan. 




Post a Comment

10 Comments

  1. nice, jnama beko eh.. menarik boleh cari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. jenama ni nampak baru di Malaysia tapi kalau kat eropah dah famous dah. boleh check website depa ye

      Delete
  2. Replies
    1. sedap dan menyihatkan. seronok dapat belajar dgn beko malaysia ni ^_^

      Delete
  3. amboii...hepinya memasakk sisturr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. selalu tak masak pun. tu yang hepi tu.. haha

      Delete
  4. Replies
    1. Dah macam makan kat restoran dah. rupanya senang je nak masak sendiri.. hehe

      Delete
  5. Ya Allah bestnyaaa laaa peralatan dapur dia...kalaulah dapat tu, Sis masak, ko datang makan jer heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish.. boleh sangat tu. So, bila nak pindah KL?? Boleh datang makan selalu.. ehhh ^_^

      Delete