Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah | Assalamualaikum semua.. Tiap kali nampak kengkawan post pasal restoran BBQ Lamb KL Kemensah, tiap kali tu jugak la hati membuak-buak rasa nak pergi. Tapi kalau nak pi sensorang memang tak syok  la kan. Kang risau pulak sesat ke tempat lain. Lagipun tempat ni lebih happening kalau pergi ramai-ramai. So, sis pun plan la dengan kengkawan untuk pergi ke sana. Apa nak jadi, jadi la. Sis tetap nak pi.. hahaha..

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Plan punya plan akhirnya impian sis nak makan kat sini tercapai bila semua setuju nak pergi pada 30 Julai 2019 yang lepas. Tu pun last minit plan sebab kebetulan kawan sis iaitu Mawardi datang dari Kelantan. Ye la, member jarang-jarang mai KL, Sekali mai kena la bawak pi tempat best macam BBQ Lamb KL Kemensah ni. Oh ya, mesti korang tertanya-tanya kan apa yang specialnya restoran ni kan sampai sis teruja lain maciam. 

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Ya, bagi yang dah tau tu mesti korang akui yang restoran ni lain dari yang lain kan. Ok, bagi yang belum tau, ha restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni la yang menawarkan hidangan BBQ di dalam sungai. Unik kan. Tu yang sis teruja sangat tu. Teringin nak rasa pengalaman makan dalam sungai. Asyik duk tengok orang post je kan. Mana aci.. hehe. Lagipun restoran yang terletak di belakang Zoo Negara ni pernah viral suatu ketika dulu kerana keunikannya.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Memandangkan kami pergi seramai 6 orang jadi kami pergi 2 kereta. Oh ya, mungkin kami pergi pada hari cuti umum jadi agak sukar cari parking. Lagipun laluan agak sempit untuk masuk ke kawasan restoran tu. Jadi kena hati-hati sikit la ye. Kalau agak-agak driver tu kurang confident, better bagi yang berpengalaman bawa kereta ya. Sis pun failed masa nak parking, sebab memang kena betul-betul susun supaya ada space untuk kereta lain. Fuhhh.. mujur la ada driver yang cekap. hehe.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Bab parking dah settle, so kami pun menuju ke restoran. Oh ya, bagi yang tak pernah pergi ke sini sis nak bagitau yang restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni ada sessi masa untuk makan. Setiap sessi hanya berdurasi 2 jam sahaja. Ini adalah kerana tempat duduk yang limited. Lagi satu, better buat booking dahulu sebelum datang supaya dapat mengelakkan menunggu lama dan mudah untuk urusan tempat duduk. Tambahan pula masa kami datang ni time cuti umum so agak kelam kabut sikit la sebab ada yang datang secara walk in. Tapi kalau datang hari biasa mungkin selesa sikit, tak ramai orang.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Setelah menungu lebih setengah jam, akhirnya kami dapat meja kami. Masa nak turun tu punya la slow giler sebab licin. So, sape-sape nak datang tu make sure selipar korang masih ok ye. Jangan pakai selipar yang dah haus. Alamatnya ada yang jatuh tersembam. Memang kena careful tau especially bagi yang bawak anak tu. Tapi masa nak celup kaki dalam air, kami semua tanggal selipar. Mudah nak gerak dalam air.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Walaupun kami dah dapat meja, tapi makanan kami belum ready lagi. Mungkin sebab terlalu ramai pelanggan yang datang jadi mereka perlukan lebih masa untuk sediakan makanan. Jadi sementara menunggu tu kami pun apa lagi, bergambar la dulu kan. Bukan senang nak lepak dalam sungai kan. hehe. Sambil-sambil tu jeling-jeling la juga pelanggan lain. Rata-rata masing-masing gembira menikmati hidangan sambil celup-celup kaki dalam air di restoran BBQ Lamb KL Kemensah ni.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Bila makanan sampai, kami semua teruja. Akhirnya sampai juga makanan kami. Kami memilih untuk menikmati set menu BBQ. Dalam set ni ada campuran daging lembu, ayam, kambing dan itik. Setiap set didatangkan bersama 4 pinggan nasi herba, 4 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill). Maknanya set ni boleh makan 4 orang la.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

SET MENU BBQ ( 4 Persons ) = RM150

Tapi memandangkan kami datang 6 orang, kami so kami amik satu lagi set untuk 2 orang. Ye la, mana cukup kan kalau order untuk 4 orang sahaja. Bagi set 2 orang makan ni pun sama juga campurannya iaitu ada daging lembu, ayam, kambing dan itik. Setiap set didatangkan bersama 2 pinggan nasi herba, 2 koktail buah-buahan, sup, 4 jenis sos, salad sayuran coleslaw, buah tembikai dan juga minuman (free refill).

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

SET MENU BBQ ( 2 Persons ) = RM90


Memandangkan kami dah lapar, jadi tanpa berlengah lagi kami pun terus la makan. Bila masuk aje suapan pertama, terus hilang rasa penat menunggu lama. Serius wei, segala daging yang dibakar cukup lembut, tak liat dan juicy sangat. Segala perapannya memang meresap hingga ke dalam. Ditambah pula dengan 4 jenis sos pencicah yang menambah rasa.. perghh memang nikmat tauuu. Kalau korang tanya mana yang paling sedap, jawapan aku semua sekali.. haha, cliche?? Nooo, sebab memang betul semua sedap. No wonder la ramai pelanggan yang datang ke sini. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai keenakan hidangan di  BBQ Lamb KL Kemensah sambil celup-celup kaki dan menikmati pemandangan yang menghijau.

Pengalaman Makan Dalam Sungai Di BBQ Lamb KL Kemensah,

Alhamdulillah, rata-rata di antara kami berpuas hati dan mengakui keenakan makanan kat sini. InshaAllah kalau ada rezeki kami akan datang lagi ke sini untuk merasai menu yang lain pula especially Set Menu Makanan Laut (seafood). Macam best je sebab nampak ada lobster.. yummm yumm. Ok la, kalau korang pun nak merasai pengalaman makan dalam sungai boleh la datang ke restoran BBQ Lamb KL Kemensah ye.. ni kat bawah sis kongsikan no contact dan juga sessi masa makan untuk panduan korang ye..

DETAIL DAN WAKTU OPERASI BBQ LAMB KL KEMENSAH

Isnin hingga Khamis
12pm~10pm (last order 9pm)

Jumaat :
 4pm~10pm (last order 9pm)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum :  
Sessions 12pm~2pm
Sessions 2pm~4pm
Sessions 4pm~6pm
Sessions 6pm~8pm
Sessions 8pm~10pm
*Riverside* and *River dining* akan dibuka untuk keseluruhan masa operasi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus whatsapp ke

Location Bbq Lamb Kemensah




Post a Comment

0 Comments