Pho Street Melancarkan Kempen Merdeka "We Are Pho Everyone" | Assalamualaikum semua.. Rindu makan makanan Vietnam?? Ya, sis pun sama. Sejak balik dari Vietnam 2 tahun lalu memang asyik teringat je keenakan makanan kat sana especially Pho Beef dan juga Kopi Ais Vietnam. Aishh, mujur la setakat teringat je bukan tahap mengidam. Kalau mengidam susah jugak kan. Jauh tu nak ke sana.
Berita baik.. bagi sesiapa yang teringin nak makan makanan Vietnam ni dah tak perlu ke sana dah. Di Malaysia kini ada menjual makanan Vietnam yang enak dan sama rasa seperti masakan di sana. Kat mana? Ha, kat restoran Pho Street la. Setakat ni ada 6 cawangan di seluruh Malaysia. Apa yang menarik mengenai Pho Street ni adalah ia menawarkan pelbagai hidangan istimewa (Authentic Vietnamese Street Delights) yang popular di Vietnam termasuk la mee yang sis suka iaitu Pho Beef dan juga Kopi Ais. Lebih penting, bahan mentah yang digunakan adalah Halal dan restoran ini juga Muslim-friendly. Jadi tak perlu risau ye...
Eh, korang semua tahu ke apa dia Pho Beef tu? Kalau tahu bagus la tapi bagi yang tak pernah makan, korang kena try tau. Hidangan ni adalah signature dish untuk masyarakat di Vietnam. Sebenarnya ia adalah mee daging tapi tak sama macam yang orang melayu masak tau. Kuahnya lebih jernih dan menggunakan rebusan daging yang telah direneh selama 8 jam manakala mee nya pula seperti kuey teow yang diperbuat dari beras. Apa yang special di Pho Street, mereka menjual Pho Beef Combination di mana dalamnya diletakkan banyak campuran hirisan daging, perut, dan juga bebola daging. Aroma dari Pho Beef Combination ni memang membangkit selera.
Selain dari Pho Beef Combination, terdapat juga pelbagai menu lain yang ada dijual di Pho Street seperti Fresh Summer Roll With Prawn & Fresh Herbs, Crispy Spring Roll, Roasted Lemongrass Chicken With Fragrant Rice. Untuk Dessert pula sis makan Vietnamese Three Colour Dessert dan air semestinya Kopi Ais Vietnam dan juga Passionfruit & Basil Mojito. Ini antara menu lain yang sis sempat rasa. Bagi sis semuanya sedap dan unik. Maklum la. jarang-jarang dapat makan makanan dari Vietnam kan. So, lepas ni boleh la selalu datang ke Pho Street.
Oh ya, sempena Hari Merdeka yang akan tiba tak lama lagi, Pho Street melancarkan Kempen Merdeka bertemakan "We Are Pho Everyone". Kempen ini adalah untuk menyambut bulan kemerdekaan serta meraikannya dengan mengajak seluruh rakyat Malaysia merasai keenakan makanan Vietnam yang terbaik hanya di Pho Street.
Lebih menarik, sempena kempen ini Pho Street menawarkan harga istimewa untuk semangkuk hidangan Pho Beef Combination dengan hanya RM0.62++. Promosi ini hanya pada 8 September 2019 bermula pukul 11.30 pagi hingga 1.30pm sahaja di semua cawangan Pho Street. Tak sempat nak pergi?? Jangan risau, selepas waktu tersebut Pho Street turut menawarkan diskaun sebanyak RM6.20++ (original price RM19.90) bagi setiap hidangan Pho Beef Combination. Promosi ini akan berlangsung dari 9 September 2019 hingga 16 September 2019.
Wah, murah tu. Bayangkan semangkuk Pho Beef Combination tu besar tau portion dia. Sis pun aritu kongsi berdua. Isi dagingnya pun banyak. Memang puas hati la kalau dapat grab promosi RM0.62++ semangkuk tu. Ha, kalau korang free time tu jom la sama-sama kita serbu Pho Street ye. Kalau boleh ajak la sis sekali ye.. hehe.
Maklumat lanjut boleh rujuk :
Instagram :
Facebook :
Website :
2 Comments
Kita peminat Pho Beef, cawangan kat JB ada tak??
ReplyDeleteala, takde la kak. Kat KL je tapi kalau kat Singapore ada.
Delete