Ambassador Putrajaya : Dewan Dan Pakej Perkahwinan Lengkap | Assalamualaikum semua.. Bila sebut sahaja mengenai Ambassador Putrajaya, pasti ramai yang dah mengetahui mengenai tempat ini. Ke masih ada yang belum tahu? Ok, pada yang belum tahu Ambassador Putrajaya merupakan lokasi yang terbaik bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan kerana di sini menyediakan dewan dan pakej perkahwinan yang lengkap.
Macam sis sendiri dah beberapa kali menghadiri majlis yang diadakan di sini. Serius sis cakap memang puas hati terutama dari segi makanan yang disediakan. Boleh dikatakan semuanya kena dengan tekak sis. Paling yang sis suka Kambing Bakar. Sedap dia sampai balik pun teringat-ingat tau. Rasa dia special dan tak sama dengan tempat lain. Selain dari tu, sis suka hiasan di dewan Ambassador ni. Cantik tauu.. Kalau korang nak tengok dan baca boleh rujuk entri sis yang terdahulu.
Dah baca?? Menarik tak?? Sempena tahun 2019 ni, Ambassador Putrajaya ingin menawarkan pelbagai pakej perkahwinan lengkap menarik yang pastinya dapat menambat hati para pelanggan. Kepada bakal-bakal pengantin, jangan pening-pening kepala. Kalau nak cari Pakej Lengkap Dewan Perkahwinan Putrajaya, pasti Ambassador Putrajaya menjadi dewan terbaik untuk melangsungkan perkahwinan korang. Dengar kata ada diskaun menarik sehingga RM10,000 tau.
KENAPA ANDA PERLU MEMILIH AMBASSADOR PUTRAJAYA ?
✔ Dewan Baru Yang Serba Lengkap Dan Berhawa Dingin.
✔ Perkahwinan Seolah olah Di Grand Ballroom 5 Bintang
✔ Menggunakan Kerusi Chavalry Gold Semua
✔ Pelamin Yang Mengikut Citarasa Anda
✔ Makanan Yang Sedap,Berkualiti Dan Halal
✔ Sepasang Busana Sanding Lelaki + Perempuan
✔ P.A Sistem dan Emcee Yang Berpengalaman
✔ Anggota Rela Untuk Menjaga Trafik
✔ Staff Yang Berdedikasi Dan Terlatih
KENAPA ANDA WAJIB AMIK PAKEJ DENGAN AMBASSADOR PUTRAJAYA ?
✔ Diskaun Banyak ,Pakej Lengkap Hanya Rm25000 Saja Untuk 800Paxs
✔ Food Tasting Di Sediakan (Open Day HGSB)
✔ HGSB Berpengalaman Dalam Mengendalikan Majlis
✔ Rasai Dekorasi Exclusive Kami Untuk Bakal Pengantin
✔ MUA Yang Sangat Profesional
✔ Busana Yang Baru Baru Untuk Anda
✔ Kemudahan Surau Di Aras 3
✔ Lokasi Dewan Yang Strategik
✔ Dewan Di Tingkat Bawah Sahaja
✔ FOC Photographer Dapat Album dan Gamba Poster
✔ Pramusaji Yang Berpengalaman & Terlatih
✔ Dekorasi Meja Beradab Yang Cantik
Jadi, bagi memberi peluang untuk semua pelanggan merasai keenakan dan mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terbaru dewan dan pakej lengkap perkahwinan 2019 yang ditawarkan maka Hanana Group mengadakan Majlis Food Tasting & Open Day yang akan diadakan di Dewan Ambassador Putrajaya seperti berikut :
“FOOD TASTING & OPEN DAY” di AMBASSADOR PUTRAJAYA
Tarikh : 22 September 2019
Hari : Ahad
Masa : 12.00 pm – 04.00 pm
Tempat : Ambassador Putrajaya
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik Presint 15, 62050 Putrajaya
--------------------------------------------------------------------------------------
“FOOD TASTING & OPEN DAY” di AMBASSADOR PUTRAJAYA
Hari yang ditunggu telah tiba. Seawal 11.00 pagi sis dah bersiap dan gerak ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Food Tasting & Open Day yang diadakan di Ambassador Putrajaya. Kalau ikutkan tahun ni merupakan tahun kedua sis menghadiri majlis Food Tasting & Open Day yang dianjurkan oleh pihak Hanana Group ni. Masih terbayang keenakan menu-menu yang dihidangkan menjadikan sis rasa tak sabar nak datang lagi tahun ni. Selain tu nak jugak kan tengok apa koleksi terbaru dan juga promosi yang diberi untuk tahun ni.
Memandangkan sis datang awal, mudah sahaja sis dapat parking. Kawalan lalu lintas juga teratur kerana ada pihak Rela yang membantu mengawal lalu lintas. Bagus juga pihak Hanana Group menyediakan petugas Rela ni sebab kawasan tersebut adalah shoplot. Jadi, agak crowded sedikit. Tambah pula hari minggu kan, ramai yang datang ke kawasan tersebut untuk makan bersama keluarga dan juga membeli barang keperluan. Thank you abam Rela.
Bila melangkah ke pintu dewan, kedengaran berkumandang lagu pengantin. Wah, terasa macam datang ke kenduri kahwin pula. Cuma bezanya tiada yang bersanding hari ini... hehe. Kalau la ada calon, sis ajak dah sanding terus. Bukan apa teruja tengok pelamin yang cantik tapi kosong tanpa penyeri Raja Sehari.. hehe. Ok, sis dah start mengarut dah. Maklum la perut tengah lapar. Tak sabar nak rasa makanan yang dihidangkan.
Dah nama pun food tasting kan, harus la ada banyak menu hidangan yang disediakan. Sebenarnya tujuan pihak Hanana Group mengadakan majlis ini untuk memberi peluang kepada bakal pelanggannya merasai keenakan menu yang disediakan. Sis pun tak ketinggalan juga untuk turut menikmati hidangan yang disediakan. Ternyata rasa setiap menu memang sedap dan yang penting kualitinya masih sama macam yang sis rasa tahun lepas. Serius sis cakap susah nak cari katering yang dapat menjaga kualiti masakan untuk tempoh yang panjang. Tapi di sini ternyata rasanya pasti buat tetamu menambah kali kedua..
Selain lauk pauk kenduri, Hanana Group masih mengekalkan juga stall untuk makanan tambahan seperti kuih muih tradisional, apam balik, ayam gunting, putu piring dan kambing grill. Ha, kalau sesiapa dah rasa kambing grill kat sini sis pasti korang akan teringat-ingat punya. Sumpah sedap tau. Masing-masing memang bertumpu pada stall kambing. Bagi kanak-kanak pula tentu teruja bila dapat aiskrim.
Bila dah kenyang, sis usha-usha la pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Hanana Group untuk tahun 2019 ni. Serius sis cakap tawaran mereka untuk tahun ni murah giler!! Siap ada diskaun RM10,000 untuk 800 paxs. Dah la ada diskaun, dapat pula khidmat photographer percuma. Koleksi busana dan pelamin pengantin juga mengikut citarasa semasa. Bestnyerrr.. Senang la bakal-bakal pengantin. Tak payah dah nak pening-pening kepala kan. Di Hanana Group ni mereka menyediakan pakej lengkap perkahwinan di Ambassador Putrajaya.
Oh ya, buat para tetamu jangan lupa abadikan kenangan dengan mengambil foto di photobooth. Dah menjadi trend masa kini setiap majlis pasti ada khidmat photobooth. begitu juga di Ambassador Putrajaya. Kali ni mereka menggunakan khidmat Photokotak. Seronok kan kalau dapat bawa balik kenangan. Macam sis sendiri memang akan kumpul gambar-gambar dari photobooth ni.
Jangan risau, bagi sis Ambassador Putrajaya ni memang menawarkan pakej perkahwinan Putrajaya terbaik. Mereka sentiasa memberikan kualiti perkhidmatan dan memastikan para pelanggannya berpuas hati. Jadi kepada bakal-bakal pengantin sekitar Putrajaya, Bangi, Puchong boleh dah mula buat booking. Kang kalau lewat takut dah takde kekosongan dah. Ha, time tu mau melopong kan. So, sebelum menyesal moh la usha pakej mereka ni.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Website :
Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya
Telefon:
http://www.wasap.my/+6016-6700473 (SHAIDATUL)
http://www.wasap.my/+6012-3607030 (HAIZURA)
2 Comments
nak tanya pakej ni untuk sepanjang tahun ni ke macam mana?
ReplyDeleteBoleh rujuk pada pihak Ambasador Putrajaya ye
Delete