Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES | Assalamualaikum semua.. Jarang-jarang sekali sis menyertai pertandingan larian mahupun treasure hunt tapi tahun ni banyak pula program sebegini yang sis sertai. Mungkin sebab tahun ni lemak dah semakin banyak kot. Tu yang kena merajinkan diri untuk menyertai acara yang menyihatkan ini. Terbaru sis menyertai satu pertandingan iaitu Cyber Eco Hunt 2019. Tujuan pertandingan ini diadakan bukan sekadar untuk memenangi hadiah sahaja tetapi dalam masa yang sama memberi pengetahuan bagaimana proses pengurusan alam sekitar dilaksanakan serta menyahut kempen Jom Rawat Bumi.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Pertandingan Cyber Eco Hunt 2019 ini dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd dan DHES Sdn Bhd. Tahun ini bukanlah tahun pertama program sebegini diadakan. Sebelum tahun ni pun dah ada dah cuma masa tu hanya melibatkan blogger sahaja. Kali ni penyertaan dibuka kepada pengamal media sosial iaitu blogger, influencer dan juga KOL. Ini kerana setiap pengamal media sosial mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan secara tak langsung matlamat program ini diadakan akan tersebar dengan lebih meluas.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Mula-mula sis rasa berdebar juga apakah bentuk tugasan yang perlu dibuat. Dah la penilaian setiap task yang diberi adalah untuk individu. Tapi bila melihat semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta yang lain membuatkan sis menjadi bersemangat juga. Tak apalah jika tak menang kerana kalah menang tu adat pertandingan. Apa yang penting adalah pengalaman dan juga ilmu yang dapat dikutip sepanjang pertandingan berlangsung.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Pertandingan dimulakan seawal 8.30 pagi. Kami seemua peserta berkumpul dan bermula di Wisma DRB-Hicom. Sebelum pertandingan bermula, acara pembukaan telah disempurnakan oleh Dato' Hj. Mohd Zain Hassan selaku CEO Alam Flora Sdn Bhd. Setelah bacaan doa kan kata-kata aluan, maka pertandingan pun dimulakan dan kami dilepaskan dengan bunyi hon. Terdapat 4 lokasi Check-point yang harus kami pergi dan 7 tugasan yanag perlu diselesaikan. Mujur la untuk pergi ke setiap check point tu kami dibawa naik bas. Fuh lega sebab tak payah berlari.. ehh. hihi. Berikut adalah tugasan yang perlu kami selesaikan.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Checkpoint 1 : Wisma DRB-Hicom, Glenmarie Shah Alam

Tugasan 1 - Square Footage Calculator

Tugasan pertama ni memerlukan kecekapan minda. Kami perlu mengira berapakah jumlah harga bagi kerja pembersihan mengikut keluasan lantai yang diberikan. Harga yang perlu dikira adalah berdasarkan RM0.25 bagi setiap kaki persegi. Ha, masing-masing kalut duk mengira. Mujur la masih awal pagi so sel-sel otak masih berhubung. Lepas masing-masing dapat jawapan, kami diberi tunjuk ajar menggunakan peralatan bagi kerja-kerja pembersihan lantai.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Tugasan 2 - Work & Safety and A Gardener's Life

Berlokasi di taman Wisma DRB-Hicom kami diberi tunjuk ajar mengenai cara-cara memakai memakai harness safety dengan betul. Di Alam Flora, semua pekerja perlu menggunakan peralatan keselamatan yang betul semasa membuat kerja. Ini penting demi menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam. Alam Flora juga turut menyediakan peralatan yang lengkap kepada pekerja seperti goggle, topi dan sarung tangan serta memberi latihan lengkap mengenai ciri-ciri keselamatan semasa bekerja.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Checkpoint 2 : River Of Life, Kuala Lumpur

Tugasan 3 - A Creative Campaign

Untuk checkpoint 2 ni kami dibawa ke River Of Life di Kuala Lumpur. Di sini kami perlu membuat kempen buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan dengan cara yang paling kreatif. Bukan tu sahaja, kempen yang kami buat haruslah berjaya menambat hati pihak Alam Flora selaku klien kami. Eh, alamak.. boleh ke ni?? Dah la sis ni tak kreatif orangnya. Ahaksss, korang tengok je la hasilnya.. hihi

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Tugasan 4 - Love Food Hate Waste & Say No to Straw

Fuh, sedar tak sedar dah masuk tengah hari dah. Perut pun dah berkeroncong dah. So, kami dibawa ke Boutiqe Cafe di Muzium Tekstil untuk menikmati hidangan makan tengah hari. Tapi bukan sekadar makan ye, di sini juga kami perlu selesaikan tugasan ke-4 iaitu Love Food Hate Waste. Kami disediakan makanan di dalam bekas makanan (lunch container) dan perlu habiskan makanan tersebut. Apa yang bagusnya adalah jika menggunakan bekas makanan ni, portion makanan cukup-cukup je untuk sekali makan dan yang penting bekas makanan boleh diguna semula. Ini dalam elakkan pembaziran dan sekaligus dapat mengurangkan sampah akibat pembuangan bekas makanan. Selain itu tiada penggunaan straw untuk menyahut kempen Say No to Straw.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Checkpoint 3 : Presint 9, Putrajaya

Tugasan 5 - Used Cooking Oil & 3R on Wheels

Dari Kuala Lumpur kami bergerak ke Putrajaya. Kami berhenti di Checkpoint seterusnya iaitu di Apartment Presint 9 Fasa 7. Tugasan kami di sini memerlukan kami untuk membantu suri rumah yang terpilih menggoreng karipap. Selepas menggoreng, kami perlu membantu mereka untuk menjual minyak masak terpakai di Alam Flora 3R on Wheels. Wah, baru sis tahu yang harga bagi minyak masak terpakai adalah RM1.10 sekilo. Serius la.. Dari buang dan menyumbatkan sinki baik jual kan. Dapat duit.. hehe

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Tugasan 6 - Alam Flora Buy Back Centre

Selesai menjual, kami beralih pula kepada Pusat Kitar Semula Komuniti, Presint 9. Ha, kat sini juga kami perlu menjual bahan-bahan kitar semula seperti kertas, plastik dan tin. Tapi tak semudah itu ye. Kami dibahagi di dalam beberapa kumpulan dan perlu mencari bahan kitar semula yang disorokkan di kawasan sekitar. Kemudian barulah bahan tersebut ditimbang dan diasingkan di dalam tong yang disediakan mengikut kategori masing-masing.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES


Checkpoint 4 : Integrated Recycling Facility (IRF)

Tugasan 7 - Integrated Recycling Facility (IRF)

Ok, ini merupakan tugasan kami yang terakhir. Kami dibawa melawat ke Integrated Recycling Facility (IRF). Pernah tak korang terfikir ke mana kah sampah yang dikutip di rumah di bawa pergi? Ha, jawapannya ke sini la. Di IRF sampah yang dikumpul diasingkan mengikut kategori dan dipek mengikut saiz yang ditetapkan. Kesemua sampah yang telah diasingkan ini akan dibeli oleh pihak vendor untuk dikitar semula.

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Setelah selesai melaksanakan ketujuh-tujuh tugasan, maka kami semua dibawa ke The Glass Suite Marina Putrajaya untuk majlis penutup dan penyampaian hadiah. Walaupun kelihatan semua peserta dah lesu dan kepenatan tetapi masing-masing kembali terpancar kegembiraan apabila nama pemenang diumumkan. Walaupun sis tak berjaya memenangi apa-apa hadiah tetapi sis tetap gembira apabila melihat rakan-rakan naik ke pentas mengambil hadiah. Biasa la kan adat pertandingan. Ada yang kalah ada yang menang. Apapun tahniah kepada semua pemenang. U guys deserve it !!

Cyber Eco Hunt 2019 : Jom Rawat Bumi Bersama Alam Flora Dan DHES

Buat para urusetia yang terlibat untuk menjayakan pertandingan Cyber Eco Hunt 2019 ni, tahniah juga sis ucapkan. Bagi sis pertandingan ni berjaya mencapai matlamatnya dan harus diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih Alam Flora Sdn Bhd dan DHES Sdn Bhd.. Jom kita rawat bumi supaya kehidupan kita lebih selesa di masa hadapan.



Post a Comment

1 Comments