Prego Sos Pasta Makaroni dan Keju Sedap Dan Mudah Disediakan | Assalamualaikum semua.. Seperti yang semua sedia maklum pasti korang tahu yang sis ni sejenis yang suka makan. Ye la, sape yang tak suka makan ye dakkk?? Asal ada makanan yang menarik je pasti sis akan kongsikan dengan semua pembaca. Tapi kali ni sis nak buat kelainan sedikit. Apa yang lain?? Ha, kali ni sis nak kongsikan mengenai menu hidangan barat yang sedap dan mudah untuk disediakan sendiri di rumah. Serius cakap menu ni sangat mudah dan korang tak perlu bergelar chef pun untuk menyediakannya.
Menu yang sis maksudkan adalah Pasta Makaroni Berkeju. Hidangan ini memang cukup ikonik dan terkenal sepanjang zaman sejak abad ke-13 di Itali. Kalau korang perasan banyak restoran-restoran makanan barat menawarkan hidangan ini di restoran mereka tetapi takkan hari-hari kita nak makan kat restoran kan. Kan lebih baik kalau kita masak sendiri di rumah terutama para ibu. Pastinya hidangan yang disediakan akan menambat selera anak-anak dan juga suami di rumah. Lain la macam sis ni, sendiri masak sendiri makan.. ehhh... hehe.
Bila sebut je pasal masakan barat pasti ramai yang mengambil jalan mudah untuk makan di restoran sahaja kerana alasannya kalau nak hasilkan menu hidangan barat ni memerlukan bahan yan banyak dan bukan bahan yang kebiasaannya ada di dapur kita. Maknanya banyak bahan nak kena beli sebelum memasak. Tapi untuk menyediakan menu Pasta Makaroni Berkeju ni tak perlu susah-susah cari bahan ye. Hanya gunakan sahaja Prego Sos Pasta Makaroni & Keju. Ini adalah produk terbaru dari Prego tau.
"Pengenalan Prego Sos Pasta Makaroni & Keju baharu ini menandakan permulaan perjalanan kulinari mereka, kerana kini mereka boleh masak hidangan yang mengenyangkan dalam tempoh masa yang singkat. Mereka boleh menikmati hidangan yang enak dan dan menyelerakan dengan selesa di rumah. Tak perlu jadi chef terkenal pun untuk masak!"May Lim, Pengarah Urusan Campbell South East Asia Sdn Bhd
Ya, sis setuju sangat dengan kenyataan di atas. Sis sendiri pun dah mencuba Prego Sos Pasta Makaroni & Keju. Ye la, balik rumah penat-penat mana mampu nak masak yang susah-susah kan tapi tekak ni nak makan yang sedap aje. Jadi tu sebab sis mencuba untuk masak makaroni berkeju menggunakan sos pasta dari Prego ni. Ternyata mudah sangat nak masak tau. Bahan yang diperlukan pun simple je. Nah sis kongsikan resepi Pasta Makaroni Berkeju menggunakan Prego Sos Pasta Makaroni & Keju ni :
2 sudu besar minyak zaiton
4 batang sosej dipotong bulat
1/2 labu bawang holand dipotong dadu
10 biji cendawan butang dipotong kecil
150 gram Prego Makaroni
1 tin Prego Sos Pasta Makaroni & Keju
(kalau yang suka sayur boleh letak brokoli)
Cara masak :
1. Rebus prego makaroni sehingga kembang kemudian toskan
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali
3. Tumis bawang sehingga naik bau
4. Masukkan sosej dan cendawan. tumiskan sebentar hingga keperangan
5. Buka tin Prego sos pasta makaroni & keju dan tuangkan ke dalam kuali dan renehkan sebentar
6. Masukkan makaroni yang telah ditos dan kacau hingga sebati
7. Siap dan sedia dihidangkan
Ha senang tak?? Tak sampai 10 minit pun dah siap dah. Bahan yang digunakan pun simple je kan. Kalau korang perasan sis tak bubuh bahan perasa atau garam pun sebab memang dah sedap dah. Tapi kalau korang rasa kurang masin boleh la bubuh garam sikit. Yang pasti sis suka sangat tekstur prego sos pasta makaroni & keju ni. Cukup pekat dan berkrim. Sape yang suka makan trend menu sekarang yang bubuh cheese yang meleleh-leleh tu boleh la guna Prego ni. Memang super meleleh la.
Terima kasih la Prego kerana membuat produk yang cukup memudahkan terutama untuk orang-orang macam sis yang sentiasa sibuk dan tak ada masa nak masak. Ini la peluang untuk kami merasai hidangan citarasa barat tetapi dapat disediakan dalam masa yang singkat malah boleh dinikmati bila-bila masa. Kalau korang nak tau Prego adalah jenama yang khusus dalam penghasilan sos pasta oleh Campbell Malaysia yang merupakan syarikat makanan multinasional terkemuka. Ianya terkenal denga penghasilan sos pasta prego yang diperbuat daripada tomato ceri anggur yang segar dan mempunyai pelbagai rasa untuk memenuhi selera. Kini dengan adanya produk terbaru Prego kita dapat merasai keenakan pasta makaroni keju dengan mudah pada bila-bila masa.. yeayyy
Resepi Pasta Makaroni Keju

Untuk pembelian Prego Mac & Cheese : https://cutt.ly/PregoMacCheese
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
16 Comments
Sedapnya Prego...Anak dara akak suka sangat dengan sos preg dan memang selalu jadikan stock kat rumah..kalau akak kerja kat KL memang sediakan stok untuk dia senang masak sendiri..nasib baik dia dah pandai masak pasta prego..
ReplyDeleteterima kasih sis sebab berkongsi resepi nie. kita suka macaroni tp x gheti nak masak. nanti kita cuba ikut respi nie. nampak sedap betul. creamy gitu !
ReplyDeletesedapnya!! tak cuba lagi prego baru ni. ada prego mac n cheese ni senang la keje. kalau nk ikut buat resepi mac n cheese banyak kerja. hahah.
ReplyDeleteEh new packaging ke? Dulu ingat mcm warna kuning gitu? Kita mmg stok prego ni sbb datang mcm tak larat nak masak baru lah kita nak western masak pasta. Selera makan panas2~
ReplyDeletesedapnya ! mek tak pernah masak pasta. kalau ini caranya rasanya mek boleh buat ni. boleh bagi suami dan anak anak cuba makan.
ReplyDeletePrego mmg salah satu jenama favorite mesti ad kat rumah. Yerlah kalau lapar ke senang nak masak. Tapi x permah Cuba lagi Yang cheese punya. Nampak sedap & menarik je.
ReplyDeleteSenang kan. Just main campak-campak je. Ini adalah menu wajib Rawlins sebab rumah bujang memang perlu ada Prego nie semua. Nak try yang cheese nie plak la
ReplyDeleteSenang ada prego mac and cheese ni. Anak2 memang suka mac n cheese
ReplyDeletei love cheese. one of my fav dish was mac and cheese. selalu dapat makan kat kenny rogers, kalau buat sendiri macam lain pulak. tapi bolehlah cuba sos prego ni kan
ReplyDeleteSos prego memang sedap sedap kan. Makan pulak dengan pasta dan spagetti. Memnag fabourite saya dan anak anak lah. Saya paling suka kalau carbonara.
ReplyDeleteYa Allah senangnya. Jimat masa. Sejak saya kerja kadang masak tu tak sempat. Unless saya masak banyak, simpan dalam peti. Haha. Tapi ada prego ni banyak sikit pilihan anak2.
ReplyDeleteSiap dengan resipi lagi tuh... Mesti cuba ni... Favourita de amour macaroni & cheese ni... Sekarang dah ada yang siap dalam tin ni, bertambah mudah la nak disediakan kannnn... Nanti saya akan Cuba resipi sis ni... Thanks ya...
ReplyDeleteSenang dan sedapkan. Anak2 akk mmg Makan menambah prego ni sbb fav dowang hehehe
ReplyDeleteAlaa wak prego mmg sedapp laa x diangkal lg hahaha sy pun mmg pengguna prego dr dlu lg!! Tp sy x suka version yg cream laa hehe always tomato puree laa
ReplyDeleteWah. Macaroni cheese. My favorite ni. Sedap pulak tgk sis post gambar macaroni cheese ni. Terus rasa nk beli n masak. Mesti muak kn mkn cheese.nk rasa sekali sekala ok la
ReplyDeleteMemang senang sangat ni cara penyediaan makaroni cheese. Tinggal nak siapkan bahan-bahan je. Tu pun simple2. Saya pun kalau dah nak senang, masak ni je. Sangat mudah, cepat dan menyelerakan kalau sekali sekala :-)
ReplyDelete