Promosi RM1 Untuk Bento Dan Onigiri Di myNEWS | Assalamualaikum semua.. Wow, macam tak percaya je kan ada Bento dan Onigiri yang dijual dengan harga RM1. Biar betul, murah giler weiii. Kebetulan pulak sis memang sejenis suka lepak dan makan di myNEWS cawangan Mid Valley. Tu yang sis boleh nampak promosi mereka ni. So, benda baik macam ni mana boleh simpan sorang kan, harus la sis kongsikan dengan semua pembaca blog sis juga. Konsep sis adalah sharing is caring gichuuuu..
Rasanya semua tahukan apa itu Bento dan Onigiri ni. Ia adalah menu makanan jepun yang sedap dan mudah dimakan. Bento merupakan makanan bekal yang terdiri dari menu berat (nasi/spaghetti) di dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain manakala Onigiri pula adalah makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat dan diletakkan inti sehingga berbentuk segi tiga dan dibalut dengan seaweed.
Apa yang menariknya di myNEWS Bento dan Onigiri ni disediakan segar setiap hari. Sis selalu singgah di myNEWS semata-mata nak beli Bento dan Onigiri ni sebab sedap. Lagipun senang nak makan sebab ia dah dipek dan sedia dimakan bila-bila masa (ready to eat). Rasanya pun sedap tau dan mengenyangkan. So, sangat sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dan tak sempat nak masak atau pergi makan di restoran.
Selain dari Bento dan Onigiri, sis juga suka beli pelbagai jenis roti dan pastry Maru Bakes yang dijual di myNEWS. Ada banyak pilihan tau. Sis sendiri rambang mata nak pilih. Semuanya disediakan segar dan dipek berasingan agar lebih bersih dan mudah untuk pelanggan membelinya. Sape yang on diet dan tak nak makan berat boleh pilih untuk makan Maru Bakes. Pekena pulak dengan kopi, perghhh.. enakkkk..
Oh ya, berbalik kepada promosi RM1 untuk bento dan onigiri di myNEWS, memang berbaloi tau. Tapi biasa la, setiap promosi mesti tertakluk kepada terma dan syarat kan. Promosi ini hanya berlangsung pada bulan September sahaja dan hanya boleh dibeli pada hari tertentu sahaja. Untuk Bento ia hanya boleh dibeli dengan harga RM1 pada hari Selasa manakala Onigiri pula hanya boleh dibeli dengan harga RM1 pada hari Khamis. Itu pun bergantung kepada stok ye. So, siapa cepat dia dapat. Memang rezeki la sape dapat tu kan. Jimat... Tapi kalau tak sempat beli, jangan kecewa. Cuba lagi minggu hadapan.
Senarai Bento : Spaghetti Spicy Berlado (myNEWS signature), Jumbo Chicken Cutlet, Mapo Tauhu Bento, Salmon Salsa Bento dan Curry Laksa
Senarai Onigiri : Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese, Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken, Onigiri Teriyaki Salmon, Onigiri Tuna Mayo dan Onigiri Tobiko Kani Mayo
Oh ya, walaupun kawasan korang mempunyai outlet myNEWS tetapi promosi ini hanya tertakluk kepada beberapa outlet yang terpilih sahaja. Nanti ada pula yang kecewa bila pergi ke myNEWS berhampiran tetapi tiada promosi RM1. Seeloknya korang check dulu outlet mana yang membuat promosi ini. Korang boleh check di laman facebook myNEWS ye.
So, kat sini sis ringkaskan bagaimana korang boleh membeli Bento dan Onigiri untuk Promosi RM1 di myNEWS :
✔ Bento hanya dijual RM1 pada hari Selasa (hari lain dijual pada harga biasa)
✔ Onigiri hanya dijual RM1 pada hari Khamis (hari lain dijual pada harga biasa)
✔ Tertakluk kepada stok, siapa cepat dia dapat
✔ Eksklusif kepada pengguna aplikasi myNEWS sahaja
✔ Terhad kepada 2 item untuk setiap pembelian
✔ Terhad kepada 2 item untuk setiap pembelian
✔ Promosi hanya terdapat di cawangan tertentu sahaja (sila check dahulu di facebook myNEWS)
✔ Promosi ini hanya untuk bulan September 2019 sahaja
Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link di bawah ye :
Senarai lokasi myNEWS
Bento Tuesday : Facebook - Bento
Onigiri Thursday : Facebook - Onigiri
Facebook :
Instagram :
2 Comments
must try all of this... yummy!!
ReplyDeleteyupp.. murah plak tu
Delete