Ayam Brand™ Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Ayam Brand™ Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak | Assalamualaikum semua..Seperti yang kita sedia maklum memang negara kita ni kaya dengan makanan. Dah la tu, kebanyakan makanan menggunakan santan pulak tu. So, memang tak boleh nak lari la dari makan makanan bersantan kan. Tambah pulak kalau ada masak lemak cili api ke atau kari. perghh.. memang favourite sis tu. Tapi tu la.. tiap kali makan, tiap kali tu jugak rasa bersalah sebab takut gemuk. Sape yang ada perasaan sama macam sis?? haha, sepp skettt..

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Kini dah tak perlu rasa bersalah dah kalau nak makan makanan bersantan ni sebab Ayam Brand™  dah keluarkan Santan Super Light. Eh, super light tu bukan maksudnya ringan ye. Maksudnya adalah kurang lemak. Ya, Santan Super Light ni 75% kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Santan ialah satu bahan utama dalam hidangan rakyat Malaysia dan mereka sangat sukakan makanan yang enak. Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand™ Santan Super Light yang mengandungi 75% kurang lemak berbanding santan segar, sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama, tanpa kolesterol,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Ha, baguskan. Dengan adanya Ayam Brand™ Santan Super Light ni dapat membantu kita memasak resepi tradisional dengan lebih sihat dan bebas kolestrol. Ya, Rupanya santan ni sebenarnya bebas kolestrol. Sis pun baru je tahu. Tu pun sebab masa pelancaran Ayam Brand™ Santan Super Light, pakar nutrisi, Shermin Low dari MyKenZen, sebuah syarikat perunding nutrisi berkongsi ilmu dan membetulkan stigma masyarakat terhadap hubungan di antara lemak kelapa dan kesihatan.

Lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs). MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus,” kata Low.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Menurut beliau lagi manfaat lain santan adalah ia bebas kolesterol, tinggi dengan serat, mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti besi, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus. Ia juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan. Beliau juga menyarankan bahawa memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana adalah kunci dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya, pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Fuhh.. rasa lega bila dengar penerangan dari pakar nutrisi mengenai santan ni. Risau juga dah tua-tua ni nak makan makanan bersantan ni. Dah la badan memang dah berisi, takut kolestrol pun tinggi kan. Bahaya tu, dapat mengancam nyawa tau. Tambah pulak sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada. Seram weii.. So, sebagai langkah pencegahan, kita harus menjaga pemakanan. kan kan..

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Masa Pelancaran tu juga turut diadakan demonstrasi masakan menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light oleh Chef Syafiq Othman yang merupakan pensyarah kulinari dan juga pengkaji makanan. Chef Syafiq memilih untuk menghasilkan hidangan warisan antaranya Gulai Mackerel, Bingka Labu, Lawa Terung, serta makanan yang menjadi trend zaman sekarang seperti Matcha Santan Boba Tea dan Seafood Laksa Spaghetti. Semua resepi ini boleh dimasak kurang daripada 30 minit menggunakan bahan yang senang didapati serta peralatan dapur asas seperti dapur gas dan pengisar.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Bila dah siap, Chef Syafiq memberikan kepada semua tetamu untuk merasai hasil masakan beliau. Ternyata walaupun menggunakan Ayam Brand™ Santan Super Light tetapi masakan yang dihasilkan tetap mempunyai aroma dan rasa yang sama. Cuma yang beza kalau biasa kita makan kari rasa pekat macam melekat kat tekak kan tapi kari yang dihasilkan oleh Chef Syafiq lebih ringan tapi masih sedap. Sama juga dengan Matcha Santan Boba Tea, rasa halus je tesktur airnya walaupun dicampur Ayam Brand™ Santan Super Light.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Ni yang buat sis rasa nak bertukar kepada Ayam Brand™ Santan Super Light ni. Tengok Chef Syafiq masak mudah je. Tak perlu nak kukur kelapa semata-mata nak dapatkan santan. Lagipun Ayam Brand™ Santan Super Light ni didatangkan dalam kotak Tetra Pak 330ml yang lebih bersih dan mudah dibuka. Hanya perlu pusingkan penutup dan tuang, tidak perlu gunting atau koyak. Selepas guna jika ada lebih boleh tutup semula dan masukkan ke dalam peti sejuk tetapi harus dihabiskan dalam tempoh tiga hari selepas dibuka.

Ayam Brand™  Perkenal Santan Super Light 75% Kurang Lemak

Dari segi harga pun tak mahal. Harga runcit sepeket Ayam Brand™ Santan Super Light (330ml) adalah RM3.10 dan kini ia boleh didapati pada harga promosi RM2.95 sepeket di cawangan pasaraya Giant sehingga 31 Oktober 2019. Rangkaian lengkap produk Ayam Brand™ yang sihat dan mudah boleh didapati di pasaraya di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut sila rujuk :

www.ayambrand.com.my

Post a Comment

0 Comments