NCIG (M) Umum Bakal Menghentikan Operasi Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Sebak... Itu perasaan yang sis alami bila mendengar pengumuman yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif syrikat NCIG (M) Sdn Bhd iaitu En Shariffuddin Bujang atau lebih dikenali sebagai Pak Din. Beliau memaklumkan mengenai penghentian operasi NCIG di Malaysia selepas pelancaran produk-produk terbaru NCIG iaitu NCIG2 Total Solution di NSummit2 baru-baru ini yang bertempat di MIECC Seri Kembangan Selangor.
Satu dewan terdiam tau. Semua macam tak percaya tapi akhirnya memberi tepukan penghormatan kepada Pak Din untuk meneruskan bicara. Ye, sis faham ini bukan satu keputusan yang mudah. Sis sendiri pernah alami situasi begini di mana syarikat tempat sis bekerja menghentikan operasi. Masa tu terus rasa berdegup kencang jantung. Ye la, bayangkan dah 13 tahun sis bekerja kat situ. Lama kan. Jadi memang berat nak terima hakikat yang company tutup.
Oh ya, mungkin ada yang tak tahu apakah perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini. Untuk pengetahuan korang, NCIG adalah syarikat berasaskan teknologi dari Malaysia yang merekabentuk, mengeluarkan dan mengedarkan alat yang berkesan untuk membantu perok0k dalam menghentikan ketagihan terhadap rok0k. Ini adalah sebahagian daripada misi NCIG untuk meningkatkan kualiti hidup perok0k dan keluarga mereka dengan menghentikan ketagihan mereka selama-lamanya.
Ha, yang orang duk sebut vape tu la dia. Sebelum ni sis prejudis juga terhadap pengguna vape ni tapi lepas mendengar penerangan mengenai vape semasa di NSummit2 yang diadakan di Mines International Exhibition & Convention Centre, baru la sis faham kegunaan vape ni. Semasa di NSummit2 yang dihadiri seramai 5000 orang, perbincangan bersama pakar antarabangsa terkemuka diadakan bagi membincangkan mengenai "Vaping dari Perspektif Global". Forum ini menampilkan 3 orang panel iaitu Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh (Malaysia), Dr Arifandi Sanjaya (Indonesia) dan Dr Konstantinos Poulas (University of Patras di Greece).
Apabila sudah mengetahui mengenai fungsi vape yang sebenar, jadi kenapa perlu hentikan operasi di Malaysia. Ya, ramai juga yang bertanya kepada sis kenapa mereka hentikan operasi. Menurut Pak Din keputusan yang dibuat ni bukannya mudah sebaliknya ia memnberi impak kepada beratus pekerja NCIG di Malaysia. Mereka terpaksa menghentikan operasi di Malaysia selagi Malaysia tidak memperkenalkan regulasi terhadap kandungan nik0tin dalam rok0k elektronik. Jadi ia merupakan halangan untuk mereka meneruskan operasi bagi memenuhi misi utama untuk membantu 8 juta perok0k di Malaysia untuk berhenti merok0k.
Tapi pelik kan, baru lancarkan produk tapi dah umum tutup operasi. Sebenarnya NCIG akan memasarkan variasi produk sifar nik0tin daripada NCIG2 Total Solution untuk pasaran tempatan sebelum penarikan operasi di Malaysia. Selepas itu mereka akan mengutamakan pelaburan mereka di pasaran luar negara di mana regulasi bagi produk rok0k elektronik bernik0tin telah diluluskan terutama di United Kingdom dan juga Indonesia.
Disebabkan tiadanya regulasi mengenai penjualan rok0k elektronik bernik0tin maka NCIG hanya boleh memasarkan produk rok0k elektronik sifar nik0tin di Malaysia. Ia akan digunakan sebagai fasa terakhir dalam rawatan ketagihan merok0k. Namun apa yang merisaukan bila penjualan rok0k elektronik sifar nik0tin ini di pasaran, secara tak langsung ia menggalakkan lagi orang awam terutama bukan perok0k untuk mula menggunakan vape. Haishh, tak pasal-pasal pulak kan..
Tapi sayang kan sebab industri vape ni sebenarnya banyak membantu industri tempatan. Mana taknya, cecair rok0k eletronik buatan Malaysia dianggap premium di pasaran antarabangsa kerana mengandungi Glycerin Sayuran (VG) berkualiti tinggi yang diperolehi daripada minyak sawit tempatan. Dianggarkan lebih 50,000 tan Glycerin Sayuran digunakan setiap tahun oleh pengusaha vape tempatan. Ini juga salah satu rahsia kejayaan jenama Malaysia di mata dunia dan menjadikan NCIG pengeluar cecair rok0k elektronik kedua terbesar di dunia selepas USA.
Bayangkan, dengan menghentikan operasi NCIG di Malaysia bukan sekadar mengakibatkan para pekerja kehilangan kerja malah turut menjejaskan industri yang terlibat secara langsung atau tidak. Tapi apapun selagi tiada kelulusan regulasi, tiada apa yang boleh dilakukan. Semoga mereka yang terlibat dapat menerima berita ini dengan tabah.
16 Comments
Susah nak jawab mengenai isu vape ini. Ada baik ada buruknya.
ReplyDeletenak berhentikan operasi di Malaysia ke? mesti ramai pengguna mereka sedih kan. dah syok-syok tetiba nak tutup plak kat Malaysia ni. huhu
ReplyDeleteBertabahlah seluruh warga NCIG..memang besar dugaan mereka sekarang ni kan..tp tu la tengok ramai buat flavor sekarang..mmg boleh buat duit kan..
ReplyDeleteBerita yang sedih, cumanya buat para pekerja yang akan kehilangan pekerjaan. Semoga allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Amin
ReplyDeleteSedihkan? Serious sedih bila Pak Din umumkan nak tutup kat Malaysia, i sedih sebab mengenangkan nasib pekerja sebenarnya
ReplyDeleteOh ye ke. Ala susah juga kalau bisnes yang sepatotnya boleh berkembang tapi gagal disebabkan masalah2 macam ni. Haruslah sedih kan. Zaman sekarang nak cari kerja susah yer. Sepatut sis kena dapatkan ni kan? Hehe.
ReplyDeleteNCIG ni mula kita tak tahu apa di bila baca kat sini rupanya vape hehehe tapi bagus usaha dan niat untuk menggalakkan perokok tegar agar dapat mengurangkan hisap rokok moga terus mendapat perhatian...
ReplyDeleteterkejut juga bila tengah syok umum tentang produk baru, tup2 umumkan pasal pemberhentian operasi. terdiam satu dewan. semoga regulasi di Malaysia dapat dibuat.
ReplyDeleteAM baru tahu rupanya vape nie adalah satu proses bg menghentikan ketagihan perokok tegar.. Satu usaha yg bagus but Why stop?? Kenapa pasaran luar lebih memerlukan produk tempatan sedangkan produk tempatan dimansuhkan di negara sendiri.. Hope ada langkah penyelesaian bg isu ini
ReplyDeleteMemang g sedihkan bila syarikat akan menghentikan operasi. Nak nak pekerja syarikat tersebut. Lagi bertambah sedih. Apa yang dikatakan tu betul selagi Malaysia tidak mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperkenalkan regulasi pada kandungan nikotin dlm rokok elektronik selagi tu payah untuk memperluaskan pasaran vape ni
ReplyDeleteGood story. Thank you for sharing this post. Have a good day and take care ok.
ReplyDeletesedihnya dihentikan di malaysia.
ReplyDeleteHehe gimik je ni dari pak din. Nama tgh naik , tiba2 nak stop. Alasan tunggu malaysia regulation dibetulkan. InsyaAllah pak din akan teruskan seperti biasa bisnes dia. Dont worry
ReplyDeleteKesiannya staff company ni. Semoga tabah dengan apa yang berlaku. Malaysia memang byk regulation nak kena follow. Bertabah la
ReplyDeleteada baca juga tentang ni. bagi mek ada pro and cons. kalau ikutkan mek, dengan tembakau sekali mek nak suh hentikan operasi. duk hentikan vape je kenapa. tembakau tu lebih bahaya.
ReplyDeleteNad ni memang tak suka la orang hisuap rokok mahupun vape..tak tahan denagna sap dia..mungkin di atutup sebab fikir terbaik..
ReplyDelete