Pusat Kesuburan SOPHEA Menawarkan Perkhidmatan Mesra Muslim | Assalamualaikum semua.. Bagi setiap pasangan yang dah berkahwin pasti inginkan anak kan. Tapi tak semua pasangan gembira dan terus mendapat cahaya mata. Ada yang sampai dah kahwin bertahun-tahun tapi masih belum ada rezeki. Kadang tu sampai ada yang bercerai berai hanya kerana belum menimang cahaya mata. Allahu, jangan la sampai macam tu. Ya, mungkin ada yang menyalahkan sebelah pihak dan mungkin ada juga yang kata belum ada rezeki tetapi sebagai manusia kita tak boleh terus mengalah begitu sahaja kerana setiap kemahuan pasti ada jalannya.
Zaman sekarang ni dah ada banyak kaedah boleh dicuba namun apa yang penting adalah jangan putus asa untuk berusaha dan jangan malu untuk berjumpa pakar bagi mendapatkan rawatan kesuburan. Sebenarnya ada banyak pusat rawatan di seluruh dunia yang menyediakan rawatan kesuburan bagi setiap pasangan yang ingin mendapat anak. Tapi masih ramai yang malu malah ada yang ego untuk mendapatkan rawatan. Tidak kurang juga ada yang kurang yakin dengan rawatan kesuburan ni dan bimbang ia menyalahi syariat Islam.
Jadi atas inisiatif untuk membantu dan memberi keyakinan kepada pasangan yang ingin memperolehi anak terutama yang beragama Islam, Pusat Kesuburan SOPHEA ditubuhkan dan dirasmikan pada 1 November 2019 bagi menawarkan rawatan kesuburan dengan kaedah yang patuh syariah dan hospitaliti yang mesra muslim. Alhamdulillah, sis juga berkesempatan untuk menghadiri majlis perasmian Sophea dan melihat dengan mata sendiri segala kemudahan dan juga perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Kesuburan Sophea yang terletak di Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Bagi yang belum tahu, Pusat Kesuburan Sophea adalah sebuah pusat rawatan kesuburan yang menawarkan pakej pemeriksaan dan rawatan kesuburan yang lengkap berlandaskan prinsip dan rukun islam agar pasangan dapat menjalani rawatan dengan tenang dan selesa. Menggunakan tagline "Melangkah Suci Menuju Impian", Sophea menyediakan perkhidmatan :
✔ Ujian-Ujian Pemantauan
✔ Rawatan Kesuburan :
🔰 In-Vitro Fertilisation (IVF)
🔰 Intra-Uterine Injection (IUI)
🔰 Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
✔ Saringan Genetik Perimplantasi
Apa yang menarik perhatian sis, doktor dan jururawat di Sophea ni semuanya perempuan. Jadi para isteri tak perlu rasa malu dan suami juga tak perlu khuatir. Kalau pergi ke tempat lain kemungkinan doktor lelaki yang akan merawat. So, faham-faham je la kalau orang lelaki yang check bahagian bawah kita. Segan weiii..
Pada hari perasmian tersebut kami sangat bertuah kerana dapat berjumpa sendiri dengan Doktor Norazlin Rosli iaitu Pengarah Perubatan di Sophea. Apa lagi, macam-macam la soalan yang diberikan kepada Dr Noazlin terutama dari segi prosedur dan juga kaedah yang digunakan di sini. Menurut Dr Norazlin setiap pasangan yang datang ke sini akan membuat pemeriksaan awal dan diberi khidmat nasihat terlebih dahulu. Maknanya doktor akan memeriksa tahap kesihatan setiap pasangan bagi memastikan apa masalah yang dihadapi dan diberi tempoh untuk pasangan ini hamil secara semulajadi dengan bantuan ubat dari doktor.
Jika masih belum berjaya, barulah pasangan ini disarankan untuk membuat rawatan kesuburan. Sebenarnya ada banyak faktor seseorang tu sukar mengandung. Antaranya disebabkan masalah rahim, telur yang tidak besar, sperma yang tidak sihat dan macam-macam lagi. Semua ini akan dikaji dahulu barulah doktor akan memberikan rawatan kesuburan. Oh ya, sebelum buat rawatan kesuburan bagi isteri yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung ke kencing manis ke perlu la mendapat kebenaran dari doktor pakar untuk mengandung. Ini sangat penting bagi memastikan isteri tidak membahayakan kesihatannya dan juga menjejaskan kandungan.
Jika semuanya ok, doktor akan mengambil telur dari isteri dan juga sperm dari suami untuk melakukan proses persenyawaan. Jika berjaya, Alhamdulillah pasangan tersebut akan menimang cahaya mata. Tapi mesti ramai nak tahu kan berapa peratus proses ini akan berjaya. Jawapannya adalah 55%-70% bergantung pada kesihatan telur. Jadi nasihat Dr Norazlin bagi pasangan yang dah berkahwin melebihi setahun jika masih belum dapat anak cepat-cepat la berjumpa dengan doktor. Jangan tunggu sehingga umur dah lewat baru nak dapatkan rawatan. Ini kerana menurut Dr Norazlin kebanyakan pesakit yang datang melebihi umur 40 tahun. So, sape nak anak tu cepat-cepat la jumpa doktor ye.
Pada hari perasmian tempoh hari kami juga sangat bertuah kerana dapat melawat sekitar Pusat Kesuburan Sophea. Segala kemudahan dan peralatan yang digunakan adalah yang terbaik dan setanding dengan pusat kesuburan yang lain sama ada di dalam mahupun di luar negara. Jadi tak perlu la mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membuat rawatan di luar negara.
Ya, memang diakui rawatan kesuburan ni memang agak mahal tapi jika dibuat di dalam negara lebih mudah dan yang penting mengikut garis panduan agama Islam. Di Pusat Kesuburan Sophea segala prosedur dilakukan dengan telus. Tiada sebarang proses pendermaan telur atau sperma (sperm & egg donation) dilakukan di sini. Ini kerana dalam agama islam melarang sekali proses kehamilan dengan berlainan pasangan.
Antara kemudahan yang ada di Pusat Kesuburan Sophea adalah :
a. Consult Room - Bilik untuk pesakit mendapat khidmat nasihat
b. Theatre Room - Bilik untuk prosedur rawatan kesuburan
c. Men's Room - Bilik privacy untuk suami bagi pengeluaran sperma
d. Recovery Room - Bilik untuk isteri berehat selepas rawatan kesuburan
e. Lab Office - Bilik simpanan segala data dan fail mengenai pesakit
f. Lab - Bilik pemeriksaan dan penyimpanan telur dan sperma bagi proses persenyawaan
Selain dari kemudahan di atas, di sini juga disediakan surau, bilik air dan bilik mandi. Ini membolehkan pesakit yang beragama Islam untuk mandi hadas dan juga menunaikan solat. Bagus kan. Jadi pesakit yang beragama islam tak perlu khuatir. Pusat Kesuburan Sophea memang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mesra muslim.
Semoga perkongsian dari sis ini dapat membantu anda semua. Bak kata orang putih "Sharing is Caring". Jika ada yang berjaya mendapatkan anak setelah mendapat rawatan di Sophea, pastinya sis juga turut tumpang gembira. Tambahan pula sekarang ada promosi bagi mereka yang pertama kali ke sini untuk mendapatkan rawatan. Hanya perlu gunakan diskaun kod seperti dibawah :
Jadi saranan sis kepada pasangan yang masih belum mempunyai anak cepat-cepat la datang ke Pusat Kessuburan Sophea. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :
Bangunan Sophea di Jalan Gasing Petaling Jaya |

Dr Wong Pak Seng (Pengasas & Direktor Sunfert Group) bersama Dr Norazlin Rosli (Pengarah Perubatan) |
Bagi yang belum tahu, Pusat Kesuburan Sophea adalah sebuah pusat rawatan kesuburan yang menawarkan pakej pemeriksaan dan rawatan kesuburan yang lengkap berlandaskan prinsip dan rukun islam agar pasangan dapat menjalani rawatan dengan tenang dan selesa. Menggunakan tagline "Melangkah Suci Menuju Impian", Sophea menyediakan perkhidmatan :
✔ Ujian-Ujian Pemantauan
✔ Rawatan Kesuburan :
🔰 In-Vitro Fertilisation (IVF)
🔰 Intra-Uterine Injection (IUI)
🔰 Intra-Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI)
✔ Saringan Genetik Perimplantasi
Apa yang menarik perhatian sis, doktor dan jururawat di Sophea ni semuanya perempuan. Jadi para isteri tak perlu rasa malu dan suami juga tak perlu khuatir. Kalau pergi ke tempat lain kemungkinan doktor lelaki yang akan merawat. So, faham-faham je la kalau orang lelaki yang check bahagian bawah kita. Segan weiii..
Salah seorang Jururawat di Sophea |
Pada hari perasmian tersebut kami sangat bertuah kerana dapat berjumpa sendiri dengan Doktor Norazlin Rosli iaitu Pengarah Perubatan di Sophea. Apa lagi, macam-macam la soalan yang diberikan kepada Dr Noazlin terutama dari segi prosedur dan juga kaedah yang digunakan di sini. Menurut Dr Norazlin setiap pasangan yang datang ke sini akan membuat pemeriksaan awal dan diberi khidmat nasihat terlebih dahulu. Maknanya doktor akan memeriksa tahap kesihatan setiap pasangan bagi memastikan apa masalah yang dihadapi dan diberi tempoh untuk pasangan ini hamil secara semulajadi dengan bantuan ubat dari doktor.
Dr Norazlin memberi penerangan mengenai prosedur di Sophea |
Jika masih belum berjaya, barulah pasangan ini disarankan untuk membuat rawatan kesuburan. Sebenarnya ada banyak faktor seseorang tu sukar mengandung. Antaranya disebabkan masalah rahim, telur yang tidak besar, sperma yang tidak sihat dan macam-macam lagi. Semua ini akan dikaji dahulu barulah doktor akan memberikan rawatan kesuburan. Oh ya, sebelum buat rawatan kesuburan bagi isteri yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung ke kencing manis ke perlu la mendapat kebenaran dari doktor pakar untuk mengandung. Ini sangat penting bagi memastikan isteri tidak membahayakan kesihatannya dan juga menjejaskan kandungan.
Jika semuanya ok, doktor akan mengambil telur dari isteri dan juga sperm dari suami untuk melakukan proses persenyawaan. Jika berjaya, Alhamdulillah pasangan tersebut akan menimang cahaya mata. Tapi mesti ramai nak tahu kan berapa peratus proses ini akan berjaya. Jawapannya adalah 55%-70% bergantung pada kesihatan telur. Jadi nasihat Dr Norazlin bagi pasangan yang dah berkahwin melebihi setahun jika masih belum dapat anak cepat-cepat la berjumpa dengan doktor. Jangan tunggu sehingga umur dah lewat baru nak dapatkan rawatan. Ini kerana menurut Dr Norazlin kebanyakan pesakit yang datang melebihi umur 40 tahun. So, sape nak anak tu cepat-cepat la jumpa doktor ye.
Perkongsian mengenai kaedah rawatan kesuburan di Sophea |
Pada hari perasmian tempoh hari kami juga sangat bertuah kerana dapat melawat sekitar Pusat Kesuburan Sophea. Segala kemudahan dan peralatan yang digunakan adalah yang terbaik dan setanding dengan pusat kesuburan yang lain sama ada di dalam mahupun di luar negara. Jadi tak perlu la mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membuat rawatan di luar negara.
Perasmian Bangunan Pusat Kesuburan Sophea |
Ya, memang diakui rawatan kesuburan ni memang agak mahal tapi jika dibuat di dalam negara lebih mudah dan yang penting mengikut garis panduan agama Islam. Di Pusat Kesuburan Sophea segala prosedur dilakukan dengan telus. Tiada sebarang proses pendermaan telur atau sperma (sperm & egg donation) dilakukan di sini. Ini kerana dalam agama islam melarang sekali proses kehamilan dengan berlainan pasangan.
Antara kemudahan yang ada di Pusat Kesuburan Sophea adalah :
a. Consult Room - Bilik untuk pesakit mendapat khidmat nasihat
b. Theatre Room - Bilik untuk prosedur rawatan kesuburan
c. Men's Room - Bilik privacy untuk suami bagi pengeluaran sperma
d. Recovery Room - Bilik untuk isteri berehat selepas rawatan kesuburan
e. Lab Office - Bilik simpanan segala data dan fail mengenai pesakit
f. Lab - Bilik pemeriksaan dan penyimpanan telur dan sperma bagi proses persenyawaan
Antara kemudahan yang disediakan di Sophea |
Selain dari kemudahan di atas, di sini juga disediakan surau, bilik air dan bilik mandi. Ini membolehkan pesakit yang beragama Islam untuk mandi hadas dan juga menunaikan solat. Bagus kan. Jadi pesakit yang beragama islam tak perlu khuatir. Pusat Kesuburan Sophea memang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mesra muslim.
Surau juga ada disediakan |
Ruang solat yang selesa |
Semoga perkongsian dari sis ini dapat membantu anda semua. Bak kata orang putih "Sharing is Caring". Jika ada yang berjaya mendapatkan anak setelah mendapat rawatan di Sophea, pastinya sis juga turut tumpang gembira. Tambahan pula sekarang ada promosi bagi mereka yang pertama kali ke sini untuk mendapatkan rawatan. Hanya perlu gunakan diskaun kod seperti dibawah :
Discount Code : SPH01NOV
Expiry : 31 Dec 2019
* 10% discount on all packages (new cycle and IVF) at Sophea
* Not available for current patients
Bergambar bersama Dr Norazlin Rosli |
Jadi saranan sis kepada pasangan yang masih belum mempunyai anak cepat-cepat la datang ke Pusat Kessuburan Sophea. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :
Website :
Alamat :
Pusat Kesuburan SOPHEA
106 Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel :
Careline: +6016 739 5006
Tel: +603 7622 8622
Email :
info@sopheafertility.com
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat: 7:30am – 5:00pm
Sabtu: 7.30am – 1.00pm
Ahad & Cuti Umum : Tutup
14 Comments
alhamdullilah ada tempat tempat macam ni, pasangan suami isteri yang dah lama berkahwin boleh mencuba. sekarang ni pelbagai rawatan yang ada. semua canggih canggih. kita mampu beruasaha!
ReplyDeleteMEMANg bagus sgt bila ada pusat rawatan kesuburan yg berlandaskan syariah ni kan? Rawatan pun lebih telus
ReplyDeletelecturer saya yg involve dgn kesuburan ni pun pernah bgitau mahalnya buat IVF ni. tapi sapa yg buat IVF ni ada chance utk dpt kembar.
ReplyDeleteprosedur mcm ni memang agak mahal. pasangan yg susah nk dapat cahaya mata ni mesti cuba. Tak perlu nak ada rasa malu tp kebanyakkan memang ada rasa mcm tu. Teknologi semakin canggih insyaallah usaha dan tawakkal, cari ikhtiar
ReplyDeletenampak cozy betul semua kemudahan yang disediakan dah lah mesra muslim
ReplyDeleteAlhamdulillah.... Bagusnya ada pusat sebegini. Moga ianya akan memberi kesan positif buat yang memerlukan. Sekurangnya usaha tambahan buat bakal ibubapa. Dan setiap usaha pasti ada ganjarannya dari Allah. InsyaAllah...
ReplyDeleteTerbaiklah. Bolehlah lepas ni mereka yg belum mempunyai zuriat untuk dtg dn berusaha di sini pula.
ReplyDeleteBagi mereka yang memang ingin cuba mendaptkan anak sendiri, sgt direkomenkan tempat ini. Syariah compliance pastinya
ReplyDeletebagus sangat inisiatif ni. mek amat menyokong dan perlu diperbanyakkan lagi klinik sebegini. perempuan, tetap nak perempuan yang check (sebolehnya). banyak sudut kena fikir.
ReplyDeleteBagus ada Pusat Kesuburan Sophea ni.. dapat memberi ruang dan impian baru buat pasangan yang dah lama menantikan zuriat tetapi tidak tahu apa patut dilakukan
ReplyDeleteBagusnya ada pusat mesra muslim ni. Thanks for sharing
ReplyDeleteBagus ada tempat rawatan sebegini, membantu mereka yang masih belum berpeluang punyai anak. Sekurangnya ada tempat mereka untuk berusaha untuk mendapatkan anak dengan rawatan sebegini
ReplyDeleteNampak kepakarannya dan keselesaan tempat ni. Kepada pasangan yang nak mencari khidmat rawatan kesuburan, sesuailah datang ke sini. Tq share.
ReplyDeleteSemoga dapat membantu ramai pasangan yang memerlukan. Sekarang ramai pasangan yang ada masalah untuk mengandung.
ReplyDelete