Nikmati Rasa Pedas Black Volcano Pizza With Chilli Di Pizza Hut | Assalamualaikum semua.. Pernah rasa tak Black Volcano Pizza kat Pizza Hut?? Ok, jujur sis cakap sis belum lagi rasa tapi hati ni rasa membuak-buak je nak pergi rasa. Tapi belum ada kesempatan lagi nak pergi sebab kalau pergi sorang tak syiok la pulak kan. Alih-alih dapat tahu yang Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan dengan memperkenalkan Black Volcano Pizza bersama cili pula... Wow.. sis memang penggemar makanan yang pedas-pedas ni.
Sebelum ni Black Volcano Pizza telah dilancarkan pada Oktober lalu telah mendapat perhatian ramai kerana menampilkan konsep unik bersama limpahan lava berkeju, ketulan ayam rangup di atas kerak piza berwarna hitam. Tapi maklum la rakyat Malaysia ni kan suka makan pedas jadi atas sambutan yang memberangsangkan ini pihak Pizza Hut mengambil inisiatif untuk memperhebatkan lagi Black Volcano Pizza dengan menambah ramuan cili. Pastinya ini bakal memenuhi citarasa mereka yang menginginkan kelainan di meja makan.
Bagi sis ciptaan pizza ini membawakan elemen dramatik dengan rekaan seakan-akan gunung berapi yang meletus. Mana taknya, bila pelanggan menikmati pizza ni pasti akan merasai keterujaan apabila melihat 24 ketul kerak pizza berwarna hitam di mana dohnya dicampur dengan arang dan dipenuhi dengan lava keju. Setiap gigitan Black Volcano Pizza bersama cili pula dilengkapi dengan keenakan ketulan ayam rangup dan kepedasan cili. Basenya pula menggunakan doh yang dicampur dengan arang. Memang meletus-letus la di dalam mulut kan.
Lebih teruja apabila Pizza Hut melancarkan Black Volcano Pizza bersama cili ni, sis berpeluang untuk membuat topping pizza sendiri bersama dengan rakan sis iaitu Momi, lagi la happening kan. Ya, jarang sekali dapat peluang buat topping pizza sendiri macam ni. So, harus la sis manfaatkan. Kami buat topping yang paling sedap sekali. Bubuh cheese lebih dan cili sekali. Nahhh, ni la hasilnya. Tazzabar nak rasa air tangan sendiri.
Ternyata menikmati Black Volcano Pizza bersama cili ini lebih memberi kepuasan. Tambah pula jika makan bersama teman, keluarga ataupun rakan sepejabat ketika berkumpul ataupun apa-apa jua sambutan. Memang happening tau bila masing-masing menarik setiap kepingan pizza yang penuh dengan limpahan cheese. Bak kata Jean Ler, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia :
"Kami percaya bahawa jalinan yang erat bermula di meja makan.
Kami berharap pilihan terbaharu ini akan menghidupkan lagi suasana
hujung tahun dan memberikan anda pengalaman yang lebih ‘letup’ lagi!”
Jadi gaisss.. jangan ketinggalan untuk menikmati kehangatan rasa Black Volcano Pizza bersama Cili di Pizza Hut yang berhampiran kerana ia hanya boleh didapati untuk masa terhad sahaja sehingga 31 Disember 2019 nanti atau sementara stok masih ada, di kesemua restoran Pizza Hut dan khidmat penghantaran di seluruh negara. Raikan penghujung tahun dengan Black Volcano Pizza bersama Cili dengan harga RM44.50 à la carte. Pilihan kombo juga boleh didapati melalui khidmat penghantaran, bawa pulang atau makan di restoran.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.
1 Comments
So yummy
ReplyDelete