Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's | Assalamualaikum semua.. Rasa happy sangat sambutan hari jadi tahun ni. Terus rasa terharu yang amat sangat dan tak sangka ada kejutan yang sebesar ini. Mana taknya, gamat satu outlet Tony Roma's cawangan Nu Sentral menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi dekat sis dan juga rakan sis iaitu Rawlin. Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. jap nak nangis terharu jap... sob sob..

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Ha, curlasss tak sambutan hari jadi buat dekat Tony Roma's?? Seperti yang semua tahu, restoran Tony Roma's ni bukan la restoran bishe bishe tau. Kat sini ada menawarkan ribs yang paling sedap di abad ini. Ha... over tak?? di abad ini tau sis bagi. Tapi ni bukan sis syok sendiri bagi rating ye. Sebenarnya dekat U.S dah banyak kali dah Tony Roma's memenangi anugerah “Best Ribs” ni. Bagi sis pun tak pernah lagi jumpa mana-mana ribs kat restoran lain yang sedap macam kat Tony Roma's ni. Dia umpama baru lepas makan, balik rumah termimpi-mimpi lagi keenakannya. haa... gichhuuuu..

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Eh, mesti ramai yang nak tahu kan kalau celebrate birthday kat Tony Roma's ni apa je munu yang boleh diorder. Ok, meh sini sis nak kongsikan. Sempena cuti sekolah hujung tahun ni Tony Roma's menawarkan promosi menu Rib Rib Holiday. Jadi kalau korang nak celebrate birthday ke, Krismas ke atau apa-apa kejayaan boleh la datang ke Tony Roma's. Lagipun sis pasti menu kat Tony Roma's ni semua golongan boleh makan termasuk kanak-kanak. Pasti mereka semua akan berselera. Berikut menu yang ada untuk promosi Rib Rib Holiday di Tony Roma's :

Pembuka Selera (Appetizers)

Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) - Untuk penggemar tuna korang boleh pilih menu pembuka selera ini. Ia terdiri dari enam (6) keping roti Perancis berkerak dan diletakkan di atasnya dengan gabungan tuna dan parmesan cheese yang sedap.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Bruschetta Beef (RM35.00 nett) - Bagi yang suka daging pula boleh la pilih versi beef pula. Sama juga ia ada enam (6) keping roti Perancis berkerak dan di atasnya diletakkan dengan limpahan daging lembu bersama kacang ranch dan juga keju parmesan.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) - Menu ni korang kena cuba sebab rasa potato chips lebih terangkat bila dicicah dengan kuah kacang ranch yang dicampur dengan isi daging. Memang gabungan yang mantap.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Pilih pembuka selera yang paling korang gemari atau boleh je nak order semua sekali jika korang datang dalam kumpulan yang besar. Dah settle, korang boleh pilih pula untuk hidangan utama (main course) :

Riblet Party (RM185.00 nett) - Selalu kalau order ribs dapat 2 ketul je kan, ha kali ni kalau order riblet party siap dapat 6 ketul lagi. Timbunan ribs yang disusun secara bertingkat ini dipanggang sempurna dan dihidangkan dengan TR’s Original BBQ sauce. Selepas dihidangkan korang perlu menuang sos ke atas timbunan ribs tersebut. fuh.. memang menggoda. Harus diingat, korang kena nikmati keenakan ribs ini semasa panas tau..

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett) - Peminat kambing?? Jangan risau, promosi Rib Rib Holiday tidak mengetepikan penggemar daging kambing. Korang boleh je order menu ni di mana korang pasti akan teruja dengan kelembutan daging bahagian bahu kambing yang penuh dengan rasa dan dihidangkan bersama dengan brokoli yang segar.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Grilled Beef Steak (RM85.00 nett) - Bagi penggemar steak pula jangan kecewa. Korang boleh order 10oz NY strip steak yang dihidangkan bersama dengan Dark Grape sauce yang pastikan memberi rasa yang unik dan sedap. Ia juga turut dihidangkan bersama Fire-Roasted Vegetables.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett) - Teringin nak makan ayam golek tapi tak pandai nak masak sendiri?? la, tak payah susah susah la dek nonnn.. Meh je kat Tony Roma's ni pastu order BBQ Spring Chicken ni. Korang pasti suka dengan ayam golek yang dipanggang dengan sempurna dan jangan terkejut jika masa membelah ayam tu ada sesuatu di dalam perutnya.. Ya, perut ayam tu diisi dengan kentang yang kecil dang comel tapi rasa yang lamk dan lembut. Tambah enak bila dimakan dengan TR’s Original BBQ Sauce dan juga brokoli yang segar

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Tak lengkap kan jika makanan sahaja yang sedap, pasti semua nak minum minuman yang sedap juga kan. Terdapat empat jenis minuman tropika yang sedap seperti Peach Orange Colada (yang baru dan minuman ini untuk masa yang terhad sahaja), Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Keempat-empat minuman ini bagus, menyegarkan dan membuatkan kita bergembira semasa perayaan dan musim cuti. Setiap minuman buah-buahan yang berwarna-warni dijual pada harga RM20.79 nett.

Sambut Hari Jadi Dengan Menu Rib Rib Holiday Di Tony Roma's

Jadi kalau korang mencari lokasi untuk celebrate hari bahagia macam majlis hari jadi, meh la datang ke Tony Roma's. Pasti semua tetamu akan happy bila dapat menikmati keenakan Rib Rib Holiday ni. Promosi bermula dari 1 November 2019 hingga 1 Januari 2020. Ia boleh didapati setiap hari pada bila-bila masa termasuk hujung minggu dan cuti umum di semua cawangan Tony Roma di seluruh Malaysia.

Info lanjut rujuk www.tonyromas.com.my


Post a Comment

3 Comments

  1. Menarik betul nampak menu yang ditampilkan tu. Wah!! Meriah sungguh sambutan DikBee kali ni ye di Tony Roma's dengan kawan-kawan.. Happy Belated Birthday lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you leya.. memang best menu kat Tony Roma's ni... Terbaikkk

      Delete
  2. Klau birthday tu nak kena bgtau dulu ke sebelum dtg ?

    ReplyDelete