Vivo S1 Pro : Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia | Assalamualaikum semua.. Lately ni memang korang akan nampak sis post beberapa jenis telefon kan. Ya, sekarang memang sis sedang mencari telefon yang sesuai untuk kegunaan seharian. Tambahan pula sis memang suka muat naik gambar di media sosial, jadi pemilihan telefon yang sesuai adalah penting.
Baru-baru ini Vivo Malaysia telah melancarkan satu lagi model telefon yang sangat menarik perhatian sis. Jadi sis pun tak ketinggalan untuk menghadiri majlis pelancaran supaya dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai model telefon ini dan yang paling penting adalah harganya. Korang mesti nak tahu apakah model yang sis maksudkan, betul tak?
Ya, model yang sis maksudkan adalah Vivo S1 Pro yang dilancarkan pada 3 Disember 2019 yang lalu. Secara fizikalnya telefon Vivo S1 Pro ni sangat unik kerana memiliki kedudukan kamera yang berbeza dari telefon lain. Ia kelihatan seperti bentuk berlian (diamond). Ini kerana ia diinspirasikan dari barang perhiasan istana diraja bagi membuatkan rekaannya tampak segar dan unik.
Dah jadi kebiasaan kalau keluar saja model baru untuk telefon pasti ramai yang nak tahu spesifikasinya. Ha, sama juga dengan sis. Ok, berdasarkan apa yang sis dapat masa majlis pelancaran tempoh hari, ini yang sis dapat kongsikan. Semoga dapat jadi panduan kepada sesiapa yang nak beli telefon Vivo S1 Pro ni.
Spesifikasi Vivo S1 Pro
1) Kamera hadapan dan belakang
Vivo S1 Pro memiliki kamera hadapan yang didatangkan dengan 32MP (f/2.0) yang mampu menghasilkan gambar yang jelas dan terang. Selain itu kamera hadapan juga mempunyai fungsi AI Face Beauty yang dapat membantu menjadikan wajah lebih cantik dan flawless. Bagi kaki selfie memang sesuai sangat memiliki telefon Vivo S1 Pro ini kerana dah tak perlu ambil masa lama untuk editing.
Bagi kamera belakang pula Vivo S1 Pro mempunyai 48MP di mana kita akan dapat menghasilkan gambar seperti seorang profesional. Ia juga mempunyai fungsi wide angle, macro dan bokeh lenses iaitu 48MP (f/1.8) AI Quad + 8MP (f/2.2) Super Wide Angle + 2MP (f/2.4) Super Macro + 2MP (f/2.4) Bokeh. Ha, memang lepas ni dah tak perlu bawa kamera ke sana sini. Cukup dengan hanya Vivo S1 Pro sahaja.
Nak lagi best?? Vivo S1 Pro ada fungsi Pose Master di mana ia dapat membantu pengguna memberikan pose yang terbaik untuk menghasilkan gambar yang sempurna. Ha, baru la seronok nak bergambar kan. Ini tidak, bila salah angle je nampak buruk, lepas tu murung seharian.. hehe
2) Screen dan fungsi Unlock
Dari segi screen pula memang puas hati sebab Vivo S1 Pro menggunakan 6.38-inch Super AMOLED Display (Screen to body ratio of 90%). Maknanya screen cerah dan jelas serta memberikan kepuasan mata melihat screen sebab hampir tiada border di tepi screen.
Bagi fungsi "lock" dan "unlocked" pula, Vivo S1 Pro dapat detect dengan pantas kerana ia menggunakan In-Display Fingerprint Scanning Technology yang lengkap dengan pelbagai kesan animasi untuk memberikan pengalaman menyeronokkan buat pengguna telefon ini.
3) Performance
Vivo S1 Pro didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 665 Octa-core dan sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM dan tentunya memberi kepuasan kepada penggunanya terutama pada kaki game dan juga kaki selfie. Pastinya RAM dan Storage yang besar ini diperlukan untuk memenuhi kehendak mereka. Oh ya, telefon ni ada fungi "Voice Changer" tau. Maknanya kalau main game yang memerlukan voice tu kita boleh tukar-tukar suara kita.
4) Battery
Bila dah performance pun power, harus la battery pun kena power juga kan. Jangan risau, Vivo S1 Pro ni ada 4500mAh battery dan juga fungsi Dual-Engine Fast Charging Technology. So, tak perlu nak risau kehabisan battery kerana ia akan dapat dicas dengan pantas.
Ha, amacam?? Syok juga kan Vivo S1 Pro ni. Kalau bagi sis dah ok dah ni jika dapat memiliki Vivo S1 Pro. Ada 2 pilihan warna yang ada iaitu Knight Black dan Fancy Sky. Bagi kaki selfie dan juga kaki game, inilah telefon yang boleh korang miliki dengan harga yang sangat berbaloi. Vivo S1 Pro kini dijual pada harga RM1,199 sahaja dan mula dijual pada 7 Disember 2019. Beli jangan tak beli tauuu..
1 Comments
Bateri dia tu mmmg power..boleh all day use
ReplyDelete