Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL | Assalamualaikum semua... Betul la orang kata tak kenal maka tak cinta tapi bila dah pekena terus nak lagi. Haishhh, bermadah-madah pulak sis ni kan. Tapi tu la hakikatnya perasaan sis terhadap satu restoran makanan Itali yang terletak di dalam bangunan Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail.

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Bagi sis di sini la kita dapat merasai keenakan makanan Itali yang sebenar. Ya, kat Malaysia ni agak susah nak cari restoran yang betul-betul menghidangkan resepi asli makanan Itali. Kalau ada pun yang dah diubah resepi supaya kena dengan tekak orang Malaysia. Lebih menarik, bukan sahaja menghidangkan makanan Itali malah dekorasi dan suasana juga sama seperti restoran d i Italy dengan alunan muzik dari pemain piano serta nyanyian yang merdu pasti membuat hati rasa nyaman untuk menikmati setiap kunyahan makanan.

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Sebagai menyambut kedatangan tahun 2020, restoran Villa Danieli juga membuka lembaran baru dengan mengalu-alukan kedatangan Ketua Chef Italy yang baru iaitu Chef Roberto Panareillo. Beliau yang merupakan anak jati kelahiran Italy dan mempunyai pengalaman lebih dari satu dekad menjadikan Chef Roberto seorang yang sangat arif tentang menu masakan Italy yang asli.

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Dengar kata kebanyakan resepi yang dihasilkan oleh Chef Roberto di Villa Danieli ini adalah resepi dari nenek moyangnya. Walaupun resepi yang ditampilkan ringkas tetapi dengan penggunaan bahan-bahan yang terbaik dan segar serta sentuhan air tangan chef yang berpengalaman menjadikan setiap hidangan mempunyai rasa yang istimewa.

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Sis rasa cukup bertuah kerana berpeluang menjadi antara yang terawal dapat menikmati makanan Italy yang disediakan oleh Chef Roberto sempena memperkenalkan 'A taste of Italy by Chef Roberto' yang diadakan di Villa Danieli baru-baru ini. Terdapat 4 course set menu telah disediakan iaitu :

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Course 1 : Antipasti - Tartare Di Tonno
Sebagai permulaan kami dihidangkan dengan pembuka selera iaitu Tartare Di Tonno yang merupakan tuna premium dan dihidangkan bersama dengan bahan-bahan segar seperti buah zaitun hijau dan hitam yang yang diimport, cuka Balsamic manis dari Modena, Itali dan kerangupan bawang merah yang meningkatkan rasa tuna segar dan juicy. Memang satu kombinasi yang membuka selera setiap orang yang menikmatinya.


Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Course 2 : Pasta - Ravioli Carbonara Di Mare
Untuk hidangan kedua ni sangat istimewa yang menampilkan 3 elemen iaitu pasta ravioli yang dibuat sendiri, menggunakan sos carbonara asli dari Itali dan sedikit inovatif untuk bahan yang digunakan sebagai inti. Ya, Chef Roberto menyediakan ravioli buatan sendiri dengan menggunakan makanan laut sebagai inti seperti udang, kerang dan anak sotong yang segar. Sukar nak jumpa premium ravioli yang menggunakan bahan sebegini. Sedap tau..


Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Course 3 : Pesce - Merluzzo Alla Griglia Con Salsa Alla Puttanesca
Kalau korang datang ke sini pastikan korang order menu ni tau. Mana taknya, resepi menu ini telah disediakan turun temurun oleh keluarga Chef Roberto selama hampir 80 tahun tau. Wow, lama tu. Selalunya disediakan di rumah untuk keluarga tersayang tapi kini Chef Roberto bersedia untuk berkongsi hidangan hebat ini bersama dengan pelanggan yang datang ke Villa Danieli. Dengan menggunakan Codfish yang diterbangkan dari Lautan Eropah sebagai bahan utama, ikan ini dipanggang sempurna dan disajikan dengan sos tomato yang dibuat dari tomato segar dari Puttanesca dan juga saturan kukus, buah zaitun capers dan tomato.


Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Course 4 : Dolce - Panna Cotta Al Profumo Di Sardegna
Hidangan ke-4 ini merupakan Panna Cotta yang dikenali sebagai puding Itali asli telah menjadi pilihan Chef sebagai pencuci mulut. Apa yang menarik, Chef Roberto telah mencipta semula resepi Panna Cotta ini bagi memberi rasa yang lebih istimewa dan dekat di hati dek kerana rindukan kampung halamannya. Antaranya chef telah menambah premium Madagascar vanila dan kombinasi beberapa buah sitrus menjadikan hidangan ini marbeles sebagai penutup hidangan.


Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

Secara keseluruhannya bila makan di Villa Danieli ni membuatkan sis menikmati masakan Italy yang sebenar dan tak boleh dapat di mana-mana restoran sebab dah rasa macam makan masakan mak kat kampung tau. Tapi kampung kat Italy la.. hehe. Macam mana kita rasa tenang bila makan kat rumah, macam tu juga la perasaannya bila makan kat sini. Bukan setakat tu je, menu di Villa Danieli juga diubahsuai menjadi seperti surat khabar atau dikenali sebagai Gazzetta bagi melengkapkan mood seperti di rumah. Semua senarai menu ada diletakkan di dalamnya dengan susunan yang menarik.

Nikmati Makanan Itali Di Villa Danieli, Sheraton Imperial KL

So, amacam?? Best kan restoran ni. Tapi rasa macam over pulak kalau sis duk cerita sini je. Kang ada pulak yang kata sis ni syok sendiri je kan. Ha, Apa kata korang sendiri pergi dan menikmati hidangan makanan Itali yang disediakan oleh Chef Roberto Panareillo dan team di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Menu baru ini bermula dari 17 Januari 2020.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Villa Danieli, sila hubungi
Tel : +6012 337 9980
e-mel ke dining.specialist@sheraton.com


Post a Comment

0 Comments