Tony Roma's Fortune Feast Kembali Sempena Sambutan Tahun Baru Cina | Assalamualaikum semua.. Eh, baru sedar kita dah beralih tahun. Selamat Datang Tahun Baru 2020. Perghh, rasa macam setahun tak update blog. Ampun, sis busy bebenor cuti sekolah ni sampai nak pegang laptop pun takde masa. But now I'm backkkk.. Ha, kali ni sis nak kongsikan mengenai menu best kat Tony Roma's sempena tahun baru cina yang akan datang.
Semua mesti tertanya-tanya kan menu apa tapi sapa yang dah biasa pergi Tony Roma's mesti tahu menu favourite sempena Chinese New Year kan. Apa lagi kalau bukan Tony Roma's Fortune Feast. Ya, Tony Roma's Fortune Feast dah kembali tau. Sesuai dengan kehadiran sambutan tahun baru cina, ini la masanya untuk kita sama-sama berkumpul bersama dengan keluarga tersayang untuk menikmati hidangan yang pasti buat semua akan kecur air liur. Eh, jangan risau. Menu kat Tony Roma's ni halal tau dan tak semestinya kaum cina je yang boleh makan kat sini bahkan kaum lain pun boleh. Apa salahnya kalau kita sambut sama-sama kan.
Bila sebut je menu untuk Chinese New Year mesti semua terbayang Yee Sang kan. Kiranya tak complete hidangan kalau tak dimulai dengan acara melambung yee sang beramai-ramai yang menjadi simbol untuk kemakmuran, kelimpahan, kesihatan dan bertuah dalam semua perkara. Jadi dalam menu Tony Roma's Fortune Feast kali ni boleh pilih antara 2 variasi Ong Lai Salad iaitu :
Ong Lai Salad with Crispy Salmon Skin (RM38.88 nett)
Kalau ikutkan sis selalu makan yee sang ni. Maklumla dulu bos cina so selalu makan besar time CNY tapi yee sang kat Tony Roma's ni tak sama ye. Maksud sis dari segi kandungan bahan la. Ada beza dari yee sang yang biasa kita makan. Antara kandungan bahan yang ada adalah bahan khas seperti radish segar, zucchini, nanas, lobak merah, kubis merah, merah kapsul, walnut, won tan goreng, serbuk dan kulit Salmon yang rangup. Yang menariknya dalam setiap gigitan, pasti akan dapat merasai kesegaran salad segar dan kulit salmon yang sempurna.
Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin (RM58.88 nett)
Bahan yang digunakan juga sama seperti Ong Lai Salad iaitu deretan, lobak segar, zucchini, nanas, wortel, merah, kubis dan kapsul merah,walnut, won tan goreng dan serbuk yang rangup. Untuk memberi kelainan, Fortune Salad ini menggunakan salmon grilled dan juga kulit salmon yang rangup.
Meriah kan yee sang versi Tony Roma's ni. Tambah pula dengan dressing yang sedap, makin bertambah sedap la jadinya. Terus jadi excited tau nak melambung yee sang supaya semuanya sebati dan melimpahkan kemakmuran sebagaimana kepercayaan orang cina.
Eh, takkan makan yee sang je kan. Ha, tak la. tu baru permulaan je wakkk. Appertizer pun belum lagi tu. Ha, dalam menu Tony Roma's Fortune Feast ada 2 pilihan pembuka seleranya iaitu :
Fortune Dip (RM28.88 nett)
Sis suka sangat Fortune Dip ni sebab dalam satu pinggan ada 2 pilihan iaitu potato chips dan juga french toast. Lepas tu dicicah pulak dengan Chipotle yang penuh dengan daging dan kacang. Makan pulak time panas-panas.. perghhh, marbeless weiii..
Trio Happiness (RM68.88 nett)
Ok, yang ni lagi marbeless.. susunan kepak ayam dengan tiga perisa berbeza pasti buat air liur meleleh. Mana taknya, dalam satu hidangan kita dapat rasa ketiga-tiga perisa. Ada perisa Red Hot Buffalo Wings, Salted Egg Chicken Wings dan Flaming Spicy Chicken Wings.
Dah kenyang?? eh, of course la belum kann.. Ada lagi menu utama tau yang pasti buat perut semua orang berkeroncong dan tak sabar nak menikmatinya. Ada dua pilihan menu utama iaitu :
Reunion Meal (RM138.88 nett)
Tengok gambar pun dah menggiurkan, inikan pula kalau dapat makan. Waduhhh, confirm sedap sampai termimpi-mimpi la keenakannya. Gabungan 3 hidangan dalam 1 pinggan yang mengandungi Flame Grilled Lamb Ribs, BBQ Chicken dan Signature Kickin’ Shrimp. Wajib rasa semua tauu..
Short Ribs with Honey Plum Sauce (RM98.99 nett)
Bagi yang sukakan beef boleh pilih menu ni. Hidangan Short Ribs dengan sos honey plum yang masam-masam manis membuatkan rasa daging yang empuk bertambah enak. Hidangan ni tak datang kosong ye.. ia dihidangkan dengan Mashed Potatoes, Fire Roasted Vegetables dan French Toast... yummy
Sesungguhnya hidangan Tony Roma's Fortune Feast ni sangatla menggoda jiwa. Sekali makan esok pasti teringin lagi. Bukan sebab tak puas makan tapi sebab sedap. Tambah pulak bila makan ramai-ramai, lagi la happening kan. Oh ya, jangan lupa untuk order air minuman sekali tau. Ye la, makan dah sedap takkan minum air suam je kot. Boleh pilih beberapa air yang menyegarkan seperti Cranberry Colada, Golden Angpow dan Pineapple Ong Lai. Setiap satu berharga RM20.88 nett.
So, apa lagi. Memandangkan mood CNY dah datang jom la kita ke Tony Roma's. Pssttt, time ni la nak ajak bos korang makan besar kat sini ye.. hehehe. Promosi Tony Roma's Fortune Feast ni akan berlangsung dari 2 Januari hingga 1 Mac 2020.
0 Comments