Misi Mencari Cinta Dengan Aura Love | Assalamualaikum semua.. Amboi kemain lagi tajuk kan. Ya benar, mungkin ramai yang tahu sis ni belum kahwin. So, dengan ini sis nak isytiharkan bahawasanya sempena tahun 2020 ni sis nak melancarkan misi mencari cinta. Penat la asyik duk jawab pertanyaan makcik-makcik bawang dengan soalan "Bila nak kahwin??". Aduyaiii, kalau la kahwin ni semudah ABC kan senang. Tapi tu la, pakej perkahwinan dah banyak kali survey tapi bayang hidung bakal pengantin lelaki pun tak nampak lagi. Cam ne tu??
Jujur sis cakap bila tengok kawan-kawan satu persatu melangkah ke pelamin, hati jadi terdetik bila la masa untuk sis pula naik pelamin. Bukan tak mencari dan bukan juga terlalu memilih tapi tu la, masih belum ada rezeki berjumpa dengan jodoh. Nampak gayanya macam kena mandi bunga je kan. Bak kata orang-orang tua, mandi bunga ni bagus. Tapi tujuan mandi bunga ni bukan la untuk confirm dapatkan jodoh tapi sebagai salah satu ikhtiar dan untuk memberi aura positif sekaligus dapat menaikkan seri wajah. Selebihnya kita serah kepada Allah s.w.t.
Berbalik kepada Misi Mencari Cinta, hati sis rasa berbunga-bunga. Sebenarnya sis dah jumpa satu produk yang dapat membangkitkan aura positif sama macam mandi bunga. Produk yang sis maksudkan adalah Aura Love. Didatangkan dalam bentuk cecair, Aura Love ini merupakan gabungan ramuan untuk mandi bunga dan mempunyai wangian feromon serta saffron. Ha, tak payah la susah-susah nak pi petik 7 jenis bunga kan. Hanya perlukan beberapa titis Aura Love sahaja bagi menggantikan kuntuman bunga untuk dibuat mandian dan wangiannya mampu merangsang feromon.
Eh jap, korang tahu ke wangian feromon tu apa? Ha, wangian feromon (Pheromon) mampu mencetus tindak balas semulajadi dalam badan (hormon yang memikat) untuk menarik perhatian pasangan berlainan jantina supaya terpikat, jatuh cinta, berkeinginan ataupun akan teringat-ingat kat kita. Sebagai contohnya macam lebah. Kalau kita tengok semuanya sama je kan tapi macam mana lebah ni nak menarik pasangannya. Ha, dengan hormon feromon ni la mereka bertindak balas. Selain dari Feramon, berikut antara kandungan bahan yang ada di dalam Aura Love :
- Pheromon
- Saffron- Buluh Perindu
- Pati Bidara
- Minyak Rose Pputih
- Pati Bunga Senduduk Putih
- Pati Bunga Sidang Malam
- Minyak Oud
- Pati Limau Purut
- Pati Lavender
Daripada senarai bahan yang terkandung di dalam Aura Love ni dah nampak dah betapa wanginya produk ini. Jadi bila dah wangi, secara automatiknya si pemakai juga akan sentiasa berbau harum dan rasa segar. Maka terbit la aura positif kan. Bukan tu je, aura cinta, aura semangat berkobar-kobar, aura kejayaan malah aura seri wajah juga turut terpancar. Bila dah positif, mood kita pun akan sentiasa ceria. Baru la orang sekeliling akan menyenangi dan selesa dengan kita. Time tu mana tau, salah seorang darinya adalah jodoh kita. Ha, tak ke kita yang untung.. hehe.
Oh ya, Aura Love ni bukan sahaja boleh digunakan oleh orang yang nak mencari jodoh je tapi boleh je digunakan oleh pasangan yang dah berkahwin bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga, ibu bapa yang ingin melembutkan hati anak yang degil ataupun bagi mereka yang ingin memudahkan urusan pekerjaan dan sentiasa disenangi rakan sekerja malah bagi yang tiada apa-apa masalah juga masih boleh menggunakan produk ni. Tapi mustahil la kan dalam dunia ni ada orang yang tiada masalah. Sedikit sebanyak pasti ada. So, boleh la amalkan pemakaian produk Aura Love ni dalam rutin harian.
Untuk amalan pemakaian Aura Love ni mudah sahaja. Ada 4 cara yang boleh digunakan mengikut keperluan kita. Boleh pilih mana-mana cara pemakaian ni mengikut kesesuaian situasi :
Cara Pertama : Digunakan Sebagai Mandian
- Titiskan pati Aura Love ke dalam bekas air mandian/ baldi sebanyak 7-21 titis (bergantung kepada saiz bekas mandian)
- Kacau hingga larut Aura Love di dalam air mandian.
- Biarkan seketika sehingga naik bau wangian.
- Mandi seperti biasa, kemudian jadikan mandian Aura Love ini sebagai bilasan terakhir, diikuti niat yang positif dan jangan dibilas sesudah itu.
Cara Kedua : Digunakan Sebagai Wangian
- Sapu Aura Love pada nadi, kening dan belakang telinga.
Cara Ketiga : Digunakan Sebagai Spray Muka
- Letak 7 titis Aura Love ke dalam botol spray 20 ML
- Campurkan dengan sedikit air
- Semburkan pada wajah
Cara Keempat : Digunakan Sebagai Aromaterapi
- Jika ada alat yang boleh digunakan sebagai aromaterapi, boleh juga dititiskan dengan Aura Love
- Contohnya seperti Acorn Humidifier (seperti dalam gambar)
- Masukkan air dan titiskan 7 titis Aura Love untuk memberi kesegaran dan aromaterapi
Waktu untuk Mandi/Guna Aura Love
1. Setiap pagi atau Subuh
2. Setiap Kali mandi.
3. Bila bila masa sebelum memakai Perfume
Tak kisah la nak pilih cara pemakaian yang mana tapi jangan lupa setiap kali penggunaan Aura Love mestilah disertakan dengan niat. Baru la apa yang kita impikan jadi kenyataan. Tapi kena ingat ye, ini semua ikhtiar dan usaha kita sahaja, selebihnya kita serah kepada Allah s.w.t. InshaAllah kalau niat kita baik, Allah s.w.t akan makbulkan. Yang penting jangan putus asa.. kann kannn...
Macam sis pun ini adalah salah satu ikhtiar untuk usaha mencari jodoh. Ye la, tak boleh la nak mengharap jodoh tu datang bergolek sendiri kan. Lagipun memandangkan umur sis yang dah nak hampir senja ni kena la usaha lebih sikit kan. Karang sendiri yang gigit jari. Korang pun doakan la juga ye agar sis dapat bertemu jodoh. Kalau Misi Mencari Cinta Dengan Aura Love ni jadi kenyataan, nanti boleh la sis belanja nasi minyak... hehe
Bagi sesiapa yang nak mencuba juga produk Aura Love ni, sekarang ada promosi tau. Baik korang dapatkan sekarang. Mana tau Aura Love ni dapat membantu korang untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia. Takpe, tak salah pun kan. Yang penting kita usaha. Boleh rujuk info kat bawah ni untuk harga dan promosi Aura Love :
Harga Sebotol Aura Love (30ml)
Harga asal : RM75 sebotol
Harga promosi : RM60 sebotol
*penghantaran percuma seluruh Malaysia
*Ada hadiah misteri tau untuk setiap pembelian
Facebook :
15 Comments
haha, terbaik even dah kawen pun rasa nak beli, gambar pun cantik2..
ReplyDeleteTak boleh bayangkan , mesti wangi gile ni kan sampai boleh menaikkan aura #RoadToJannah gitu hehehe...nak gak laaa!!!
ReplyDeleteSaya rasa kalau saya ada ni saya akan gunakan Sebagai Aromaterapi sambil buat kerja dalam bilik. Waahhh mesti rasa segar dan wangi.
ReplyDeleteuntuk mereka yang suka wnagi wangian, memang wajib cuba produk ni. packaging pun lawa. kalau baunya tahan lama bagus la
ReplyDeletefuhhh baru tahu phormon ni apa. Tak sangka manusia ada tindak balas macam ni ye. Memang sesuai dengan nama perfume ni. Botol dia pun cantik!
ReplyDeletecantik ya dear! I would love to try this Aura Love, it is so nice to use and multi functional wow.
ReplyDeleteWow!!!!!! Menarik sungguh product Aura Love nie. Boley berfungsi sbg magnetic force lagi tu. Saya yg single mingle nie pun kena cuba la. Heheheehenehe!!!!!!!!!!! Good luck on your mission Dik Bee. May you meet someone good.
ReplyDeletePatut Aura Dikbee makin nampak terserlah dan juga menaik saham sekarang sebab pakai produk ni hehehe misi mencari cinta tak jumpa lagi ker ada tu yang dekat-dekat wakakakaka. Orang lelaki pakai nanti boleh cantik ker hehehehehe..
ReplyDeleteMenarik ni..yang dah kawin pakai ni lagi menaniakkn cinta antara suami isteri..aumm..mesti best bila pakai ni
ReplyDeleteComelnya nama dan packaging dia. Sesuai utk.mereka yanh sudah berkahwin ni hehw
ReplyDeleteEh! I kena beli ni hahhaha baru la love love lebih dengan abe yee haha
ReplyDeletewah menarik sungguh manfaat aura love ni. Suka tips2 mcm ni. maklumlah bila dh berumur anak pun dh ramai ni mmg kdg alpa sikit dgn benda2 mcm ni. Lps ni boleh try utk mandian n spray muka tu.
ReplyDeleteoo menarik juga la kiranya ni. boleh dapatkan la pasni. tengok review pun bagus2
ReplyDeletebaru tahu pasal feromon tu! Nak cubalah wangian dari Aura Love ni mana tahu dapat memikat si gadis. heheh. berangan je zul ni. btw seronok baca info ni, lengkap!
ReplyDeletemenarik ni. sesuai untuk wanita2. bolehlah saya share dengan kakak & mak saya nnti :)
ReplyDelete