Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur | Assalamualaikum semua.. Apa khabar semua?? masih Ok lagi tak tu?? Maklum la kita dah melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 13 hari dah. Patutnya dah nak berakhir tapi disebabkan wabak COVID-19 makin meningkat maka Perdana Menteri dah umumkan untuk lanjutkan lagi tempoh PKP sehingga 14 April 2020. Maka dengan itu, bertabah la ye semua. Harap-harap semua bersabar dan tabah untuk mematuhi segala perintah yang dikeluarkan termasuk la hanya seorang sahaja wakil iaitu ketua keluarga untuk keluar membeli barang keperluan harian.

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur
Wajah hari ke-12 PKP, sempat panaskan enjin kereta. takut merajuk nanti.. hehe

Bila sebut pasal bab beli barang keperluan ni, banyak sis jumpa kat social media kisah mengenai ketua keluarga yang tersilap beli barang keperluan di dapur dek kerana selalunya kalau keluar shopping ni mesti bawak sekali manager dapur kan a.k.a isteri masing-masing. Tapi bila kena pi beli sendiri ni ha mula la kalut masing-masing. Memang biasanya isteri akan bagi senarai barang tapi bila dah sampai pasaraya tu, nah berderet susunan barangan. Mula la confuse yang mana satu, betul tak??

Ha, kat sini sis nak menghargai usaha yang dibuat oleh pihak TESCO kerana menyediakan pamplet atau infografik yang sangat membantu bagi mereka yang kurang arif untuk mengenali barang keperluan di dapur. Tak dinafikan ramai jugak kaum lelaki yang pandai bab beli barang dapur tapi ni cuma untuk pengetahuan umum je (jangan ada yang terasa tau). So, sis share kat sini untuk panduan kepada sesiapa yang duk google dan cari "Jenis-Jenis Ikan dan Sayur" ataupun "Jenis-jenis bahagian Ayam". Semoga info ni bermanfaat untuk semua.

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur
Jenis-jenis bahan asas masakan

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur
Jenis-jenis Sayur

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur
Jenis-jenis ikan

Tips Shopping : Kenali Barang Keperluan Di Dapur
Jenis-jenis bahagian potongan ayam

p/s : Sis dengar kalau shopping kat AEON ada personal shopper yang akan bantu kita untuk mempermudahkan pencarian barang keperluan. Betul ke?? Maklumla sis ni bukan ketua keluarga so takde la ke pasaraya untuk shopping barang dapur.. hehe...



Post a Comment

4 Comments

  1. DB hati-hati tau...kalau rasa ragu-ragu nak keluar tu, haaa order jelaaa online Tesco tu, cuma ada masa memang lewat sikit hantar...Sis dah ada gak try tu..nak ke AEON ke memang tak lepas le Laki nak bagi pergi huhuhu...
    Take care tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak keluar pun sis, takat keluar panaskan enjin kereta je. kite duk ngan kakak kat kuarters. sini ada wakil blok yang belikan barangan keperluan. btw maceh, sis pun jaga diri tauuuu...

      Delete
  2. sekarang beli kat maslee and kedai runcit depan rumah aje...tesco jauh sangat...kena lalu roadblock polis dulu, mau disuruhnya patah balik kang...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik la ada kedai dekat rumah.. Mudah sket nak beli barang dapur kan 🤗

      Delete