Cara Menikmati Ayam Goreng Sedap Masa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan | Assalamualaikum semua.. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang sis tak keluar dari rumah. Disebabkan sis bukan ketua keluarga maka duduk la rumah diam-diam. Tapi bila duduk di rumah ni mula la tekak nak makan itu la nak makan ini la. Nak masak tu boleh tapi mesti la rasanya tak sama kan. Ni dah beberapa hari dah duk mengidam nak makan ayam goreng sedap. Apa lagi kalau bukan ayam goreng KFC. Agak-agak, boleh ke nak beli walaupun dalam tempoh PKP ni??
Ha, jawapan dia tentulah boleh uolss.. Walaupun kerajaan menyarankan semua rakyat untuk duduk di rumah, tetapi beberapa perniagaan yang berkaitan dengan 'Essential Services' masih beroperasi termasuk lah KFC Malaysia. Ye, pasti pihak KFC Malaysia tidak mahu menghampakan perasaan penggemar ayam goreng mereka yang sedap tu. Jadi mereka akan terus beroperasi demi orang-orang macam sis ni. Yeay, terbaik la KFC Malaysia.
Namun seperti yang sedia maklum jika sesuatu perniagaan ingin beroperasi, maka perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Menurut QSR Brands yang mengendalikan premis KFC dan Pizza Hut di Malaysia mengumumkan bahawa pelanggan boleh membeli barang makanan melalui
✔ Bungkus (tersedia di seluruh negara)
✔ Pengambilan sendiri setelah membuat pesanan melalui aplikasi mudah alih atau laman web
(tersedia sekarang di 213 KFC dan 410 gerai Pizza Hut di seluruh negara)
✔ Perkhidmatan pesanan secara dalam talian
Kebetulan sis pernah pergi bangunan QSR Brands |
Syarikat itu juga mengumumkan bahawa penghantaran tanpa sentuhan akan dilaksanakan segera sebagai pilihan bagi pelanggan yang memesan melalui penghantaran dalam talian. Sebagai langkah keselamatan, pembayaran harus dibuat sepenuhnya melalui aplikasi atau laman web. Penghantar makanan akan menghubungi pelanggan untuk meminta tempat meletakkan makanan. Mereka juga diminta untuk menjaga jarak dari pelanggan yang mengumpulkan makanan. Setelah makanan diambil oleh pelanggan, pesanan akan ditandakan sebagai lengkap.
Nampak tak betapa prihatinnya pihak KFC Malaysia yang masih mahu menyediakan makanan yang enak walaupun di musim wabak melanda. Jadi kita sebagai pelanggan juga haruslah turut memainkan peranan kita kan. Jadi buat sesiapa yang teringin atau mengidam nak makan ayam goreng yang sedap, sila la muat turun aplikasi KFC Malaysia melalui Apple App Store dan Google Play Store untuk membuat pesanan makanan.
Aplikasi penyelamat musim PKP.. hehe |
Selain dari tu, korang juga boleh muat turun aplikasi FoodPanda Malaysia Delivery. Ya, sis sendiri pun selalu mengggunakan perkhidmatan FoodPanda ni jika malas untuk keluar. Jangan risau, perkhidmatan FoodPanda ini berjalan seperti biasa pada tempoh PKP ni cuma waktu operasi ada sedikit perbezaan dimana waktu operasi sehingga pukul 8 malam sahaja. Jadi kalau nak buat pesanan tu silalah awal sedikit ye. Tambahan pula sekarang bulan puasa kan.
Kenapa sis suka membuat pesanan guna perkhidmatan FoodPanda untuk memesan KFC? Ha, kalau korang nak tau jika menggunakan perkhimatan FoodPanda sekarang, kita boleh dapat penjimatan sehingga 20% diskaun tau. Tapi tertakluk kepada pesanan bernilai RM15 dan ke atas dan maksimum diskaun adalah sebanyak RM15.
Sampai bila promosi ni akan berlangsung tidak la sis tahu pula. Tapi pada tarikh artikel ni dikeluarkan masih valid lagi la promosi ni. Alhamdulillah, dapat la sis berbuka puasa dengan ayam goreng KFC yang sedap bersama keluarga. Jimat banyak juga tau. Tambahan pula sekarang KFC Malaysia ada menu baru iaitu Soy Garlic Drummette. Favourite sis tu. Memang sedap.
Selain ayam goreng Hot & Spicy, ni menu favourite sis kat KFC |
Jadi sebagai kesimpulan, kalau ada di antara korang yang tengah mengidam nak makan ayam goreng yang sedap dah tak perlu nak menangis kat bucu katil dah. Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, korang masih berpeluang untuk menikmati keenakan ayam goreng dari KFC Malaysia. Jangan lupa juga untuk menggunakan khidmat FoodPanda Malaysia Delivery untuk penjimatan dan juga penghantaran terus ke rumah ye. Akhir kata, selamat berbuka puasa.. adios..
16 Comments
teringin pulak kfc tgk dia makan hehehe
ReplyDeleteBelum ada beli lagi KFC, one day nanti mesti ada punya order...hehehe kecurrr oii nengok ko makannnn
ReplyDeletemusim pkp blum mkn lg kfc..ni bln puasa bole juga order nanti..wah ada diskaun juga tu
ReplyDeletesedapnya tapi tak feel betul xmkn dekat restoran dia..yumss..
ReplyDeleteHeyyy makan ayam goreng tak ajak kita awassss hehehehee ayam KFC memang sentiasa no 1 dalam hati kita awak.. Rasa macam esok juga nak order online beli ayam goreng ni hehehehehe nak keluar susahkan...
ReplyDeleteHari tu teringin makan kfc.. Tak sangka balik dari kerja suami belikan. Tapi dah nak malam lah makan. Lupa pula boleh order KFC guna servis food panda
ReplyDeleteDah lama tak makan KFC ... tengok ni teringin lak... tapi makan katbkedai lagi sedap hihi... tggu je la habis PkP ni.
ReplyDeleteWahh Order KFC guna FoodPanda dapat diskaun 20% ke..Baru iena tau. Thanks for sharing.nnti nak order lah :)
ReplyDeleteBestnya KFC Dikbee oiii. Dah lama x makan KFC sejak PKP ni. nak oder online xde foodpanda pulak kat sini.
ReplyDeletepeh !! terliur kite, wak.. hee~ KFC memang salah satu pilihan kite brbuka puasa dan FoodPanda je yang hantar.. hahahaha~
ReplyDeletelama gak tak order kfc. anak2 pun takde mintak lagi since PKP ni. nanti blh surprise kan diorang
ReplyDeleteIsh3 time mcmni teringin pula mkan kfc spicy dgn coleslaw.. Dapnyaa
ReplyDeleteaduhai...
ReplyDeletearea rumah aida ni, xde apa2 delivery, dikbee.
jauh dari melaka tgh. so far lom lagi beli kfc / mcD. rinduuu sgt dah ni :) ha ha ha ha...
nak kena gi beli. tapi tu la, lebih 10km.
dah la roadblock setiap jalan nak keluar daerah hu hu hu hu... menakotkan.
Alahai, rindunya nak makan kfc haha. syok kalau boleh delivery kfc terus depan rumah. tempat atul ni tak pastilah boleh ke tak. Sebab x pernah try, sebab rasa macam jauh je. selalu tanya takda. tapi takpasti food panda. kalau boleh bestnya.... 😍😍
ReplyDeleteHmm.. Sedapnya bila tgk kfc mmg tgh berkira nk beli kfc sbb dah lama xmkn
ReplyDeleteKita sepanjang PKP ni memang dah beeapa kali dah ordee KFC kat Food Panda sbb KFC delivery tak masuk lagi area ni hehe
ReplyDelete