Resepi Parfait : Hidangan Dessert Sedap Dan Mudah | Assalamualaikum semua.. Memandangkan kita tak lama lagi nak menyambut puasa, pasti ramai yang akan mula mencari resepi sedap dan mudah untuk sediakan. Lagipun tahun ni adalah tahun yang paling mencabar sebab kita akan berpuasa ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. So, tiada iftar di restoran ataupun di hotel. Semua akan berbuka puasa di rumah sahaja.
Parfait - Dessert yang sedap dan mudah disediakan |
Memandangkan kena berbuka puasa di rumah, nak tak resepi dessert yang sedap ala-ala macam kat hotel tu? Nama dessert tu adalah Parfait. Kalau korang google mesti korang akan terliur tengok rupa dia tau. Tapi percaya tak kalau sis kata cara nak buat Parfait ni mudah sangat. Tak perlu nak masak ataupun bakar dalam oven. Semudah campak-campak, siap.... ahgituuuu.. Ok, ni resepinya..
Kalau google, mesti korang akan terliur tengok rupa Parfait ni |
Resepi Parfait : Hidangan Dessert Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan
1) 250ml Anchor Whipping Cream
2) 25g gula aising
3) Apa2 je topping yg korang suka seperti buah (strawberry/kiwi/mangga/dragonfruit), biskut oreo ataupun apa-apa jenis cereal
Cara penyediaan :
- Simpan Anchor Whipping Cream di dalam peti ais selama 6 jam (2-4°C) dahulu sebelum digunakan
- Sediakan bahan-bahan untuk layer dan topping (potong buah atau hancurkan biskut)
- Keluarkan Anchor Whipping Cream dari peti ais.
- Sukat 250ml Whipping cream dan campurkan dgn 25g gula aising.
- Pukul sampai kembang menggunakan mixer atau whisk
- Ambil gelas kaca yang lutsinar, kemudian boleh la susun lapisan parfait kita mengikut kesukaan.
Ni Parfait versi sihat. Sis layerkan dengan cereal dan topping strawberry |
Tadaaa.. siap dah sis susun. Ini versi sis ye. Sis gunakan cereal dan buah strawberry. Patutnya nak campur dengan mangga, sekali bila dikupas rupanya mangga belum masak. So, kita buat versi healthy je la. Kalau ikutkan makin banyak buah makin sedap tau. Lepas tu bila dah siap, simpan dulu dalam peti sejuk sebab parfait ni sedap dimakan sejuk-sejuk... yummyyyy.. selamat mencuba ye
2 Comments
sedap pulak tengok korang buat,nak kena cari whipping krim ni...
ReplyDeletemusim PKP ni ramai betul beli brand ni... kita pun jadi terjebak nak cuba... terbaikkkkkkk
ReplyDelete